CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Vokalis Kumpulan Sejati Kini Pengangkut Sampah

22-2-2021 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11741| Komen: 63

Description: Lagu Bila Bunga Dipetik Orang dan Kerana Menyintaimu menjadi siulan anak muda sekitar 90-an lalu namun kini penyanyinya terpaksa mengambil upah mengangkut sampah demi kelangsungan hidup.
Lagu Bila Bunga Dipetik Orang dan Kerana Menyintaimu menjadi siulan anak muda sekitar 90-an lalu namun kini penyanyinya terpaksa mengambil upah mengangkut sampah demi kelangsungan hidup.


Vokalis kumpulan Sejati, Yazid Alias, 55, berkata, akibat terkesan pandemik Covid-19 menyebabkan dia tidak lagi mendapat undangan membuat persembahan daripada mana-mana pihak.

Katanya, demi kelangsungan hidup dia terpaksa beralih kerjaya dengan mencari pekerjaan halal yang boleh menyara kehidupan keluarga.


Kredit foto: Harian Metro

"Setiap hari, bermula jam 9 pagi, saya membonceng motosikal roda tiga untuk mengambil upah mengutip sampah di sekitar Kampung Balun dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Kampung Balun.


"Setiap rumah yang mendapatkan perkhidmatan saya akan memberi upah sebanyak RM10 sebulan dan ada juga yang bermurah hati memberi lebih selepas melihat kesungguhan kerja yang saya buat ini," katanya ketika ditemui, dekat sini.

Yazid berkata, penduduk sentiasa memberi sokongan kerana dapat membantu memastikan kawasan kampung bersih dan bebas daripada sampah.

Dia berkata, walaupun seketika dulu pernah popular sebagai artis dan dikenali ramai namun dia tidak sesekali malu dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang.

"Buat apa nak malu mengangkut sampah kerana ini kerja halal dan saya tidak kisah apa kerja yang ditawarkan asalkan halal untuk menyara keluarga saya.

"Saya bersyukur kerana masih lagi dikurniakan tubuh yang sihat untuk berkerja menyara keluarga dan ketika cuti sekolah, anak saya, Putera Norsyareza, 12, juga membantu," katanya.

Menurutnya, selepas mengangkut dan meletakkan sampah di tong sampah disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) berdekatan Taman Tasik Yang Dipertua (YDP) Slim River, dia membersihkan tempat meletak sampah dengan hampas kelapa.

"Hampas kelapa ditabur pada pelantar untuk menghilangkan bau dan menyerap air sampah pada bahagian pelantar itu sebelum saya kembali mengangkut sampah di rumah penduduk.

"Walaupun pekerjaan ini bergelumang dengan bau sampah yang busuk namun demi kelangsungan hidup maka saya terpaksa lakukan juga bagi menyara kehidupan keluarga," katanya.

Yazid berkata, dia menasihati artis baharu yang sedang mencipta nama agar beringat ketika popular dengan membuat tabungan masa depan secukupnya.

Katanya, setinggi mana di atas, lambat laun berada di bawah juga menyebabkan mereka perlu membuat persediaan.

"Saya reda dan bahagia dengan pekerjaan yang saya lakukan sekarang dan yang penting saya mampu berdikari untuk keluarga saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-2-2021 02:09 PM
terkejut aku mula2 baca dpat gaji rm10 je sbulan rupa2nya setiap rumah bagi upah rm10 sebulan..bagi aku bagi la lebih sikit rm10 cam sikit naa walaupun per rumah..smoga dipermudahkan urusan dia ni
Quote little_sis 22-2-2021 02:13 PM
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan, alhamdulillah masih sihat lagi tu...
Quote Thunderclouds 22-2-2021 02:14 PM
Xpa la pkcik,janji halal & xmeratap meraung mintak bantuan yg xbkesudahan.kt apartment aku ni pn adea org amik upah tolong buang sampah hari2 byaq bulan2.
Quote opie5662 22-2-2021 02:14 PM
Alhamdulillah... Asalkan tak meminta2... Masih ade kudrat mencari rezeki yang halal..
Quote Skuau 22-2-2021 02:16 PM
okla tu kja halal...lgpon umur dia dh 55 tahun...masa pandemik ni...sapa la nk bg kja ngn ore umr cam dia/tu...
Quote riena3321 22-2-2021 02:22 PM
ingt lgi gi pesta penang. gi tgk group ni nyanyi. masa tu lgu tu tgh popular.
Quote shernazz 22-2-2021 02:22 PM
Sebenaenya murah rezeki tau keje rumah ke rumah mcm ni  
Ada pengangkut sampah lori kat tmpt iols..ada aje yang bagi nakanan atau minuman tapi depa bungkus dgn plastik siap2 then bg kat driver..dalam 4 bungkus cam.tu atau 4 botol..
Ada lebih..kita bagi lebih...
Quote September14 22-2-2021 02:22 PM
10 rgt caj murah.. sptutnya caj sehari singgit-2 rgt utk 1 umh

Apapun smoga dipermudahkn urusan di dunia dan akhirat
Quote Tinot7 22-2-2021 02:28 PM
Semoga dipermudahkan urusan.
Asalkan keje yg halal gajinya.
Quote She-Ra 22-2-2021 02:30 PM
janji rezeki halal dan ada usaha
bkn meroyan tak tentu pasal tanpa usaha..

Quote jargon 22-2-2021 02:37 PM
Sohai patot malu dgn pacik ni..snggup acah buta drpad kluar p kerja..sama naik gn izazaim bini bodo dia perasan pemes
Quote tootii 22-2-2021 02:37 PM
moga Allah permudahkan semua urusan dia demi rezeki keluarga ..
Quote asamfish 22-2-2021 02:44 PM
Rm10 sebulan utk sebuah rumah?
Bagi la at least rm1 sehari.....
Quote sayawifenikmie 22-2-2021 03:16 PM

... ehh kawan saya ..... satu sekokah ...  tak tahu pulak dia ni penyanyi ....nanti nak cari dia
kat fb ..
Quote LadyCarefree 22-2-2021 03:24 PM
Bagus macam ni dari meroyan. Maybe Kak Dib pun boleh mula buat
Quote kiah_mai_pulak 22-2-2021 03:26 PM
semoga dipermudahkan urusan
Quote prettyuglybabe 22-2-2021 03:26 PM
angkut sampah pun satu pekerjaan juga..
kalau tak ada pengangkut sampah ni, hidup la macam flat kat penang tu..
Quote Suchi 22-2-2021 03:44 PM
September14 replied at 22-2-2021 02:22 PM
10 rgt caj murah.. sptutnya caj sehari singgit-2 rgt utk 1 umh

Apapun smoga dipermudahkn urusan d ...

Masa awal2 covid aritu ada yg iklan kat fb buat servis kutip sampah dr rumah ke rumah kt umah flat. Dia caj RM30 rasanya sebulan.
Berbaloi la juga tp sbb dia pompuan dia tak angkat sampah yg berat2 katanya tak larat nak pikul.
Quote sleepandream 22-2-2021 03:54 PM
bagusnye ada servis macamni... orang kampung yg tak kene cukai pintu majlis tak bg tong sampah selalu dorang bakar sampah belakang rumah jah... habis berhabuk rumah jiran

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.140075 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top