CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Rasa Nak Kahwin, Balik Rumah Sunyi," -Remy Ishak Masih Solo, Belum Jumpa Pengganti

1-4-2021 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12832| Komen: 81

Description: Kemesraan yang ditunjukkan pelakon Remy Ishak dengan bekas tunangnya Ezza Yusof baru-baru ini mengundang pelbagai telahan kononnya mereka sudah kembali bersama.
Kemesraan yang ditunjukkan pelakon Remy Ishak dengan bekas tunangnya Ezza Yusof baru-baru ini mengundang pelbagai telahan kononnya mereka sudah kembali bersama.

Namun buat masa ini, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 39, mengakui masih solo dan belum mempunyai pengganti.

Ujar Remy, penglibatannya dalam melakukan kejutan sempena majlis ulang tahun kelahiran Ezza beberapa hari lalu adalah atas dasar teman baik.


Foto: IG

"Saya masih lagi solo. Walaupun kami dah putus dalam pertunangan tapi kami masih lagi berkawan baik sehingga sekarang.

"Tak semestinya kami dah putus tunang, hubungan (silahtuhrahim) pun terus putus. Saya tak berani nak cakap fasal benda ini takut kalau tersalah cakap akan melukakan hati pihak di sebelah sana.


Beberapa hari lalu Ezza atau Roszaliza Yusof, 38, berkongsi foto dan video dia bersama Remy dan sekumpulan rakan yang lain meraikan ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran



Keserasian antara mereka tentunya menarik perhatian peminat aktor tersebut.

Sementara itu pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu juga mengakui sudah sampai masanya untuk dia mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, pelakon kelahiran Melaka ini enggan terburu-buru untuk melangkah ke fasa baharu bergelar seorang suami.

"Saya sendiri secara peribadi ada rasa nak kahwin, yelah umur dan macam ini bila balik rumah... rasa sunyi. Sudah sampai masanya (untuk berkahwin), kalau ada jodoh saya dengan Ezza, adalah.

"Saya pun selesa dengan dia sebab dia seorang yang penyabar dan memahami saya.

"Satu yang saya respect dengan Ezza ini dia sentiasa ada di sisi saya, ada ketikanya saya juga pernah melalui fasa-fasa jatuh bangun dalam hidup dan dia antara individu yang sentiasa setia berada di samping saya," ujarnya lagi.



Remy juga menyatakan dia tidak akan merahsiakan kepada pihak media dan peminat sekiranya sudah sampai masanya untuk dia naik pelamin.

"Jangan risau saya akan beritahu kepada semua jika saya kahwin nanti, saya tidak akan berahsia.

"Tapi bukanlah dalam masa terdekat ini," katanya.



Remy sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan berusia 38 tahun itu selama dua tahun sebelum memutuskan hubungan pada 2019. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 1-4-2021 09:19 AM
Kesian dah tua kecut...remy kalo ko kawin dgn aku haritu...anak kita dah sekolah menengah dah kot
Quote helicornia 1-4-2021 09:30 AM
kawin je la dgn ex tunang tu. nak cari pun buang masa. kadang kita tk sedar jodoh tu keliling kita je tapi kita dok cari jauh2
Quote pxlbb 1-4-2021 09:57 AM
meh change place dgn iols bam wemy yach, aku dah penat juggle between work and home. tp exchange sekejapan aja yach lepas sebulan aku travel solo i want to get back to my family.
Quote Brunes 1-4-2021 09:59 AM
nyummy dia ni, kalau jadi huddy i on jer
Quote MsCinderella 1-4-2021 10:00 AM
kawan balik la dgn tizz...huhu
Quote ashcroft86 1-4-2021 10:02 AM
Hi abamwemy, weols pon tgh solo ni. Tiba masa nk berteman.
Quote marla69 1-4-2021 10:05 AM
Tak taw ker saham makin lama makin turun. Nanti takda keturunan.. Menyesal seumur idop.
Quote 3chanceno 1-4-2021 10:07 AM
Dulu pun jah2x kata akan umum pada semua bila da konfem nak nikah,tapi nan hado!

