CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Susah Nak Cari Pendakwah Suara Jantan, Alyah Mengaku Sukar Dapatkan PU Riz

1-4-2021 08:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10560| Komen: 60

Description: Penyanyi terkenal, Datin Alyah bakal bekerjasama dengan pendakwah bebas, PU Riz menerusi lagu Thank You Allah.
Penyanyi terkenal, Datin Alyah bakal bekerjasama dengan pendakwah bebas, PU Riz menerusi lagu Thank You Allah.

Alyah berkata, pembabitan Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail adalah sebagai pelakon yang bermonolog dalam bahasa Melayu dan Arab.



Foto: IG

"Saya tahu Riz menerusi kerjaya sebagai pelakon, pendakwah bebas dan cerita yang dipaparkan saja. Malah dalam filem Ada Apa Dengan Dosa, dia berlakon dan saya menyanyikan lagu tema filem itu. Tapi tidak tahu kemampuan lain yang dimiliki.

"Ketika proses masukkan vokal tak sangka kemampuan dia besar dan bermonolog dengan baik. Apabila dia datang dan dengar suara, saya berasa dia boleh menyanyi dengan baik juga. Namun, tak boleh nak teroka banyak perkara sebab tahu dia sebagai pendakwah saja. Apabila sudah kenal, banyak perkara dalam diri dia nak buat, cuma mungkin kena beri waktu dulu," katanya kepada Harian Metro.



Dalam masa sama, penyanyi lagu Meluruh itu menyifatkan pemilihan Riz adalah tepat dari segi suara dimiliki dengan disesuaikan dalam lagu ciptaan bersama Omar K dan lirik oleh Ikhwan Fatanna itu.

"Diakui nak dapatkan Riz memang susah, cuma lagu ini perlukan dia. Nak cari pendakwah yang memiliki suara 'jantan' memang susah. Kebanyakan yang ada di Indonesia, tapi di Malaysia sangat terhad. Apabila dengar suara dia, itulah yang lagu ini perlukan.

"Kami bukan main ambil saja, tapi kita tengok lakonan dia dan macam mana dia lontarkan dialog. Bagi monolog, dia berikan input dengan ayat sendiri. Monolog idea dia sendiri dalam bahasa Melayu dan Arab.



"Dalam erti kata lain, suara Riz ini sangat terhad. Bukan cakap sebab nak 'trending', tapi kalau tanya saya lima tahun lalu dan lima tahun akan datang, itulah jawapan saya. Apabila dia masukkan vokal dan dengar, baru nampak kelebihan dan kemampuan dia. Mungkin selama ini orang hanya bercakap soal peribadi saja. Bakat dia banyak lagi boleh terokai. Dia ada karakter suara seperti pelakon hebat lain, cuma bezanya dia pendakwah," katanya.

Menurut Alyah, lagu itu bakal dilancarkan sebelum sambutan Ramadan ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 1-4-2021 08:37 AM
ye ke dia sorang je bersuara jantan?
Quote dudaberhias 1-4-2021 08:38 AM
terlena iols tengok video bawah tu...
soo celah mana suara jantan dan susah nak cari tu?
Quote JalaEmas 1-4-2021 08:39 AM
EvieWanKenobi replied at 1-4-2021 08:37 AM
ye ke dia sorang je bersuara jantan?

sgt jantanzz sehingga jelmaan bidadari sorga kelopak pon  tergoda tuh..
Quote haryatie 1-4-2021 08:40 AM
kang ada pulak yg x puas hati kenapa ambil suami neelofa
mcm xde org lain
Quote Buritan 1-4-2021 08:42 AM
EvieWanKenobi replied at 1-4-2021 08:37 AM
ye ke dia sorang je bersuara jantan?

Laki aku lg sore jantann.. aum aummmm
Quote EvieWanKenobi 1-4-2021 08:43 AM
JalaEmas replied at 1-4-2021 08:39 AM
sgt jantanzz sehingga jelmaan bidadari sorga kelopak pon  tergoda tuh..

hahahaaa.. selalu perasan the best..
Quote Chriatina 1-4-2021 08:44 AM
Edited by Chriatina at 1-4-2021 08:49 AM

jantan yg lain macm suara sajat kh ?? atau dia x buta suara huhuhu
Quote EvieWanKenobi 1-4-2021 08:48 AM
Buritan replied at 1-4-2021 08:42 AM
Laki aku lg sore jantann.. aum aummmm

rugi suami kaka tak jadi penyanyi..
Quote uori 1-4-2021 08:49 AM
kenapa muka dia dh macam bini kedua pelawak yang pemes kat board peronaliti media tu?

Quote md_nana 1-4-2021 08:50 AM
xdelaaaaa jantan sgt pun. biasa jeeeeeeee
Quote 3chanceno 1-4-2021 08:53 AM
Komen Alyah nie usaha nak 'UP' kan diri ke apa???koser
Quote haruslah 1-4-2021 08:53 AM
Pendakwah la sgt
Mcm mana la org x gelar "penunggang agama"
Sket2 panggil ustaz...pendakwah...
Quote laksmanabentan 1-4-2021 08:57 AM
ok la tu ada job sikit...
takde la nanti orang kata bewakkkk kann...
Quote che-cikL 1-4-2021 09:17 AM
Sebenarnya bukan susah nak cari penceramah bersuara jantan. Yang susah tu nak cari penceramah penunggang agama yg hadap nak masuk industri seni.
Quote CiliPadiSedap 1-4-2021 09:39 AM
kurex lg jantan ada bulu kaki cm padang golf
Quote BicaraHatiku 1-4-2021 09:43 AM
che-cikL replied at 1-4-2021 09:17 AM
Sebenarnya bukan susah nak cari penceramah bersuara jantan. Yang susah tu nak cari penceramah penung ...

Keehhnn..susah cari pendakwah yg tak nak jd selebriti. Tpi kat Utube byk...

Quote tikusmontok 1-4-2021 10:14 AM
bamjat pun bersore jantan. tak nak try ke?
Quote imanjannah 1-4-2021 10:16 AM
jantan lagi suara tok ram
Quote zuliana29 1-4-2021 11:27 AM
serius la.. hanya kerana suara??? pls la carik la yg betul2 ada ilmu didada.. setakat pendakwah instant ni... makin kembang la dia huhu

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.062143 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top