CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mulut Kering, Rasa Loya? Anda Mungkin Alami ‘Pentheraphobia’ Iaitu Takut Pada Mentua

31-3-2021 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2167| Komen: 11

Description: Ramai orang mesti akan bergurau tentang hubungan dengan ibu mentua, bahkan kebanyakan drama dan sitkom selalu ada adegan bersama ibu mentua.
Ramai orang mesti akan bergurau tentang hubungan dengan ibu mentua, bahkan kebanyakan drama dan sitkom selalu ada adegan bersama ibu mentua.



Ada orang mempunyai hubungan baik bersama ibu mentua, tapi ada yang mempunyai hubungan kurang baik sehingga timbul rasa takut dan fobia apabila bertemu dengan ibu mentua. Apabila perasaan tidak selesa itu sudah keterlaluan ia dikatakan sebagai satu fobia, ia dikenali sebagai Pentheraphobia.

Menurut Macmillan Dictionary, definisi bagi pentheraphobia ini dinyatakan sebagai ketidaksukaan atau ketakutan yang kuat terhadap ibu mentua.

Bagaimanapun, pentheraphobia dianggap sebagai ketakutan berlebihan atau tidak rasional. Mayo Clinic membezakan antara ketakutan umum atau kegelisahan jangka pendek dan fobia. Fobia tertentu akan tahan dalam jangka masa lama, menyebabkan reaksi fizikal dan psikologi yang sengit dan boleh mempengaruhi kemampuan untuk berfungsi normal di tempat kerja, di sekolah atau dalam persekitaran sosial.




Penyebab pentheraphobia untuk orang tertentu akan berbeza berdasarkan banyak faktor. Genetik dan cara seseorang itu dibesarkan boleh menjadi faktor atau dalam beberapa kes, trauma yang dialami pada masa kanak-kanak atau dewasa boleh menjadi faktor permulaan pentheraphobia.

Selanjutnya, sebilangan orang mungkin mengalami pentheraphobia setelah pertama kali bertemu ibu mentua mereka, sementara yang lain mungkin mengalami fobia setelah mengenali ibu mentuanya selama bertahun-tahun.

Menurut Mayo Clinic, terdapat tiga penyebab utama fobia seperti pengalaman negatif, genetik dan persekitaran dan mentaliti seseorang.

Apakah simptom bagi fobia ini? Mungkin anda tidak suka berada dekat dengan ibu mentua kerana dia sering mengkritik gaya keibubapaan anda. Atau mungkin anda tidak menyukainya kerana tiada keserasian dari kali pertama bertemu dengannya. Tetapi adakah anda sebenarnya takut kepadanya? Adakah anda merasa tidak sihat secara fizikal dan mental atau ada ketakutan ketika bertemunya? 


Gambar hiasan

Simptom pentheraphobia:
Berpeluh berlebihan
Badan rasa dingin
Denyutan jantung yang cepat, berdebar-debar
Kekeliruan
Rasa macam nak pengsan atau pening
Deringan di telinga
Mulut kering
Loya muntah
Ketidakupayaan untuk bercakap
Cuab sedaya supaya elak orang itu
Keengganan untuk bercakap dengan orang itu
Membatalkan acara dengan orang itu


Sumber: Era.je

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 31-3-2021 07:01 PM
kesiannya kalu ada org camni..tringat citer monster in law..iols ok je dgn arwah MIL..kenal MIL sblm i kapel dgn my asben lagi,masa tu i form 5..ingat lagi ayat first arwah MIL masa iols dikenalkan pada arwah, “eh,macam mat saleh”..kembang kempis iols fefeeling anak mix time tu .. rupanya years later I berjodohan dgn anak lelaki dia.. i dpt tau arwah MIL berkenan kat iols lama dah..tapi kitorg laki bini takde lah berkapel sbb arwah nak kitorg berjodohan..mmg dedua ada spark..tu pun lama kemudian, siap iols abih degree baru berkenalan dgn my asben...dgn family asben mmg kenal sebelum tu lagi..patutlah sblm kapel dgn my asben, iols mcm pelik tgk FIL pun mcm suka kat iols smpi terdetik dlm hati iols, gaya nak buat aku jadi menantu je..sorry OT yer..I terkenang2 arwah MIL..baru meninggal last year..
Quote kiah78 31-3-2021 08:34 PM
Alhamdulillah mak mentua kiah baik2 ngan semua menantu. Dah allahyarham dah. Mmng ada kawan2 yg phobia ngan mentua. Itulah dugaan masing2. Bertabahlah.
Quote MentariSenja 31-3-2021 08:47 PM
Wah ada special term ya.... kesian siapa yg ada masalah ni. Sib baik lah my mil ok. Walaupun dia byk buat hal sendiri tapi tak de lah nak membawang pasal anak menantu. My mil agak 'formal' ngan anak menantu tapi baik hati. Since dia tak pandai masak, bila dia datang rumah meols, apa jer yg meols masak dia appreciate...siap cakap tq lagi..hihi....
Quote untoldname 31-3-2021 09:25 PM
Ermmm...my mil okay je.. tapi certain2 part my mil ada perangai yg buatkan iols menyampah...sebabkan mulut my mil..iols dengan biras tak baik...puji iols melambung2 sampai biras2 jelous...tapi hakikatnye iols bukan menantu kesayangan pon...tapi sebabkan iols menantu yg dia ada yang paling semenggah compare dgn menantu yg lain.. so iols dijadikan penanda aras bagi menantu2 yang lain...setiap kali balik mengadap iols kene kental....hahahaha...untung sesaper yg dpt mil baik...tak byk ragam..
Quote hareeeesah 31-3-2021 10:34 PM
MentariSenja: Wah ada special term ya.... kesian siapa yg ada masalah ni. Sib baik lah my mil ok. Walaupun dia byk buat hal sendiri tapi tak de lah nak membawang pa ...


