CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Lebih 60 Tahun Merdeka Tapi Pemimpin Pun Tak Minat Guna Bahasa Melayu'

19-2-2021 02:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2440| Komen: 18

Description: Masyarakat khususnya golongan pemimpin diseru untuk terus memperluaskan penggunaan bahasa Melayu bagi mewujudkan rasa bangga terhadap identiti negara ini.
Masyarakat khususnya golongan pemimpin diseru untuk terus memperluaskan penggunaan bahasa Melayu bagi mewujudkan rasa bangga terhadap identiti negara ini.



Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, langkah itu bukan sahaja melahirkan rasa bangga tetapi secara tidak langsung dapat memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang terutama sektor ekonomi.

Jelas Hussamuddin, lebih malang wujud segelintir pemimpin lebih rela berbahasa Inggeris walaupun kadangkala ada di antara mereka gagal menguasai sepenuhnya bahasa itu.



Terdahulu, Husammuddin menjelaskan teguran yang dilakukan bukan berniat menyindir mana-mana pihak atau pemimpin.


Katanya, ia tidak lain hanya sebagai pandangan peribadi dan tidak mempunyai kaitan dengan isu politik.

“Hujah yang saya timbulkan di sini adalah keperluan memperkasakan nilai ekonomi bahasa Melayu itu sendiri agar lebih ramai orang yang minat untuk belajar dan guna bahasa ini.

“Bukan hendak sindir sesiapa. Sepatutnya sudah lama dibuat. Harap portal murahan tidak putar belit. Ini isu ekonomi bukan politik,” katanya lagi.



Kredit foto:


Sebelum ini pelbagai langkah diambil pihak berwajib agar penggunaan bahasa Melayu digunakan secara meluas.

Pelbagai kempen dilancarkan terutama melibatkan golongan muda di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.


Sumber: ProjekMM
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 19-2-2021 03:06 PM
Sekarang orang pentingkan sebutan inggeris la tok...baru nampak urban.
Quote dua_chzy 19-2-2021 03:13 PM
Adalah fakta iya tahap kemampuan berBI rakyat tempatan (bukan Rohingla) Malaysia jauh lebey bagus daripada negara2 yang kau banggakan tu yakni China, Jepun dan Ndon. Ngkau ghasa kenapa?
Quote dudaberhias 19-2-2021 03:17 PM
Mungkin sebab tiada rasa patriotik atau jati diri ataupun rasa ingin kekalkan budaya?

Lembah bujang tu pun kalau boleh deorang nak lanyak dan buat rumah.
Quote user.name 19-2-2021 03:19 PM
kelakar bukan? umngok yang berpuluh tahun berjuang untuk melayu katanya tapi nama sendiri pon bukan bahasa melayu apooo?
Quote kakikuDibibirmu 19-2-2021 03:23 PM
user.name replied at 19-2-2021 03:19 PM
kelakar bukan? umngok yang berpuluh tahun berjuang untuk melayu katanya tapi nama sendiri pon bukan  ...

UMNO MIC MCA kena guna perkataan orang putih sebab arahan daripada British, kalu tak British reject dan tak nak proceed merdeka
Quote kakikuDibibirmu 19-2-2021 03:25 PM
Kalu tak nak UMNO panggillah PERKEMBAR
Quote lattehazelnut 19-2-2021 03:49 PM
Tp mmg betul pun..
Kalau pemimpin n rakyat sendiri pun x perkasakan bm..
Kau nak harap netflix my twitter akaun pakai bm pulak..
Quote lattehazelnut 19-2-2021 03:49 PM
Tp mmg betul pun..
Kalau pemimpin n rakyat sendiri pun x perkasakan bm..
Kau nak harap netflix my twitter akaun pakai bm pulak..
Quote akakmasihvogue 21-2-2021 11:12 AM
Kebanyakkan melayu bangsawan  dah tak reti cakap melayu..termasuklaj pemimpin melayu kita ..golongan profesional melayu..
Quote sambaldurian 21-2-2021 01:58 PM
Edited by sambaldurian at 21-2-2021 02:14 PM

klu ckp dgn foreigner tu mmg la kena BI, setakat sidang kt sini , ada wakil wartawan malaysia je ckp melayu jela.
bkn nk jd acah2 pejuang bahasa sbb ak tulis ni pun bhs rojak, tp ak mcm xpnh nmpak gabenor bnm dulu /penasihat asnb ckp melayu klu kt tv. tp mak ayah pejuang pantun.
ok setelah di Google, adalah video beliau bercakap bahasa Melayu 30 tahun PNB. ok la, janji ada
Quote kakikuDibibirmu 21-2-2021 03:34 PM
[youtube]soYmBFdIcH4[/youtube]
Quote me12345 21-2-2021 03:40 PM
YB wakil rayat non malays pun gagap gagap ckp melayu...
Quote Decaffeinated 21-2-2021 03:45 PM
Malaysia ni sebenarnya banyak yang gagal:

Nation building - fail banding Thailand, Indonesia
Ekonomi - tertinggal oleh Singapore & Korea Selatan
Bolasepak - kalah even dengan Vietnam & Myanmar

Tapi perasan berjaya tak hengat. Kalau tak insaf gak tak tau la. Tunggu masa ja ni...
Quote ~boolean 21-2-2021 03:58 PM
nampak remeh, tapi sebenarnya kalau nak menyatu-padukan semua bangsa, bahasa adalah jalannya...

tapi ini tidak..
hat melayu sentap tengok signboard cina..
hat cina menggelupur tengok jawi..

kan ke senang kalau semua guna satu bahasa saja: BM.

semua guna BM, maka tak adalah alasan bangang gaji cina lagi tinggi sebab tahu bahasa cina walaupun punkoq tu satu apa tak reti buat kerja..masuk meeting cakap bahasa dia tapi merapu lebih satu idea pun tak sumbang, sudahnya kena aku yang melayu hybrid ni juga sumbang idea tapi gaji aku lagi rendah dari punkoq tu...anak babi...
maaf terkeluar topik..geram punya pasal..
Quote notM 21-2-2021 04:01 PM
Kannn...BI Tak fasih gigih bagi speech dalam BI macam si Rina tu
Quote hasniey 21-2-2021 06:05 PM
Cikgu pon xreti bahasa malayu cmno.
Cer suh cikgu2 sjk ckp melayu.confirm gagal
Quote MissVixen 22-2-2021 01:02 PM
Marah cina pakai signboard tulisan cina, tapi pemimpin melayu sendiri kaum kerabat semua nak speaking. Pergi je la kawasan bangsar, bukit damansara tu, kecik2 cakap bahasa penjajah.
Banyak yang duduk situ pun orang umno jugak.
Quote MissVixen 22-2-2021 01:04 PM
~boolean replied at 21-2-2021 03:58 PM
nampak remeh, tapi sebenarnya kalau nak menyatu-padukan semua bangsa, bahasa adalah jalannya...

t ...

Dari kecik dah dipisahkan, macam mana nak bersatu. Ph dan bn, dua2 takde telur nak hapuskan sjk.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061223 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top