CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Kantoi Curang Lepas Kemalangan Dengan Teman Lelaki

4-3-2021 09:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5747| Komen: 16

Description: Wanita kantoi curang selepas terbabit kemalangan bersama teman lelakinya di sebuah lebuh raya di bandar Saltillo, Mexico Ahad lalu.
Wanita kantoi curang selepas terbabit kemalangan bersama teman lelakinya di sebuah lebuh raya di bandar Saltillo, Mexico Ahad lalu. 

Menurut saluran berita RCG Media seperti dipetik Daily Mail, Edna menipu polis di lokasi kejadian dengan memaklumkan bahawa hanya dia berada dalam kenderaan tersebut.



Kredit foto: RCG

Dia bertindak demikian kerana ingin mengelakkan teman lelakinya, Raul ditahan kerana kereta itu tidak memiliki plat kenderaan.

Malang baginya apabila siasatan mendapati Edna menipu, manakala Raul ditahan atas kesalahan berkaitan nahas tersebut.

Selepas mendapat maklumat keluarga mereka, polis menghubungi kediaman Edna agar dia dapat dihantar pulang. Bagaimanapun, suaminya menjawab panggilan itu dan muncul di lokasi kemalangan.

Suaminya yang mendapat tahu tentang kecurangan isterinya mula bertengkar di lokasi, malah kedua-dua lelaki tersebut hampir bertumbuk sebelum polis menghalang mereka.


Biarpun menipu pihak berkuasa, Edna dibenarkan pulang bersama suaminya dan ahli keluarganya yang lain.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 4-3-2021 09:22 PM
Ah, kesah kat luar negara. Tak best mencerca.
Quote sukacactus 4-3-2021 09:23 PM
Tuhan nak tunjuk so nasib la
Quote sharlenetexas 4-3-2021 09:28 PM
Ca$h la kan.
Quote Punat_button 4-3-2021 09:30 PM
dua_chzy replied at 4-3-2021 09:22 PM
Ah, kesah kat luar negara. Tak best mencerca.

macam satu masa dahulu lobai gigih korek cerita paderi mexico demi untuk mencerca

bila thread sendu tuduh orang liberal


Quote dua_chzy 4-3-2021 09:32 PM
Punat_button replied at 4-3-2021 09:30 PM
macam satu masa dahulu lobai gigih korek cerita paderi mexico demi untuk mencerca

bila thread s ...

Hahahaha. Padahal sendu sebab berita luar negara, poromer tempatan majoritinya malas nak ambil kisah.
Quote rajamoney 4-3-2021 09:33 PM
nape dlm thread ni ada org merengek bila dituduh liberal?
Quote dudaberhias 4-3-2021 09:39 PM
cash... tapi macam biasa yang curang mesti muka pecah lobang gitu....

sape tag jejan dan pompuan curang dapat 10k.... tc applies... boleh redeem dekat bulan sahaja...
Quote Punat_button 4-3-2021 09:44 PM
dua_chzy replied at 4-3-2021 09:32 PM
Hahahaha. Padahal sendu sebab berita luar negara, poromer tempatan majoritinya malas nak ambil kis ...

tu la pasal. dah nama pun forum melayu isle ofkos lah content pasal melayu isle banyak attract view dan komen. simple marketing pun tak faham

Quote SalenaGomez 4-3-2021 10:39 PM
dudaberhias: cash... tapi macam biasa yang curang mesti muka pecah lobang gitu....sape tag jejan dan pompuan curang dapat 10k.... tc applies... boleh redeem dekat  ...


AA sangat tag tu..hihihih
Quote riena3321 4-3-2021 11:03 PM
member aku xcident. cedera parah.masuk icu. mujur hp dia hilang ada org curi masa xcident tu. klu tak hncur hati suami sbb dlm hp tu byk bukti dia ada skandal
Quote ikanmasin 5-3-2021 12:27 AM
cash sgt lah....
Quote hazzy0304 5-3-2021 10:15 AM
riena3321 replied at 4-3-2021 11:03 PM
member aku xcident. cedera parah.masuk icu. mujur hp dia hilang ada org curi masa xcident tu. klu ta ...

allahu .. aku yang bukan sape2 ni pun baca, terasa sebak pulak ..
Quote batmana 5-3-2021 12:18 PM
riena3321 replied at 4-3-2021 11:03 PM
member aku xcident. cedera parah.masuk icu. mujur hp dia hilang ada org curi masa xcident tu. klu ta ...

kang jadi cm kes staf nurse selingkuh dgn negro plak kang, mati kene bunuh dlm rumah sewa, yg si somi tk taupun dia menyewa situ. haru biru dunia..

klu ada kenal kwn2 yg skandal cmni, pi je cakap terang dgn psgn dia, lantak pi la apa jadi...klu tk brani, buatla surat layang, biar setel cepat..
ni byk aku dgr , kawan buat dajal, kwn lain tau, tapi diamkan aja.. bygkn la yg kene tu anak sndiri, adik bradik sndiri.. apekah berdiam juge..

Quote jazaa100 5-3-2021 01:23 PM
batmana replied at 5-3-2021 12:18 PM
kang jadi cm kes staf nurse selingkuh dgn negro plak kang, mati kene bunuh dlm rumah sewa, yg si s ...

Dah lah bat......

org tu pun dah meninggal....tak yah lah diungkit ungkit lg.....

kita tak tau pgakhiran kita mcmana....

#donetazkirahjemaat

Quote bondeh 6-3-2021 01:02 AM
riena3321 replied at 4-3-2021 11:03 PM
member aku xcident. cedera parah.masuk icu. mujur hp dia hilang ada org curi masa xcident tu. klu ta ...

Ada romen2 ke
Quote chandrahusin 6-3-2021 07:21 AM
Dgn 1 tred wife hilang
1 tred lagi wife dh mati kena bunuh
Yg plk wife ada skandal kemalangan
Yg bujang2 dh boleh senyum sinis

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049204 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top