CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhyiddin Ke Indonesia Esok, Lakukan Lawatan Rasmi Yang Pertama Sejak Bergelar PM

4-2-2021 01:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4451| Komen: 51

Description: KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia bermula esok sekali gus menjadi lawatan rasmi pertama beliau sejak bergelar Perdana Menteri pa ...


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Indonesia bermula esok sekali gus menjadi lawatan rasmi pertama beliau sejak bergelar Perdana Menteri pada Mac 2020.

Beliau akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta delegasi kecil untuk pertemuan rasmi bersama Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) di Istana Merdeka, Jakarta.

Tempoh lawatan rasmi juga dihadkan kepada kurang 24 jam untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar (KLN) memaklumkan bahawa Muhyiddin menerima jemputan khas daripada Jokowi selepas menjadi Perdana Menteri pada Mac lalu.

“Terdapat beberapa perkara melibatkan kepentingan kedua-dua negara yang perlu dibincangkan bersama termasuk isu-isu utama seperti kerjasama ekonomi, keselamatan serantau dan bilateral serta usaha bersama menangani pandemik COVID-19,” menurut kenyataan itu.


Antara isu yang bakal dibincangkan termasuk usaha bersama menangani diskriminasi antarabangsa terhadap minyak sawit Malaysia dan Indonesia serta kerjasama dalam perlindungan alam sekitar, terutama berhubung isu jerebu rentas sempadan.

Selain itu, turut dibincangkan adalah usaha bersama dalam perdagangan dan pelaburan, termasuk potensi penglibatan perniagaan-perniagaan Malaysia dalam menyokong pelan Indonesia untuk menubuhkan ibu negara baharu di Kalimantan.

Muhyiddin dan Jokowi juga dijangka mengadakan rundingan berhubung Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) untuk mencapai kata sepakat berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan merentas sempadan.

Dalam usaha untuk meminimumkan risiko jangkitan COVID-19, beberapa SOP ditetapkan sepanjang lawatan rasmi itu.

Delegasi Malaysia perlu mengemukakan keputusan COVID-19 negatif sebelum lawatan itu serta sejurus selepas ketibaan mereka di lapangan terbang di Jakarta.

Mereka juga tidak dibenarkan membuat sebarang perjalanan selain ke lokasi-lokasi yang ditentukan untuk tujuan lawatan rasmi.

Setelah pulang ke Malaysia, delegasi itu perlu menjalani kuarantin wajib seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kali terakhir kedua-dua pemimpin negara mengadakan pertemuan rasmi adalah pada 8 Ogos 2019 antara Presiden Jokowi dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ain_h 4-2-2021 01:21 AM
First   {:run{:run
Quote hungryhenry 4-2-2021 01:59 AM
Pelik la apesal risk air travel for less than 24hrs. Dah amek vaksin ke? Boring dgn zoom ler tuh
Quote Perawankota 4-2-2021 05:18 AM
Beraninyaaaaaa
Quote sawi_bayam 4-2-2021 07:18 AM
Jangan mengjangkiti rakyat marhenn sudehhhhh
Quote Redmyvi 4-2-2021 07:37 AM
Org penang kata gegeh.. nk jugak travel musim covid.. pi negara hat kes tinggi plk tu.. agaknya nk merasa gkla pi luar negara sbgai PM kot2 lepas ni kena turun kerusi
Quote syaz_lina 4-2-2021 07:48 AM
Byk.lg plan nk pi lawatan hormat lps ni, next pi china kot
Quote Decaffeinated 4-2-2021 07:55 AM
Ada ka pemimpin dunia yang lain buat lawatan rasmi musim2 Covid ni?
Quote FOTHER-MUCKER 4-2-2021 08:01 AM
Suicide mission ke apa ni?

Kalau boleh bawa sekali warga rohingya yang baru mendarat si malaysia dari Indonesia baru ni!
Quote domestobot 4-2-2021 08:07 AM
cari kain untuk hari raya 2021 ke? tak lama lagi nak bulan puasa kena lah start shopping raya. pandemic tolak tepi.
Quote harkktuih 4-2-2021 08:25 AM
Bini pun dia angkut bawak skali kan?
Quote Tinot7 4-2-2021 08:27 AM
depa ni dah dpt beksin dulu ke?
Quote Nana_Man 4-2-2021 08:51 AM
Omg!! Cari pasal ke???is this even necessary?
Quote Boomibulat 4-2-2021 08:51 AM
Bukan sedang darurat ke skrg ni..
Quote MontanaHannah 4-2-2021 08:58 AM
           Diknah restu
Quote tripleid 4-2-2021 09:13 AM
gigihnya pi oversea time2 covid ni..elok sgtlah dua2 negara pun plg teruk kena covid kat asean..semoga balik x bawak penyakit
Quote coco 4-2-2021 09:50 AM
dia orang ni tak tau ke wujudnya video conference ?   
Quote kakikuDibibirmu 4-2-2021 10:05 AM
Orang nak cari penyakit, apa salahnya, biarkanlah
Quote atira 4-2-2021 10:07 AM
pergilah kamu.. jangan kembali
Quote budakshinchan 4-2-2021 10:09 AM
PM nk buat perutusan kat Indonesia kot.. ker kena panggil baca doa..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051010 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top