CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Padam Foto Seksi -Tiga Hari Mimpi Aneh, Ratu Balqis Mula Tutup Aurat

24-2-2021 09:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13124| Komen: 68

Description: Tampil dengan imej bertudung, penyanyi Ratu Balqis berkata dia kini dalam proses menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Tampil dengan imej bertudung, penyanyi Ratu Balqis berkata dia kini dalam proses menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Menurut Balqis, 22, dia mula mengubah penampilan menutup aurat termasuklah mendekatkan diri dengan agama selepas mengalami mimpi aneh, awal tahun ini.




"Tak mahulah cakap sudah bertudung sepenuhnya kerana saya masih lagi dalam proses belajar, tapi apa yang boleh saya cakap sekarang saya cuba perlahan-lahan belajar menutup aurat.

"Hati saya mula terdetik selepas tiga hari didatangi mimpi yang sama sehinggalah saya terfikir untuk cuba berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik.

"Ibu pun nasihat saya untuk berubah, dekatkan diri dengan Allah, jaga solat dan sebagainya... sebab itu saya cuba dengan menutup aurat terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

Foto: IG

Menerusi Instagram, bekas peserta program Mentor Milenia 2017 ini didapati memadam gambar lamanya yang tidak menutup aurat.

Tindakan penyanyi lagu Buaya ini menerima komen positif peminat yang turut memuji penampilan baharunya itu.

"Alhamdulillah ramai yang puji dan beri kata-kata semangat... dalam keadaan sekarang ini saya perlukan sokongan semua pihak.

"Sejujurnya banyak lagi yang saya perlu belajar kerana diri ini masih belum sempurna. Doakan saya istiqamah dan kekal dengan imej begini," ujarnya.

Meskipun sudah mengenakan hijab, Balqis berkata dia akan tetap meneruskan karier nyanyian.




"Bidang nyanyian akan diteruskan... mungkin lagu selepas ini akan disesuaikan dengan penampilan saya.

"Sebelum ini orang memang tahu lagu-lagu saya berentak rancak dan ada tarian, kita tengoklah lagu akan datang macam mana.

"Selepas lagu Buaya, saya ada perancangan nak rakam lagu mengenai anak yang memang saya tujukan kepada anak lelaki saya iaitu Hamka... lagu dan lirik saya dah buat, InsyaAllah," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 24-2-2021 09:44 AM
Whoareyus??
Filter filtsr filter
Quote aijinmisaki 24-2-2021 09:51 AM
I don't even know who you are
Quote ciksaenara 24-2-2021 09:52 AM
alhamdulillah. moga istiqamah
Quote gideoncross 24-2-2021 10:12 AM
Smoga Istiqamah tpi iol x knal dia ni siapa.
Quote AbukRokok 24-2-2021 10:56 AM
who are yusss

tp xpe abg maafkan done follow tiktok
Quote mrsbale 24-2-2021 11:11 AM
Xkenal pun. Ratu balkis ke ratu filter. Mimpi aneh tu mimpi nmpk cermin ke. Ke mimpi filter lenyap dr bumi
Quote makadek 24-2-2021 11:13 AM
Dek tk relevan dh ye....lpas ni 1 satu persatu jgn sampai caras yat sejadoh ye
Quote Boomibulat 24-2-2021 11:14 AM
Edited by Boomibulat at 24-2-2021 01:10 PM

Dulu ada Puteri Balqis..skrg ada Ratu Balkis pulak..mcm2
Quote beni_nikaido 24-2-2021 11:16 AM
tak kenal tapi tahniah
semoga istiqamah
Quote espri6006 24-2-2021 11:25 AM
dia ni bekas Idola kecil kat Tv9 dulu, waktu tu gigi dia jarang lagi...ala zaman budak2..
Quote salmon-suki 24-2-2021 11:29 AM
Ai susah nak percaya geng2 berubah kerana mmpi aneh..japgi xtaw laa apa cerita plak nak up..
Quote Belibis 24-2-2021 11:32 AM
Boomibulat: Dulau ada Puteri Balqis..skrg ada Ratu Balkis pulak..mcm2

Lagi 10 tahun,nenek balkis pulak.
Quote AshkieLa 24-2-2021 12:07 PM
Edited by AshkieLa at 24-2-2021 12:49 PM

mimpi aneh konon...
esok2 kalau "ter" buka tudung atau "ter" dedah aurat lain(contoh: pakai baju nampak bahu/kain terbelah)..
then nak kata mimpi ape pulak? mimpi basah?

kami dah muak yach dengan kisah2 begini....
Quote Kurex 24-2-2021 12:15 PM
Kau siapa pompuan?
Quote umbut 24-2-2021 12:35 PM
Nak pakai tu pakai je lah.. mimpi anehlah.. jgn jadi cam yebby ngan yatt sejadah sudah... overr
Quote whadda 24-2-2021 01:03 PM
bukan main lagi filter kauu
Quote lattehazelnut 24-2-2021 01:03 PM
Da sambar jerung x? Pnat seksi2 jual diri xdpt pape..
Quote irsa 24-2-2021 01:11 PM
Better klau dah berubah tu buat syp2 x yah cerita pasal mimpi2 aneh bagai tu Kak qis.. Bila dah bertutup aurat tu elakkan lah ber tiktok tergedik2, segala terlentok, tersembur bontot semua tu! x fhm betul dgn mereka yg bertutup aurat tp terkinja2 dlm tiktok. Mmg betullah 'we kenot judge a person by her/his appearance'
Quote Nenasketum 24-2-2021 01:22 PM
Saper ni? Gambar filter kemain ek ko

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.232346 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top