CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Melentur Buluh Biar Dari Rebung, Ibu Kongsi Tips Pupuk Minat Memasak Pada Si Kecil

22-2-2021 12:45 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3299| Komen: 15|Original author: Oleh: Natrahn

Description: Melentur Buluh Biar Dari Rebung - Ibu Kongsi Tips Pupuk Minat Memasak Pada Si Kecil



Lumrah anak-anak ialah meneroka dan mencuba benda baru. Seorang pengguna Facebook,  Nurul Nazireen Khazali mengambil kesempatan keadaan itu memupuk minat anaknya untuk memasak dari kecil.

Sesungguhnya aktivti memasak tidak hanya terhad kepada anak perempuan sahaja. Nurul memberitahu dia mendidik anaknya Syazwi atau lebih mesra disapa Chef Wi itu mula memasak pada usianya yang baru 2 tahun 6 bulan.

Loading FB Post...


Nurul sentiasa melibatkan anaknya turut membantunya dalam penyediaan bahan seperti memotong sayur dan mengisar bahan. Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat anaknya tidak kekok menggunakan mixer, blender, pisau dan peralatan dapur yang lain.

Nurul turut berkongsi tips serta pengalamannya dalam melakukan aktiviti memasak bersama anaknya. Baca lanjut.

1. Pastikan anak-anak faham apa itu bahaya. Bila berada di dapur, kita terdedah dengan pelbagai jenis bahaya seperti minyak panas, terpecik dan sebagainya. Sentiasa awasi anak anda.



2. Sediakan kerusi atau peralatan yang sesuai. 



3. Untuk peralatan tajam seperti pisau, ibubapa lebih tahu keupayaan anak-anak. Mulakan dengan pisau plastic terlebih dahulu. Jika anak sudah pandai mengawal baru bertukar ke pisau yang lebih advance.



4. Jangan paksa anak jika mereka tidak minat. Syazwi sejak kecil memang minat untuk membantu. Dia terasa sangat dihargai bila saya masak dan panggil dia untuk turut serta. 

Sesungguhnya aktiviti sebegini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang mereka, malah dapat belajar pelbagai kemahiran semasa proses memasak seperti kemahiran motor halus, membaca dan mendengar arahan.




Malah daya fokus dan keyakinan diri turut meningkat apabila mereka mampu menyelesaikan setiap tugasan masakan yang diberikan. Sebagai ibu bapa kita perlu yakin dan percaya pada anak namun pada masa yang sama juga perlu meletakkan had pada mereka. 

Semoga bermanfaat. -CARI


6

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 22-2-2021 01:19 PM
Dah boleh join masterchef junior ni
Quote Scheherazade 22-2-2021 01:28 PM
Comel je. Bgs la ada minat. Dah boleh start asah skill utk jd chef ternama one day
Quote epuepy 22-2-2021 01:34 PM
2 tahun kak. Muda lagi. Aku yg seriau tgok dia pegang pisau.

Quote Redmyvi 22-2-2021 01:38 PM
Bagus pupuk minat dari kecik.. Comey sgt la ank dia..
aku teringat dulu selalu tgk ank perempuan gordon ramsey pun memasak dari kecik.. sekarang dah pndai baking mcm2.. mana tahu ikut jejak ayah ..
Quote lattehazelnut 22-2-2021 01:46 PM
Potong cili dgn pisau tu agak la pun..
Mungkin kita ok, tp baby ntah2 pijar tgn dia..
kalau terpotong jari ke camne tu..
Quote little_sis 22-2-2021 02:00 PM
Ni nampak natural la dari ada dulu tu sorg budak kecik sgt2 girl yg mak dia claim boleh masak mcm2 tu..
Quote yusryimran 22-2-2021 02:19 PM
alahai cute aje bdk ni
Quote Artemesiaa 22-2-2021 02:22 PM
Bagus juga kecik2 dah terbiasakan buat macam2 kerja tak ada ler bila dah besar perasan raja
Quote Agarthan 22-2-2021 02:23 PM
Wah bagus ni.. Aku cuma harap yang ibunya sediakan lebih perlindungan untuk si kenit
Quote CiliPadiSedap 22-2-2021 02:48 PM
anak akak 2 thn masa kaka tgk utube leka jap tahu2 tempat uli tepung kayu tu dah hinggap kat anak lg sorang. yang baby angkut kayu uli tepung tu baru setahun  2 bulan. berdarah bibir.

masa buat kuih karipap kaki dia dah rasmikan tepung uli. kesimpulannya lain anak lain ragam jgn expect sama dengan anak orang dan fokus memahami anak masing2.
Quote BoongaKertas 22-2-2021 03:39 PM
bagus mak mcm ni, teringat iols chef kobe rn tu. dah lah comel, pipi labuh, suka makan and masak plak tu.
Quote makneng 22-2-2021 05:46 PM
Anak sheolls nampak bijak n fokus. Bagus latih buat keje2 rumah sedari kecik
Quote Carcosa 22-2-2021 10:01 PM
Uihhh meols takboleh lah. Kesabaran meols teramat lah nipis Lagi nak kemas bersepah2 dia buat. Takpelah, nanti dia besar sikit, baru meols ajar dia.
Kalau dia taknak, meols suruh dia belajar pandai2 je. Biar ambik helper
Quote any42 23-2-2021 05:37 PM
Comelnya adik ni. Tp seriau tgk pgang pisau n tgh msak tu btnya jatuh tsembam dlm kuali panas. Hrap adik bhati2 sntiasa dbwh pngawasan mak ayh.
Quote Boomibulat 23-2-2021 05:46 PM
Elok la..kje tukang masak sentiasa diperlukan..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.083718 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top