View: 1890|Reply: 11
|
Pencuri terlena di rumah mangsa, keletihan selepas memecah masuk rumah
[Copy link]
|
|
Pencuri terlena di rumah mangsa
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ena-di-rumah-mangsa
Disiarkan pada: April 1, 2021 @ 6:30am
Agensi
ATHIT tertidur kerana keletihan selepas mmecah masuk rumah seorang individu di wilayah Phetcabun, Thailand. FOTO FB
Bangkok: Disebabkan terlalu letih, seorang perompak lelaki terlena di bilik tidur pemilik rumah yang dicerobohnya di wilayah Phetcabun, Thailand.
Akibatnya, suspek dikenali Athit Kin Khunthud itu bukan hanya gagal untuk melarikan barang, malah ditahan dengan mudah oleh pihak polis.
India Times melaporkan insiden itu berlaku pada 22 Mac lalu ketika Athit memecah masuk rumah seorang individu dengan niat untuk mencuri barangan berharga.
Namun, Athit tertidur kerana kepenatan hingga tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.
Menyedari perompak di dalam bilik tidur, pemilik rumah berkenaan terus menghubungi pihak polis untuk membuat tangkapan.
Sementara menunggu polis tiba, pemilik berkenaan terus membiarkan Athit tidur di biliknya.
Tidak lama selepas itu, pegawai polis, Jiam Wichian tiba dan terus menjerit nama Athit dengan kuat bagi mengejutkannya daripada tidur.
Jeritan itu membuatkan Athit tersedar dan terjaga dalam keadaan terpinga-pinga.
Lebih melucukan apabila Athit sendiri seakan bingung sebab dirinya ditahan oleh pihak polis.
Difahamkan, sebelum kejadian, Athit berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan berkenaan sebelum memecah masuk rumah terbabit.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak Sempat Bawa Lari Barang, Pencuri Tertidur Dalam Rumah Mangsa
Bangkok: Disebabkan terlalu letih, seorang perompak lelaki terlena di bilik tidur pemilik rumah yang dicerobohnya di wilayah Phetcabun, Thailand.
Akibatnya, suspek dikenali Athit Kin Khunthud itu bukan hanya gagal untuk melarikan barang, malah ditahan dengan mudah oleh pihak polis.
India Times melaporkan insiden itu berlaku pada 22 Mac lalu ketika Athit memecah masuk rumah seorang individu dengan niat untuk mencuri barangan berharga.
Foto: Facebook
Namun, Athit tertidur kerana kepenatan hingga tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.
Menyedari perompak di dalam bilik tidur, pemilik rumah berkenaan terus menghubungi pihak polis untuk membuat tangkapan.
Sementara menunggu polis tiba, pemilik berkenaan terus membiarkan Athit tidur di biliknya.
Tidak lama selepas itu, pegawai polis, Jiam Wichian tiba dan terus menjerit nama Athit dengan kuat bagi mengejutkannya daripada tidur.
Jeritan itu membuatkan Athit tersedar dan terjaga dalam keadaan terpinga-pinga.
Lebih melucukan apabila Athit sendiri seakan bingung sebab dirinya ditahan oleh pihak polis.
Difahamkan, sebelum kejadian, Athit berlegar-legar di sekitar kawasan perumahan berkenaan sebelum memecah masuk rumah terbabit. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
dia buat 3 kerja ni siang kerja ofis, petang jadi rider, malam ot masuk rumah orang.
jadi jgnlah cakap rakyat ni pemalas masing2 bergolok gadai nak hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kes hampir sama kat tempat aku dekat 40tahun dulu, kaki mengendap kat kampung,dia mengendap sebelum Subuh bila anak tuan rumah mandi nak ke sekolah, ada sekali dia datang awal .tertidur bawah rumah.bila tuan rumah bangun terdengar bunyi orang berdengkur bawah rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahhaa. Dia nk mencuri ke nk tumpang tido? Lain kali fokus kat keje bang. Ni siap lena lagik |
|
|
|
|
|
|
|
siap selimut lagi..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Nie kepenatan carik rumah yg bole dirompak ke apa???selamatlah tuan rumah barang belum sempat dicuri |
|
|
|
|
|
|
|
elok pulak dia siap berselimut eh. |
|
|
|
|
|
|
|
Sempat bukak bju n selimut..
Ke scandal tuan rumah., |
|
|
|
|
|
|
|
Sleeping on the job dalam erti kata sebenar |
|
|
|
|
|
|
|
Keja bahaya pun boleh tertido,apatah lagi kalau jadi jaga. |
|
|
|
|
|
|
| |
|