Wah.. jarang iolls dengar mil yang tak pandai masak tau. Biasa mil mesti jenis serba tau je kan depan menantu. Best la mil appreciate kita masak, mak iolls sendiri pun kadang tak suka iolls masak ahhah
Quote MentariSenja 31-3-2021 11:00 PM
hareeeesah: Wah.. jarang iolls dengar mil yang tak pandai masak tau. Biasa mil mesti jenis serba tau je kan depan menantu. Best la mil appreciate kita masak, mak  ...

Ya my mil memang tak pandai masak...hihi.....dari kecik maid dia yg masak. But my fil boleh terima sheols seadanya.. kira oklah kan....huhu
Quote MentariSenja 31-3-2021 11:12 PM
Edited by MentariSenja at 31-3-2021 11:21 PM
untoldname: Ermmm...my mil okay je.. tapi certain2 part my mil ada perangai yg buatkan iols menyampah...sebabkan mulut my mil..iols dengan biras tak baik...puji i ...

Susah juga camtu ya....meols pun bukan menantu fav my mil. Fav dia menantu bungsu.... biasalah dia sayang anak bungsu dia lebih so berjangkit lah ke menantu. Tapi taklah obvious. And kami semua pun tak kisah. Mungkin sebab dia jenis tak banyak mulut kot....buat hal sendiri jer.
Quote watymuchaz 1-4-2021 07:21 AM
Iolss mengalami ni time interview.. Jumpa mak mertua x dek plak.. Sbb mak mertua selalu masak sedap2.. Excited lg adalah.. {:smile
Quote Zazama 1-4-2021 03:18 PM
Edited by Zazama at 1-4-2021 03:20 PM

Me dgn mil mmg sgt sgt sgt baik sehinggalah bila kami sefamilia berpindah ke rumah mil selapas kmatian fil. Suami yg nak pindah sbb dia nak jaga mak dia. Bermulalah kisah2 yg membuatkan iols berendam airmata hari2. Akhirnya ada rasa takut yg tramat dasyat dlm diri iols pd mil. Semuanya berakhir bila iols dan suami berpindah keluar balik ke tempat asal we alls. Semua dgn izinNYA selepas iols berdoa sungguh2 pdNYA krn iols sendiri dh tak sanggup nk tanggung lebih banyak dosa kalau lagi lama iols satu bumbung dgn mil..
Quote Vellfire 1-4-2021 08:50 PM
Zazama replied at 1-4-2021 07:18 AM
Me dgn mil mmg sgt sgt sgt baik sehinggalah bila kami sefamilia berpindah ke rumah mil selapas kmati ...

mcm nasib plak yer dpt mil mcm tu..
apa2pun mak mertua tetap mcm mak kita

tak pernah rasa mcm tu.. syukurlah
Quote Zazama 1-4-2021 10:08 PM
Vellfire replied at 1-4-2021 08:50 PM
mcm nasib plak yer dpt mil mcm tu..
apa2pun mak mertua tetap mcm mak kita


Ye..iols faham. Dia tetap mcm mak kita. Tak mampu nk berdepan situasi itu ketika itu. Satu2 tempat itu kalau lebih mendtgkan dosa pd diri sendiri, lebih baiklah berhijrah sbb iols pun terbeban dgn tindakbalas iols pd mil. Takut tak tau nk jwb apa ketika di mahsyar kelak. Akhirnya kami pindah.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.229071 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top