CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kareena Kapoor, Saif Ali Khan Timang Anak Lelaki Kedua

22-2-2021 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4723| Komen: 16

Description: Pelakon terkenal Bollywood, Kareena Kapoor selamat melahirkan bayi lelaki, semalam, hasil perkahwinan dengan pelakon Saif Ali Khan yang juga cahaya mata kedua mereka.
Pelakon terkenal Bollywood, Kareena Kapoor selamat melahirkan bayi lelaki, semalam, hasil perkahwinan dengan pelakon Saif Ali Khan yang juga cahaya mata kedua mereka.

"Kami dikurniakan seorang bayi lelaki. Kareena dan anak kami selamat dan dalam keadaan sihat. Terima kasih atas doa dan sokongan anda," kata Saif.

Menurut Times of India, Kareena melahirkan anak keduanya pada jam 8.30 pagi waktu tempatan di Pusat Perubatan Breach Candy di Mumbai.

Foto: IG

Selain Saif, turut berada di hospital menemani ialah anak sulung mereka, Taimur Ali Khan bersama keluarga Kareena iaitu ibu, Babita Kapoor dan bapa, Randhir Kapoor serta kakaknya Karisma Kapoor.

Randhir Kapoor dalam kenyataannya kepada Bombay Times berkata, anak dan cucunya berada dalam keadaan baik. 





"Saya belum melihat cucu, tapi saya sempat berbual dengan Kareena yang memaklumkan perkara ini. 

"Saya amat bahagia sebenarnya l menjadi datuk lagi. Saya tak sabar melihat si kecil itu dan mendoakan kesejahteraannya," katanya.  



Terdahulu, pada Ogos lalu Kareena dan Saif mengumumkan bahawa mereka akan menimang cahaya mata kedua. Anak pertama, Taimur lahir pada 2016.

Biarpun hamil anak kedua, Kareena Kapoor masih aktif bekerja seperti biasa. Dia berkunjung ke New Delhi untuk penggambaran projek filemnya yang membabitkan Aamir Khan.

Bahkan, Kareena juga dilihat berkunjung ke Dharamsala, lokasi filem terbaharu suaminya berjudul Phone Bhoot. Pasangan Saif dan Kareena berkahwin pada 2012. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 22-2-2021 02:13 PM
Beso juga perutnya ek
Taniya kareena...
Quote Artemesiaa 22-2-2021 02:44 PM
Tahniah buat mereka
Quote Aikiko 22-2-2021 03:02 PM
Mesti comel mcm Taimur jugak nie
Tapi mata kaler apa plak....
Quote mrsbob87 22-2-2021 03:04 PM
taimur...

2nd son mungkin bharat plak ..
Quote Kurex 22-2-2021 03:50 PM
Bagi iols, karisma lagi cun
Quote shaiy 22-2-2021 03:55 PM
Kurex replied at 22-2-2021 03:50 PM
Bagi iols, karisma lagi cun

kan.. tapi anak kareena comel..
Quote chandrahusin 22-2-2021 05:45 PM
anak2 Saif Ali Khan ni menjadi
hansem2 & lawa2 belaka
Quote shida81 22-2-2021 05:46 PM
Karena da nampak wrinkles kat mata...  
Quote MsKathryn 22-2-2021 10:55 PM
Cute ya taimur {:childlike
Quote farhani87 22-2-2021 11:14 PM
Comelnyaaaaa Anak dorang.
Quote sue_liah 23-2-2021 11:05 AM
kembang setaman betul sheols time preggy

kena gigih la kuncupkan blk body lepas ni

dh ada 2 boys kena try girl pulak nmpaknya
Quote nowhite 2-3-2021 07:30 PM
Comelnya taimur tu
Quote nadie90 8-3-2021 01:00 AM
Comelnya Taimur....dah besar tu da (gmbr kt ig)....rsa mcm dia baby lg (sbb xfollow rpt).....

Mcm mn pulak rupa baby boy no. 2 ni
Quote nadie90 8-3-2021 01:01 AM
trikh lhr pun cntik 21.2.2021
Quote zu_nia 8-3-2021 07:29 AM
Kurex replied at 22-2-2021 03:50 PM
Bagi iols, karisma lagi cun

Betoi...kareena muka keras...
Quote ayukpingu 16-3-2021 09:36 AM
comel nya

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060900 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top