CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Dia Tak Suka Belajar, Biarlah Dia Berniaga" - Rosyam Nor

4-3-2021 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11617| Komen: 41

Description: Sebelum ini, nama pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor pernah hangat diperkatakan gara-gara memuat naik sebuah video bersama pasangan kembar, Ieka Tajudin dan Iera Tahudin di laman Youtube.
Sebelum ini, nama pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor pernah hangat diperkatakan gara-gara memuat naik sebuah video bersama pasangan kembar, Ieka Tajudin dan Iera Tahudin di laman YouTube.


Kredit foto: IG

Difahamkan, pasangan kembar tersebut kini bergelar usahawan meskipun keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka gagal hampir keseluruhan subjek.

Video berkenaan nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang mendakwa Rosyam seperti mahu menggalakkan golongan muda untuk tidak mengutamakan mengenai soal akademik.



Mengulas mengani isu tersebut, Rosyam sebaliknya menjelaskan Allah telah menetapkan rezeki buat setiap individu dan sebagai orang yang lebih berpengalaman, dia berasa terpanggil untuk memberikan nasihat.


“Kejayaan dan rezeki seseorang tu kita tak pernah tahu. Kalau dia dah tak berminat ke arah itu, saya sebagai yang lebih tua harus memberikan motivasi pada dia.

“Dia tak suka pada akademik tapi suka pada perniagaan,” katanya kepada MH.

Tambah Rosyam yang genap 53 tahun usianya hari ini, jika seseorang itu sudah pun menetapkan matlamat hidup mereka, biarlah mereka kejar apa yang mereka impikan

“Kita yang dah ada pengalaman ni, kita bagi nasihat dekat dia. Pada dia mungkin akademik tak penting tapi bagi orang lain penting.

“Jadi, dia dah tak suka, biarlah dia teruskan dengan perniagaan. Saya juga membantu dia untuk mempromosikan perniagaan dia. Itu je niat dia,” jelasnya lagi.



Dalam pada itu, Rosyam turut menegaskan dia sebenarnya enggan mengambil peduli mengenai mereka yang mengecam kerana menganggap semua orang berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing.

“Semua orang boleh kecam. Tapi pada saya tak perlulah kecam-kecam ni sebab rezeki masing-masing kita tak tahu macam mana. Cuba saya interview orang yang kecam tu, mesti pun dia suka juga.

“Saya sebenarnya melihat kepada ‘padang’ yang saya pergi. Kalau ia jenis macam ni, saya akan bermain dan mengikut rentak dia. Kalau ke tempat lain, mungkin situasinya berbeza,” akhirinya.


Sumber: Media Hiburan
1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 4-3-2021 02:33 PM
Bukan ank ko kan, ank org so lantakla nak skolah ke x
Nasib la ank ko pandai2, kalau ada yg mcm diorang berdua tu, mesti pening kepala jg kan3
Quote maxim 4-3-2021 02:34 PM
ko sekolah tak???
Quote tikusmontok 4-3-2021 02:35 PM
suruh ikut jejak langkah dia  
Quote budakshinchan 4-3-2021 02:39 PM
mereka yang tak nak sekolah netizen pulak lebih lebih meroyan.. sekurangnya mereka buat bisnes untuk survive.. netizen ramai sekolah pon bodoh lagi miskin.. tu pon nk sebok mengecam orang je tak habih habih..
Quote chandrahusin 4-3-2021 02:41 PM
budak2 tu lawa
kemain back up
Quote tagas 4-3-2021 02:47 PM
mende baik ape nak kecam

phd sungguh mulayu2 layu nih

tu psl tak maju
Quote asamfish 4-3-2021 02:59 PM
Betul cakap Rosyam tu walaupun aku tak la minat dia berlakon
Tapi nasihat dia tu betul
Kejayaan hidup ni ada macam2 pintu
Kalau dah bbdk takmo belajar, tapi gigih untuk berusaha memajukan diri dgn cara lain, why not....
Yang belajo tinggi2 pun, kerja bagus2 pun, akhirnya terkulai layu kat online scammer
Quote Kancilkering 4-3-2021 03:17 PM
deme bagi gambaran spm tu x penting ...so why bother...niaga le kita
macam sapa artis  tu yg alim ulamak...belajar tinggi tinggi x dpt. selamatkan kita dari api neraka baik aku hantar anak aku belajar agama

tu pilihan masing masing.....

Quote katnissE 4-3-2021 03:43 PM

Yalah anak orang.  Suka hati diorang dan mak bapak diorang lah.
Anak Rosyam sendiri pandai-pandai kan?  
Quote newyork 4-3-2021 03:45 PM
Satu anak org , mmg tak apalah. 2- budak2 tu lawa.. aaaa cuba kepam ko nak cakap apa.. hahahah
Quote lil_honey 4-3-2021 03:48 PM
yke anak rosyam pandai2..yang diorang kata anak dia kat tiktok letak susu dalam botol tu bimbo jua aku nengok nye.
Quote LadyCarefree 4-3-2021 04:09 PM
Jual produk timbang kilo ke?
Quote MarryPottet 4-3-2021 04:27 PM
Kembor ni niaga apa?
Nak niaga kena ada ilmu. Ilmu perlu dituntut yakni dgn cara belajar jugak
Cari guru yg lurus ilmunya
Bukan guru yg mengajar ilmu menipu kemudian charge harga tak masuk akal yg akhinya jadi sia sia segala pelaburan
Quote husna_amal 4-3-2021 04:36 PM
Minat dan kebolehan kita berbeza. Tak perlu nak kecam sangat kalau orang tu tak nak teruskan dalam akademik.
Quote Jorja 4-3-2021 04:39 PM
Subhanallah comelnya budak2 ni . Bestnya kalau dapat kembar gegirl
Quote rajamoney 4-3-2021 04:40 PM
chandrahusin replied at 4-3-2021 02:41 PM
budak2 tu lawa
kemain back up

itu rupa pun lawa?
Quote rajamoney 4-3-2021 04:41 PM
asamfish replied at 4-3-2021 02:59 PM
Betul cakap Rosyam tu walaupun aku tak la minat dia berlakon
Tapi nasihat dia tu betul
Kejayaan hi ...

entah

dia tk nak belajar gi sekolah lantak la dia

yg pandai2 belajau ni la memimpin negara

yg tak pandai belajau ni ada bakat lain

bahasa jiwa bangsa!
Quote Minami2013 4-3-2021 05:02 PM
I percaya satu hari nanti jauh di sudut hati menyesal juga tak belajar.
Quote KIM.K 4-3-2021 05:21 PM
tak payah nak terasa la bang rosyam. macam suci bening sangat imej ko tu takboleh kena cuit
kadang ko terjumpa org popular..ko plak tak tau
alih terkeluor cerita busuk

terima jelah

aku terjumpa kau pun bukan sekali. yang bagusnye ko jaga elok2 akhlak bini n doter..very cultured
harap boleh mati dgn tenang pasni lepas baca nih

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.054261 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top