CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mbappe lebih baik dari Messi, Ronaldo?

7-4-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 649| Komen: 0|Original author: piao

Description: Penyerang PSG, Kylian Mbappe (kanan) ketika aksi Piala Perancis berdepan Lille. FOTO AFP Paris: Kylian Mbappe mendedahkan dia menjadikan motivasi kepad ...



Penyerang PSG, Kylian Mbappe (kanan) ketika aksi Piala Perancis berdepan Lille. FOTO AFP


Paris: Kylian Mbappe mendedahkan dia menjadikan motivasi kepada dirinya sebagai pemain terbaik dunia - jauh lebih baik daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo - apabila menjejakkan kaki di padang.

Bintang kelab Paris Saint-Germain berusia 22 tahun itu, diiktiraf antara pemain terbaik di dunia, gelaran yang dimiliki Messi dan Ronaldo sejak lebih 15 tahun lalu.

Penyerang Barcelona, Messi dan penggempur Juventus, Ronaldo bergilir-gilir memenangi 11 daripada 12 gelaran Ballon d'Or sejak 2008, turut memecah beberapa rekod jaringan bersama kelab mereka dan karier antarabangsa.

Tapi Mbappe sudah memenangi Piala Dunia, yang gagal dicapai kedua-dua bintang itu dan mengakui mengenai bakat luar biasa dimilikinya.

Katanya: "Ia adalah mengenai pemikiran anda. Hanya mengenai anda. Anda harus meyakinkan diri sendiri bahawa mampu melakukan perkara yang hebat."



Sumber : https://www.hmetro.com.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

20-1-2022 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.237071 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top