CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Bawa Lari Barang, Pencuri Tertidur Dalam Rumah Mangsa

1-4-2021 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2485| Komen: 11

Description: Bangkok: Disebabkan terlalu letih, seorang perompak lelaki terlena di bilik tidur pemilik rumah yang dicerobohnya di wilayah Phetcabun, Thailand.
Bangkok: Disebabkan terlalu letih, seorang perompak lelaki terlena di bilik tidur pemilik rumah yang dicerobohnya di wilayah Phetcabun, Thailand.

Akibatnya, suspek dikenali Athit Kin Khunthud itu bukan hanya gagal untuk melarikan barang, malah ditahan dengan mudah oleh pihak polis.

India Times melaporkan insiden itu berlaku pada 22 Mac lalu ketika Athit memecah masuk rumah seorang individu dengan niat untuk mencuri barangan berharga.

Foto: Facebook

Namun, Athit tertidur kerana kepenatan hingga tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.

Menyedari perompak di dalam bilik tidur, pemilik rumah berkenaan terus menghubungi pihak polis untuk membuat tangkapan.


Sementara menunggu polis tiba, pemilik berkenaan terus membiarkan Athit tidur di biliknya.

Tidak lama selepas itu, pegawai polis, Jiam Wichian tiba dan terus menjerit nama Athit dengan kuat bagi mengejutkannya daripada tidur.

Jeritan itu membuatkan Athit tersedar dan terjaga dalam keadaan terpinga-pinga.

Lebih melucukan apabila Athit sendiri seakan bingung sebab dirinya ditahan oleh pihak polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, Athit berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan berkenaan sebelum memecah masuk rumah terbabit. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 1-4-2021 08:15 AM
Bangkok: Disebabkan terlalu letih, seorang perompak lelaki terlena di bilik tidur pemilik rumah yang dicerobohnya di wilayah Phetcabun, Thailand.


Akibatnya, suspek dikenali Athit Kin Khunthud itu bukan hanya gagal untuk melarikan barang, malah ditahan dengan mudah oleh pihak polis.


India Times melaporkan insiden itu berlaku pada 22 Mac lalu ketika Athit memecah masuk rumah seorang individu dengan niat untuk mencuri barangan berharga.


Foto: Facebook




Namun, Athit tertidur kerana kepenatan hingga tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.


Menyedari perompak di dalam bilik tidur, pemilik rumah berkenaan terus menghubungi pihak polis untuk membuat tangkapan.


Sementara menunggu polis tiba, pemilik berkenaan terus membiarkan Athit tidur di biliknya.


Tidak lama selepas itu, pegawai polis, Jiam Wichian tiba dan terus menjerit nama Athit dengan kuat bagi mengejutkannya daripada tidur.


Jeritan itu membuatkan Athit tersedar dan terjaga dalam keadaan terpinga-pinga.


Lebih melucukan apabila Athit sendiri seakan bingung sebab dirinya ditahan oleh pihak polis.


Difahamkan, sebelum kejadian, Athit berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan berkenaan sebelum memecah masuk rumah terbabit. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote CiliPadiSedap 1-4-2021 09:03 AM
dia buat 3 kerja ni siang kerja ofis, petang jadi rider, malam ot masuk rumah orang.

jadi jgnlah cakap rakyat ni pemalas masing2 bergolok gadai nak hidup
Quote cm_matjawasp 1-4-2021 10:18 AM
Ada kes hampir sama kat tempat aku dekat 40tahun dulu, kaki mengendap kat kampung,dia mengendap sebelum Subuh bila anak tuan rumah mandi nak ke sekolah, ada sekali dia datang awal .tertidur bawah rumah.bila tuan rumah bangun terdengar bunyi orang berdengkur bawah rumah
Quote epuepy 1-4-2021 10:45 AM
Hahahhaa. Dia nk mencuri ke nk tumpang tido? Lain kali fokus kat keje bang. Ni siap lena lagik
Quote newyork 1-4-2021 12:41 PM
siap selimut lagi..hahaha
Quote 3chanceno 1-4-2021 12:43 PM
Nie kepenatan carik rumah yg bole dirompak ke apa???selamatlah tuan rumah barang belum sempat dicuri
Quote tipah89 1-4-2021 12:51 PM
elok pulak dia siap berselimut eh.
Quote lattehazelnut 1-4-2021 12:58 PM
Sempat bukak bju n selimut..
Ke scandal tuan rumah.,
Quote pagaruyung 1-4-2021 01:05 PM
Jgn isap gam
Quote cmf_almondpecan 1-4-2021 01:06 PM
Sleeping on the job dalam erti kata sebenar
Quote Belibis 1-4-2021 04:17 PM
Keja bahaya pun boleh tertido,apatah lagi kalau jadi jaga.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047394 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top