CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nina Iskandar Dah Berhijab? "Saya Tak Berani Komen Apa-apa"

7-4-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7815| Komen: 46

Description: Kebelakangan ini, perkongsian foto dari pelakon asal Brunei, Nina Iskandar menerusi platform media sosial miliknya menjadi perhatian peminat.
Kebelakangan ini, perkongsian foto dari pelakon asal Brunei, Nina Iskandar menerusi platform media sosial miliknya menjadi perhatian peminat.

Kerap dilihat berkongsi gambar sambil mengenakan tudung, para peminat mulai memberikan reaksi terhadap penampilan pemilik nama lengkap Nur Akmalina Iskandar ini.




Ketika diminta memberikan reaksinya mengenai perkara tersebut, Nina memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Saya tidak berani nak komen apa-apa pasal itu. Saya cuma harap orang ramai sentiasa mendoakan yang baik untuk diri saya,” katanya kepada MH.

Difahamkan pelakon berusia 29 tahun ini masih lagi berada di Brunei dan merancang untuk kembali ke Malaysia selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun ini.



“InsyaAllah saya akan balik Malaysia selepas hari raya nanti dan saya akan mula kembali ke dunia lakonan selepas ini,” katanya lagi.

Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos 2019 di Forest Valley, Cheras.


Kredit foto: IG Nina

Selepas itu, Nina selamat melahirkan anak pertamanya pada 23 Disember dah diberi nama Muhammad Aaryan ar-Rizqin.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tuttt 7-4-2021 10:23 AM
Dia ni memang suka mekap kening mcm sinchan ke
Quote longblackhair 7-4-2021 10:27 AM
La.. Baru 29 tahun ke... Nampak cam late 30
Quote tupaiterbang 7-4-2021 10:27 AM
tuttt replied at 7-4-2021 10:23 AM
Dia ni memang suka mekap kening mcm sinchan ke


Dah pesen macam tu je yg dia reti lukis sis hahaha

Quote kakakgarang 7-4-2021 10:35 AM
Gundus nya.. mcm acik2 kampung je tudung gittew... bole je kot klau pakai tudung dressup sikit.. kepammm
Quote sarah82 7-4-2021 10:38 AM
kakakgarang replied at 7-4-2021 10:35 AM
Gundus nya.. mcm acik2 kampung je tudung gittew... bole je kot klau pakai tudung dressup sikit.. kep ...

Iols suka pakai tudung mcm ni.. Memenuhi standard iols sebagai makcik bawang PPRT B40..yang penting selesa dan senang sarung.. muahahahaha.
Quote tuttt 7-4-2021 10:39 AM
tupaiterbang replied at 7-4-2021 10:27 AM
Dah pesen macam tu je yg dia reti lukis sis hahaha

Hahaha terhad betul skill dia. Utk tak ot dia ni dulu pernah pakai tudung kan lepastu buka balik lepastu ni nak pakai balik. Sebabtu tak berani komen lebih kot dia. Takut tak istiqamah
Quote Brunes 7-4-2021 10:42 AM
kirai mu dangggggg.... horror ku meliat nak
Quote kakakgarang 7-4-2021 10:43 AM
sarah82 replied at 7-4-2021 10:38 AM
Iols suka pakai tudung mcm ni.. Memenuhi standard iols sebagai makcik bawang PPRT B40..yang pentin ...

ulls takpe la.. bukan retis mcm nina ni... nina ni selebetrity gittew kena la jaga penampilan..

iolls pun pakai je tudung jenis gini.. tapi ikut situasi la.. gittewwww
Quote sarah82 7-4-2021 10:43 AM
kakakgarang replied at 7-4-2021 10:43 AM
ulls takpe la.. bukan retis mcm nina ni... nina ni selebetrity gittew kena la jaga penampilan..

...

Hihihi.. Mungkin dia nak cepat sbb mak2 ada baby umur bawah 3 tahun.. Pakai sarung ja..
Quote newme11 7-4-2021 10:45 AM
Alhamdulillah kembali bertudung…….
Quote kakakgarang 7-4-2021 10:47 AM
sarah82 replied at 7-4-2021 10:43 AM
Hihihi.. Mungkin dia nak cepat sbb mak2 ada baby umur bawah 3 tahun.. Pakai sarung ja..

iolls pun ada je anak bawah 3tahun. 2org lagi.. tade la smp semuanya tak sempat.. hahaha

takpe la.. kita husnuzon mungkin dia betul nak berubah, nak zuhud.. tak nk dedah2 tak nak fashun2 da kot..
Quote prettyuglybabe 7-4-2021 10:48 AM
bukan kat sana memang kena pakai tudung ke?
so apa nak heran kalau dia bertudung pun..
Quote swateng1 7-4-2021 10:48 AM
sebab kat brunei wajib pakai tudung kan?
Quote sarah82 7-4-2021 10:51 AM
kakakgarang replied at 7-4-2021 10:47 AM
iolls pun ada je anak bawah 3tahun. 2org lagi.. tade la smp semuanya tak sempat.. hahaha

takpe  ...

Muahaha... Nak berubah tu mmg susah bila bab kekal istiqomah...
Quote kualibesi 7-4-2021 10:52 AM
brunei wanita islam memang kena pakai tudung kan?? dulu die pernah bertudung, tp melayanggg,, harap2 kali ni istiqomahhh lahh yer
Quote kakakgarang 7-4-2021 10:53 AM
sarah82 replied at 7-4-2021 10:51 AM
Muahaha... Nak berubah tu mmg susah bila bab kekal istiqomah...

BETUL SETUJU.. ye la da biasa fashun2.. tetiba tuka drastikkk dressup.. mmg acik bawang ckp kepam.. walhal nak berubah sbb Allah tu..

iolls kena husnuszonn banyak2... moga nina teruskan hijab sampai bebila.. jgn da buka2
Quote sarah82 7-4-2021 10:55 AM
kakakgarang replied at 7-4-2021 10:53 AM
BETUL SETUJU.. ye la da biasa fashun2.. tetiba tuka drastikkk dressup.. mmg acik bawang ckp kepam. ...

Tu la... Bukan senang.. Dah biasa pakai cantik.. Tiba2 berkepam...
Quote annabellaruz2 7-4-2021 11:24 AM
sarah82 replied at 7-4-2021 11:38 AM
Iols suka pakai tudung mcm ni.. Memenuhi standard iols sebagai makcik bawang PPRT B40..yang pentin ...

betul tu..meols pun suka yg sarung2 jer...
malas nak iron tudung pastu nak lilit2 bagai..

Quote sarah82 7-4-2021 11:27 AM
annabellaruz2 replied at 7-4-2021 11:24 AM
betul tu..meols pun suka yg sarung2 jer...
malas nak iron tudung pastu nak lilit2 bagai..

Hahahaha..kita geng... Senang..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.062916 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top