CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mengakui Kerap Ponteng Sekolah, Fizo Omar 'Psiko' Calon SPM

24-2-2021 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3650| Komen: 14

Description: Pelakon Fizo Omar berkongsi kenangannya ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2002.
Pelakon Fizo Omar berkongsi kenangannya ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2002.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menerusi Instagram mengakui dia tidak begitu berminat dalam bidang akademik kerana terlalu sibuk mewakili Kelantan dan Malaysia dalam sukan bola sepak.

Mengakui kerap ponteng sekolah, namun pelakon berusia 36 tahun ini tetap melakukan yang terbaik dalam menjawab peperiksaan SPM supaya dia layak menyambung pelajaran ke universiti.

Foto: IG

"Tahun 2002 saja... bukan lama sangat abe Joe ambil SPM, tapi gambar tu saja yang ada dalam telefon ni. Kenangan di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu. Bab belajar ni liat (malas) sikit dulu sebab masa tu tak fikir fasal belajar sangat.


"Sibuk main bola wakil Kelantan dan Malaysia. Hari-hari mesti ada latihan dan hujung minggu saja travel untuk away game. Kalau tak tuang (ponteng) kelas seminggu sekali tu tak sah la.

"Lepas itu, apabila ada national training kena base kat Sekolah Sukan Bukit Jalil, jadi faham-faham sajalah. Tapi apabila nak ambil SPM tu all out lain macam sikit, demi masa depan dik. Sekurang-kurangnya bagi lepas masuk universiti, kemudian tu kita cerita la apa nak jadi," katanya.



Pelakon drama bersiri Pengantin Satu Malam ini turut memuat naik foto dia ketika di zaman persekolahan di Instagram sebagai memberi semangat kepada calon pelajar SPM yang mula menduduki peperiksaan pada Isnin.

Rata-rata netizen memuji semangat Fizo yang ingin berjaya dalam SPM selain turut berkongsi pengalaman yang sama ketika di zaman persekolahan.

Dalam pada itu, bekas suami kepada ahli perniagaan Mawar Abdul Karim ini meluahkan rasa syukur dapat menyambung pelajarannya dalam jurusan Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis.

Selepas menamatkan pelajaran, Fizo memilih untuk menceburi dunia lakonan namun disebabkan mempunyai keinginan untuk belajar, dia kini kembali menjadi pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM), kampus Kuala Lumpur.



"Alhamdulillah dapat juga masuk UiTM Arau buat civil engineering. Ok la dapat result cukup-cukup untuk pakai jubah convo agar mak ayah gembira. Lepas itu rasa tak nak belajar dah, nak buat apa yang abe Joe suka.

"Terus berlakon dan buat bisnes sekarang ni. Tapi apabila tahap sekarang ni rasa gedik nak sambung belajar pula, jadi sambunglah masters di UUM KL buat research yang tak habis-habis lagi ni.



"Jadi apa abe Joe nak kongsi, memang tak semua orang rajin nak belajar, tapi benda tu sangat penting dik. Learning procees is never ending. Apa-apa pun kasi lepaskan SPM dulu.

"Lepas itu korang nak jadi batman ke, ultraman ke suka hati korang la. Janji result SPM tu biar boleh eja la. Kalau dapat B, C, D susah nak eja dik. Kalau ada A, kira ok la. E pun boleh eja tapi tak perlu la. Apa-apa pun all the best," ujarnya. -CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makneng 24-2-2021 10:04 AM
Abe abe abe.. Gebang kencang... Ada hati nak saiko bebudak skrg. {:nose
Quote akuHavocczz 24-2-2021 11:33 AM
indirectly nak menunjuk pawerr actually
Quote miss_perfect 24-2-2021 11:58 AM
Budak kelantan or ganu kebanyakannya yg aku kenal masa sekolah memang result power tapi tu bab akademik je la
Quote cikkuntum 24-2-2021 12:07 PM
miss_perfect replied at 24-2-2021 11:58 AM
Budak kelantan or ganu kebanyakannya yg aku kenal masa sekolah memang result power tapi tu bab akade ...

mulut bab nk memulau org or nk kecam org no 1...tp xsemua la...sesetgh je...yg baik sgt baik...
Quote cikkuntum 24-2-2021 12:08 PM
miss_perfect replied at 24-2-2021 11:58 AM
Budak kelantan or ganu kebanyakannya yg aku kenal masa sekolah memang result power tapi tu bab akade ...

mulut bab nk memulau org or nk kecam org no 1...tp xsemua la...sesetgh je...yg baik sgt baik...
Quote Kurex 24-2-2021 12:14 PM
Manisnya senyuman
Quote mawar_mustika 24-2-2021 02:35 PM
makin lama mkn comel plak cik yam anak pijo ni...dh lh mulut pot pet pot pet
Quote miss_perfect 24-2-2021 02:46 PM
cikkuntum replied at 24-2-2021 12:08 PM
mulut bab nk memulau org or nk kecam org no 1...tp xsemua la...sesetgh je...yg baik sgt baik...

Tapi yg baik2 pun bila sskjp, tetap sskjp ye tak? Sebab diorang kalau jumpa geng satu negeri, memang lupa org negeri lain
Quote likecandy 24-2-2021 03:41 PM
Humblebrag ke? Sempat selit part heols tgh amik masters?
Quote ad_hoc79 24-2-2021 04:03 PM
abe pizo dgn azar tu dah xde apa2 ke...ke mmg xde apa2 dr sblm ni
Quote leya_nur 25-2-2021 08:11 AM
cikkuntum replied at 24-2-2021 12:08 PM
mulut bab nk memulau org or nk kecam org no 1...tp xsemua la...sesetgh je...yg baik sgt baik...

Depan kita baik sbb nk itu ini tp bila duduk dgn geng sendiri sama naik mulut mengutuk kita. Aku benci ngn puak sskjp ni
Quote isbritneybich 25-2-2021 10:56 AM
oo patut la mcm ni hasilnya sekarang
Quote tripleid 25-2-2021 11:02 AM
Muka dia ada kat hall of fame SIC
Quote LadyCarefree 26-2-2021 12:23 PM
Oooo xsangka dia ada degree

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.054861 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top