CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Myvi, Bmw Dan Honda Civic- Lapan Kereta Pecah Cermin Depan Belakang, Angkara Siapa?

1-4-2021 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1393| Komen: 0

Description: Cermin depan dan belakang lapan kenderaan yang didapati dipecahkan di kawasan tempat letak kenderaan Kota Damansara Driving Range, Petaling Jaya, semalam disyaki akibat perbuatan khianat.
Cermin depan dan belakang lapan kenderaan yang didapati dipecahkan di kawasan tempat letak kenderaan Kota Damansara Driving Range, Petaling Jaya, semalam disyaki akibat perbuatan khianat.


Antara kenderaan terbabit seperti yang ditularkan di media sosial adalah Perodua Myvi, BMW dan Honda Civic.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata beberapa pemilik kenderaan terbabit sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kota Damansara, hari ini.


Foto: Berita Harian

Bagaimanapun Ku Mashariman berkata, barang milik peribadi pemilik kenderaan berkenaan tidak hilang walaupun cermin kereta mereka dipecahkan.


"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, kawasan itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup dan kawasan parkir kereta itu tiada pengawal keselamatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ku Mashariman berkata setakat ini, tiada butiran suspek yang diperoleh kerana tiada saksi yang melihat kejadian itu, namun usaha mengesan suspek sedang dibuat.

"Kami percaya semua kereta berkenaan dipecahkan menggunakan objek keras dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, kerana melakukan khianat dan kerosakan.

Semalam, tular sebuah video menerusi akaun Facebook Wan Mahusin Wan Zain, yang memaparkan cermin beberapa buah kenderaan dipecahkan individu tidak bertanggungjawab, di sebuah tempat letak kenderaan di Petaling Jaya. –CARI

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.056914 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top