View: 9798|Reply: 41
|
"Dah Dia Tak Suka Belajar, Biarlah Dia Berniaga" - Rosyam Nor
[Copy link]
|
|
Sebelum ini, nama pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor pernah hangat diperkatakan gara-gara memuat naik sebuah video bersama pasangan kembar, Ieka Tajudin dan Iera Tahudin di laman YouTube.
Kredit foto: IG
Difahamkan, pasangan kembar tersebut kini bergelar usahawan meskipun keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka gagal hampir keseluruhan subjek.
Video berkenaan nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang mendakwa Rosyam seperti mahu menggalakkan golongan muda untuk tidak mengutamakan mengenai soal akademik.
Mengulas mengani isu tersebut, Rosyam sebaliknya menjelaskan Allah telah menetapkan rezeki buat setiap individu dan sebagai orang yang lebih berpengalaman, dia berasa terpanggil untuk memberikan nasihat.
“Kejayaan dan rezeki seseorang tu kita tak pernah tahu. Kalau dia dah tak berminat ke arah itu, saya sebagai yang lebih tua harus memberikan motivasi pada dia.
“Dia tak suka pada akademik tapi suka pada perniagaan,” katanya kepada MH.
Tambah Rosyam yang genap 53 tahun usianya hari ini, jika seseorang itu sudah pun menetapkan matlamat hidup mereka, biarlah mereka kejar apa yang mereka impikan
“Kita yang dah ada pengalaman ni, kita bagi nasihat dekat dia. Pada dia mungkin akademik tak penting tapi bagi orang lain penting.
“Jadi, dia dah tak suka, biarlah dia teruskan dengan perniagaan. Saya juga membantu dia untuk mempromosikan perniagaan dia. Itu je niat dia,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Rosyam turut menegaskan dia sebenarnya enggan mengambil peduli mengenai mereka yang mengecam kerana menganggap semua orang berhak untuk meluahkan pandangan masing-masing.
“Semua orang boleh kecam. Tapi pada saya tak perlulah kecam-kecam ni sebab rezeki masing-masing kita tak tahu macam mana. Cuba saya interview orang yang kecam tu, mesti pun dia suka juga.
“Saya sebenarnya melihat kepada ‘padang’ yang saya pergi. Kalau ia jenis macam ni, saya akan bermain dan mengikut rentak dia. Kalau ke tempat lain, mungkin situasinya berbeza,” akhirinya.
Sumber: Media Hiburan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ank ko kan, ank org so lantakla nak skolah ke x
Nasib la ank ko pandai2, kalau ada yg mcm diorang berdua tu, mesti pening kepala jg kan3 |
|
|
|
|
|
|
|
suruh ikut jejak langkah dia |
|
|
|
|
|
|
|
mereka yang tak nak sekolah netizen pulak lebih lebih meroyan.. sekurangnya mereka buat bisnes untuk survive.. netizen ramai sekolah pon bodoh lagi miskin.. tu pon nk sebok mengecam orang je tak habih habih.. |
|
|
|
|
|
|
|
budak2 tu lawa
kemain back up |
|
|
|
|
|
|
|
mende baik ape nak kecam
phd sungguh mulayu2 layu nih
tu psl tak maju |
|
|
|
|
|
|
|
Betul cakap Rosyam tu walaupun aku tak la minat dia berlakon
Tapi nasihat dia tu betul
Kejayaan hidup ni ada macam2 pintu
Kalau dah bbdk takmo belajar, tapi gigih untuk berusaha memajukan diri dgn cara lain, why not....
Yang belajo tinggi2 pun, kerja bagus2 pun, akhirnya terkulai layu kat online scammer
|
|
|
|
|
|
|
|
deme bagi gambaran spm tu x penting ...so why bother...niaga le kita
macam sapa artis tu yg alim ulamak...belajar tinggi tinggi x dpt. selamatkan kita dari api neraka baik aku hantar anak aku belajar agama
tu pilihan masing masing.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Yalah anak orang. Suka hati diorang dan mak bapak diorang lah.
Anak Rosyam sendiri pandai-pandai kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Satu anak org , mmg tak apalah. 2- budak2 tu lawa.. aaaa cuba kepam ko nak cakap apa.. hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
yke anak rosyam pandai2..yang diorang kata anak dia kat tiktok letak susu dalam botol tu bimbo jua aku nengok nye. |
|
|
|
|
|
|
|
Jual produk timbang kilo ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kembor ni niaga apa?
Nak niaga kena ada ilmu. Ilmu perlu dituntut yakni dgn cara belajar jugak
Cari guru yg lurus ilmunya
Bukan guru yg mengajar ilmu menipu kemudian charge harga tak masuk akal yg akhinya jadi sia sia segala pelaburan |
|
|
|
|
|
|
|
Minat dan kebolehan kita berbeza. Tak perlu nak kecam sangat kalau orang tu tak nak teruskan dalam akademik. |
|
|
|
|
|
|
|
Subhanallah comelnya budak2 ni . Bestnya kalau dapat kembar gegirl |
|
|
|
|
|
|
|
entah
dia tk nak belajar gi sekolah lantak la dia
yg pandai2 belajau ni la memimpin negara
yg tak pandai belajau ni ada bakat lain
bahasa jiwa bangsa!
|
|
|
|
|
|
|
|
I percaya satu hari nanti jauh di sudut hati menyesal juga tak belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah nak terasa la bang rosyam. macam suci bening sangat imej ko tu takboleh kena cuit
kadang ko terjumpa org popular..ko plak tak tau
alih terkeluor cerita busuk
terima jelah
aku terjumpa kau pun bukan sekali. yang bagusnye ko jaga elok2 akhlak bini n doter..very cultured
harap boleh mati dgn tenang pasni lepas baca nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|