CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anonymous Malaysia Dah Dicekup

19-2-2021 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8754| Komen: 47

Description: Polis memberkas 11 lelaki dalam serbuan berasingan di seluruh negara dipercayai terbabit dalam aktiviti menggodam sistem komputer kerajaan.
Polis memberkas 11 lelaki dalam serbuan berasingan di seluruh negara dipercayai terbabit dalam aktiviti menggodam sistem komputer kerajaan.

Tujuh serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sekitar Lembah Klang, Perak, Johor, Pahang selepas melakukan risikan dan intipan sejak seminggu lalu.




Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua suspek yang diberkas berusia lingkungan 22 hingga 40 tahun.

Menurutnya, siasatan mendapati ada antara yang ditahan adalah pentadbir akaun Facebook Anonymous Malaysia.

"Tangkapan dibuat ekoran ugutan dan ancaman oleh kumpulan berkenaan untuk menggodam sistem komputer kerajaan sejak beberapa tahun lalu dan setakat ini enam laporan polis diterima di seluruh negara.

"Pada masa ini, pihak polis masih lagi dalam proses menjalankan siasatan dengan lebih lanjut untuk mengenal pasti saki baki suspek lain sebelum proses tangkapan susulan dilakukan," katanya selepas melawat sekatan jalan raya di Plaza Tol Setia Alam di sini pada Khamis.


Hadir sama, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, kesemua suspek yang ditahan disyaki menjalankan serangan siber terancang terhadap laman web kerajaan dan swasta.

Katanya, kesemua suspek direman selama tiga hari bermula Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997.

Pada 26 Januari lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan satu notis amaran kepada semua agensi kerajaan untuk mengambil langkah-langkah perlu bagi mencegah dan meminimumkan impak ancaman serangan siber.

MKN dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan serius itu diambil berikutan ancaman untuk menggodam laman web kerajaan menerusi penularan satu video di media sosial dikeluarkan 'Anonymous Malaysia' di platform media sosial baru-baru ini.



Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 18-2-2021 06:57 PM
ISP provider telekom.  guna vpn delete foot print, pasang tor apa sekalipun boleh di cari.
Quote stinger.baik 18-2-2021 06:59 PM
mesti gemuk leher berbulu ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote namr 18-2-2021 07:14 PM
Kahkahkah padan muko..kalo terer tak la kena cekup kan
Quote $AceHand$ 18-2-2021 07:22 PM
semoga dipermudahkan urusan
Quote batusembilan 18-2-2021 07:39 PM
keje bodoh yg dilakukan oleh org bodoh.

kalau dibandingkan dgn ebit liew...........ibarat najis babi (hackers) dan intan permata (ebit liew)

satu apa pun tak guna hackers ni dan elok mampus shj.
Quote Rogue98 18-2-2021 08:14 PM
So.. polis bila nak tangkap Jho low?
Quote otai_g 18-2-2021 08:31 PM
Aku nak tau sapa yg berlakon dlm video tu
Greeting malaysians. You security is low.
Quote R2D2 18-2-2021 08:36 PM
Quote R2D2 18-2-2021 08:37 PM
dah kantoi secara jamaah
Quote Tinot7 18-2-2021 08:44 PM
Takde org dpt csi gambaq ka nama depa?
Quote lattehazelnut 18-2-2021 08:55 PM
Tinot7 replied at 18-2-2021 08:44 PM
Takde org dpt csi gambaq ka nama depa?


Mesti budak kepam acah2 power hiding behind nickname je..
Quote dudaberhias 18-2-2021 08:57 PM
CiliPadiSedap replied at 18-2-2021 06:57 PM
ISP provider telekom.  guna vpn delete foot print, pasang tor apa sekalipun boleh di cari.

pakai tor la tu kot...
pakai vpn free murah jah tak mampu nak subscribe yang premium jenis lompat2 dan cover pergerakan tu...
macau scammer lain deorang pakai proxy premium... susah betul polis nak tangkap sampai ke harini...

ye la anonymous ni duit tak masuk pun kot... group2 hacker newbie jah pun yang join
Quote dua_chzy 18-2-2021 08:59 PM
Eh, kat Murica juga seluruh dunia pun ramai ja hackers dicekup pehtu dioffer keja dengan gomen. Ko ghase?
Quote najib888 18-2-2021 09:09 PM
Depa saja le tu tinggalkan footprint kan.. untung nasib bleh kerja dgn gomen tanpa guna kabel or fiber optic.. bapak ptd anak ptd.. pastu meroyan..
Quote darkness 18-2-2021 09:31 PM
Masok la skmm lepas ni
Quote supernaturalee 18-2-2021 09:35 PM
dua_chzy replied at 18-2-2021 08:59 PM
Eh, kat Murica juga seluruh dunia pun ramai ja hackers dicekup pehtu dioffer keja dengan gomen. Ko g ...

Wah
Mcm Frank abagnale jr.



Quote Tinot7 18-2-2021 09:39 PM
lattehazelnut replied at 18-2-2021 08:55 PM
Mesti budak kepam acah2 power hiding behind nickname je..

Kalau hensem takde la nak wat keje tak berpekdah ni
Quote sarah82 18-2-2021 09:52 PM
Kan aku dah kata
Quote dudaberhias 18-2-2021 09:54 PM
darkness replied at 18-2-2021 09:31 PM
Masok la skmm lepas ni

Tak cukup power untuk masuk skmm..
Iols kalau level guna proxy murah senang untuk di kesan ni iols takkan ambil buat kerja. Baik buat sendiri je kerja.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.083089 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top