Untuk tak OT ramainya nak offer jadi istri bam wemy
Quote kuchenta_81 1-4-2021 10:09 AM
Kejap cakap sunyi, macam nak kawen
kejap cakap takmo terburu-buru
pastu cakap kalau ada jodoh
pastu cakap bukan dalam masa terdekat

kesimpulannya abam remy memang takmo kawen dengan ezzarl
masih menunggu gadis ala2 miwa piljah kannnn
Quote imanjannah 1-4-2021 10:09 AM
kahwin je la wemy oii
Quote rosasen 1-4-2021 10:21 AM
kalau semua dh cukup syarat, wajib kawin remy oii.. hihi...apa nk ditunggu lagi..
Quote drivethru 1-4-2021 10:26 AM
Couple jer lah dgn jijan. Jadi gay pulak.
Quote innocent_me 1-4-2021 10:30 AM
My opinion utk Ezza.
based from my own experience.
Elakkan lah jadi 2nd choice atau pilihan terakhir.
Cari lelaki yg memang nak kat kita.
Kalau setakat masa tengah gemilang tu tinggal kita, pilih yg lain dan akhirnya setelah tinggal sorang2 takda orang yang nak baru nak cari kita balik, baik tak payah lah.
Nanti dia acuh tak acuh je, jumpa yang lain kadangkala dia tergelincir pergi lepas tu datang balik, so tak payah laah.  Lelaki pesen ni kadang2 dah jatuh atau kecewa baru reti nak menyesal.
Tapi kalau memang dah jodoh good luck lah semoga berbahagia.
Quote nolya 1-4-2021 10:31 AM
MelahJanda replied at 1-4-2021 09:19 AM
Kesian dah tua kecut...remy kalo ko kawin dgn aku haritu...anak kita dah sekolah menengah dah kot

Naaah.... kalau begitu jgn terlalu menerawang berfikir2 bang Remy.  Calonnya sudah di depan mata, kenapa harus meninjau yg jauh2 yg belum kelihatan. Hari demi hari, umur pun tambah berusia kan? Putus tunang dulu jadikan ianya satu pedoman untuk betulkan dn semak kehilafan dan masih ada peluang perbaiki keadaan dn semoga Allah perkenan. Jika berjodohan, jgn tunang2 lagi, terus aje menikah. Di samping itu, berdoalah selalu semoga Allah pertemukan jodohnya.
Quote tikusmontok 1-4-2021 10:34 AM
MelahJanda replied at 1-4-2021 09:19 AM
Kesian dah tua kecut...remy kalo ko kawin dgn aku haritu...anak kita dah sekolah menengah dah kot

sian kak melah, dia nak anakdara jer kot
Quote niena90 1-4-2021 10:43 AM
Dok try mcm2 retis alih2 single sampai ke sudah. Ntah2 ex tunang ko tu lah jodoh ko sebenarnya
Quote sweetpea911 1-4-2021 11:08 AM
innocent_me replied at 1-4-2021 09:30 AM
My opinion utk Ezza.
based from my own experience.
Elakkan lah jadi 2nd choice atau pilihan terakh ...

Kannn.. kalau i kawan dgn ezza pun i akan nasihatkan yg sama.. u are just one of the options.. not the only one.. even sampai skrg pun dia still x leh confirm kan feeling dgn u.. kalau confirm x yah pikir panjang dah.. you are the one gitu..

Remy dah terlalu selesa sampai ezza dah mcm family.. well, marah atau teruk camne pun kita, family la yg sentiasa ada kat belakang..sebab tu dia bole takes ezza for granted.. because he knows you’ll always there
Quote cik_ingeniare 1-4-2021 11:17 AM
Bam wemy, kahwin bila dah sedia hokeh.. ni kejap tak bersedia, kejap rasa sunyi mana satu ni
Quote samshik 1-4-2021 11:19 AM
Kepam ye habang bangla I olls nehh.. I is cancelled..

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.172731 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top