CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasas Sugarbook Direman Tujuh Hari

19-2-2021 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2153| Komen: 7

Description: Pengasas aplikasi Sugarbook direman selama tujuh hari bermula Khamis selepas Mahkamah Tinggi membenarkan semakan permohonan yang dikemukakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar ...
Pengasas aplikasi Sugarbook direman selama tujuh hari bermula Khamis selepas Mahkamah Tinggi membenarkan semakan permohonan yang dikemukakan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Muhamad Iskandar Ahmad.



Kredit foto: Bernama/Sinar

Hakim Datuk Noorin Badaruddin mengeluarkan perintah itu selepas usahawan berusia 34 tahun itu tidak membantah dan setuju untuk direman bagi membantu siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada Khamis, permohonan reman terhadap individu berkenaan ditolak oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Noorasyikin Sahat selepas individu itu memberi aku janji untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Individu itu yang diwakili peguam T Shashi Devan dalam hujahnya berkata, anak guamnya tidak membantah semakan permohonan berkenaan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.


"Anak guam kami juga berpendapat ia merupakan platform yang baik untuk dia menyalurkan maklumat yang diperlukan agar siasatan dapat dijalankan dengan cepat dan lengkap," katanya.

Tambah Shashi Devan, beliau memohon agar mahkamah memberi pertimbangan agar pihak polis tidak menggari tangan anak guamnya ke belakang berikutan anak guamnya pernah mengalami kecederaan di bahagian bahu.

Permohonan berkenaan kemudian mendapat perhatian Noorin yang kemudian memohon agar pihak polis memberi perhatian terhadap permintaan tersebut.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dan Shukor Abu Bakar manakala dua lagi peguam individu itu ialah Foong Cheng Leong dan Low Li Qun.

Terdahulu pengasas laman sesawang dan aplikasi pencarian teman berkenaan ditahan di ibu negara pada 4.30 petang Rabu.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lampor 19-2-2021 02:27 PM
Laa.. orang Malaysia ke pengasas dia?
Quote Daftpunk_shine 19-2-2021 04:55 PM
lampor: Laa.. orang Malaysia ke pengasas dia?

Nama international..sugarbook..patut buh je e-lacur..
Quote kakakpositifker 21-2-2021 10:40 AM
Nauzubillahminzalik
Quote Jorja 21-2-2021 12:02 PM
Ada aja orang lawa kerja jual nasi lemak tak pun kerja bancuh air nak cari duit. Perempuan malas no self respect aja yg join benda ni. Main dengan laki orang hidup tak tenang dik
Quote sambaldurian 21-2-2021 03:17 PM
ada aritu kt forum ni, baru ak nk komen keluar gambar kaki dgn tgn terikat. sebaik kt hp ak tgk, cuba byg kn klu ak curi masa pejabat kt ofis tgk forum kt desktop. x ke naya
Quote ninja9 21-2-2021 03:25 PM
orang malaysia ka.. ? wah hebat.. ada permintaan maka wujud tawaran
Quote kakikuDibibirmu 21-2-2021 03:28 PM
Nak buat Syurgabook lah untuk parti PIS

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.050673 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top