CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Barrymore Hamil Lagi!

11-11-2013 11:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3831| Komen: 3

Description: E! Online Melaporkan Bahawa Bintang Hollywood, Drew Barrymore Sedang Hamil Anak Kedua Hasil Perkahwinannya Dengan Will Kopelman.


E! Online melaporkan bahawa bintang Hollywood, Drew Barrymore sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan Will Kopelman.

Namun begitu, usia kandungan itu tidak dapat dipastikan.

Khabar gembira tersebut diperoleh setelah Barrymore mula menunjukkan perut yang mulai membuncit ketika sedang berjalan-jalan dengan suaminya dan anak pertamanya Olive di West Hollywood, California.

Kehadiran anak kedua ini memang ditunggu oleh bintang Charlie’s Angels ini kerana dia tidak mahu anak perempuannya itu hidup sebagai anak tunggal seperti dirinya.

"Saya hidup sebagai anak tunggal. Walaupun ia berlangsung dengan baik, namun saya tidak mahu Olive mengalaminya," katanya.

Ketika ini, anak perempuan Barrymore baru saja berumur setahun.

Selain itu, Barrymore juga tidak mahu hidup anak-anaknya nanti sentiasa di kelilingi glamor sebaliknya mereka ingin hidup seperti kanak-kanak biasa.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yanasan21 12-11-2013 11:33 AM
la...aku baru tau dia dh ada anak...ketinggalan keretapi la aku....
Quote ais_kosong 12-11-2013 12:05 PM
aku jua..  tahniah la
Quote BellExOra 12-11-2013 12:18 PM
wah yg second da

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.047697 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top