CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mona Allen Sedar Usia Makin Tua Tapi Belum Sedia Timang Anak

1-4-2021 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9233| Komen: 38

Description: Sering diajukan soalan mengenai anak, pelakon Mona Allen berkata dia masih belum terfikir untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat ini.
Sering diajukan soalan mengenai anak, pelakon Mona Allen berkata dia masih belum terfikir untuk memiliki cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Mona atau nama sebenar Munna Haraneza Allen, 35, memberitahu dia perlu menyelesaikan beberapa tugasan lakonan sebelum fokus mengenai perancangan keluarga.


Foto: IG

"Belum lagi, mana ada (hamil)... sekarang ini saya tengah dalam penggambaran drama episod panjang, jadi tak boleh nak ke arah itu.

"Tahun depan baru boleh nak fikir mengenai perancangan keluarga.

"Kita pun dah umur berapa... jadi selepas ini boleh fokus tentang keluarga pula," katanya kepada mStar.

Mona ditemui selepas tayangan perdana filem Salina yang diadakan di mmCineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


Mona mendirikan rumah tangga dengan aktor Pekin Ibrahim atau Mohd Iznan Ibrahim, 39, pada 7 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup.


Sementara itu Mona berkata dia kini sedang sibuk mempromosikan filem terbaharu lakonannya bersama suami berjudul Salina.

Bercerita mengenai pengalaman pertama bergandingan bersama Pekin, Mona berkata tempoh sebulan penggambaran agak mencabar buat mereka.

Ujar Mona dia dilayan seperti orang asing dan tidak bertegur sapa kerana terbawa-bawa watak dalam filem tersebut.



“Ketika terima tawaran Salina saya gembira sangat, terutama apabila dimaklumkan berpeluang untuk berlakon pertama kali filem genre thriller psikologi bersama suami.

"Ingatkan dapat minta tunjuk ajar daripada dia, tapi lain pula hal yang berlaku. Sepanjang jalani penggambaran, Pekin tak nak bercakap dengan saya sama ada dari masuk kereta untuk pergi ke lokasi penggambaran sampai tiba di rumah semula.

"Rupa-rupanya tak mudah berlakon dengan suami sendiri... lagi pun dia pelakon juga, memang mencabar! Apa-apa pun saya bersyukur akhirnya filem ini menemui penonton," ujarnya yang memaklumkan filem ini menjalani penggambaran selepas lapan bulan mereka berkahwin.




Selain Mona dan Pekin, Salina turut dibintangi Alicia Amin dan Sharifah Shahora.

Filem arahan Raja Mukhriz ini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Mac lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-4-2021 09:45 AM
Timang la cepat2, nanti dah tua2 nanti berisiko hokkeh.

Btw terus menopos iols tengok pekin tu. Imaginasi Mona mesti kuat ala2 sucker punch.
Quote maxim 1-4-2021 09:48 AM
bukan ke dlu ada gosip yg die dh penah ada anak
Quote mzzay 1-4-2021 09:54 AM
Cantiknya mona ni
Quote bulalof 1-4-2021 10:00 AM
yyaaaawwwnnnn...
Quote 3chanceno 1-4-2021 10:04 AM
Pekin kenapa dah hadi rupa gitu???camna nak tawar jadi hero kalau rupa gini???
Quote dejure 1-4-2021 10:05 AM
Dia belum ada anak dengan pekin tp dia dh ada anak yg statusnya diragui..
Quote dejure 1-4-2021 10:06 AM
maxim replied at 1-4-2021 09:48 AM
bukan ke dlu ada gosip yg die dh penah ada anak

Ada..anak status x sah taraf..culture shock masa model celcom mata awak biru..
Quote mrsbale 1-4-2021 10:10 AM
Sukati lah mona.
Ur body ur life.
Jgn ujung2 merempan nyesal tangguh2 ada anak dah ler
Quote tikusmontok 1-4-2021 10:10 AM
dudaberhias replied at 1-4-2021 09:45 AM
Timang la cepat2, nanti dah tua2 nanti berisiko hokkeh.

Btw terus menopos iols tengok pekin tu. I ...

sebut jer la belum ada rezeki, org paham.  takyah nak beralasan lum sedia bagai.
Quote BarbiePink 1-4-2021 11:55 AM
Mona ni cantik
Jgn ler ckp tu
Rugi tau kecantikan tu
Kalau tak diwarisi
Quote Nana_Man 1-4-2021 11:59 AM
Ingt makin tua makin senang pregnant ke???
Quote akuHavocczz 1-4-2021 01:22 PM
jangan cakap macam tu.. tak nak tak nak.. sekali memang jauh rezeki anak tu nanti.
Quote newyork 1-4-2021 01:29 PM
Pekin masa tgk cerita Bola sepak apa tah kat netflix sgtlahhhhh gundu..takleh jadi hero dah.. kena jadi tukang kebun.. masalahnya tukang kebun pun badan fit
Quote edayildiz 1-4-2021 01:32 PM
masa sekolah rendah dlu i adore gila kat muna ni..cantik giler..femes jgk la dia time tu..dia pun sekolah menengah time tu..
pastu tup tup dia menghilang.bila muncul i dh xmnt sbb rasa pp dia nmpak keras/ pejal..xcantik mcm dlu..
pastu xfhm apa yg ada kt pekin membuatkan dia jatuh cinta
Quote fealefea 1-4-2021 02:18 PM
Dia dah kawin 3 kali kan.? Pekin yang ketiga.
Quote cha-cha 1-4-2021 02:21 PM
dudaberhias replied at 1-4-2021 01:45 AM
Timang la cepat2, nanti dah tua2 nanti berisiko hokkeh.

Btw terus menopos iols tengok pekin tu. I ...

Kiss leher pekin.....
Quote tukul 1-4-2021 03:11 PM
dejure replied at 1-4-2021 10:06 AM
Ada..anak status x sah taraf..culture shock masa model celcom mata awak biru..

Umur brp anak tu skrg...girl or boy
Quote NazRysha 1-4-2021 03:13 PM
mesti dah besar anak dia tu
Quote kakakgarang 1-4-2021 03:18 PM
taste dia pekin setelah kepam..

btw tade ke gmba anak mona ni?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 2.100608 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top