CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Shuib Suka Sedekah, Tak Tahu Penat," -Siti Sarah Buka Rahsia Kejayaan Suami

4-2-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11720| Komen: 97

Description: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan suami iaitu Shuib sering menerima pertanyaan daripada kenalan yang ingin mengetahui kunci kejayaan mereka dalam perniagaan.
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin dan suami iaitu Shuib sering menerima pertanyaan daripada kenalan yang ingin mengetahui kunci kejayaan mereka dalam perniagaan.

Berkongsi sikap sebenar Shuib, Sarah mendedahkan pelawak itu sentiasa mengamalkan tiga perkara dalam hidup yang diyakini menjadi faktor utama kejayaan.

Foto: IG

"Sebenarnya ramai rakan-rakan baik tanya... Ib (Shuib) cuba ajar aku macam mana kau buat sampai berjaya? tapi selalu Shuib jawab... aku tak pandai, Allah hantar aku orang yang pandai-pandai, aku tak ada daya apa pun!

"Okay biar saya yang terangkan... bukan nak puji Shuib sebab dia suami saya. Saya sendiri pun curi ilmu dari dia dengan jadi pemerhati.

"Ni sikap Shuib, nombor satu ialah sedekah, kedua jangan ada hasad dengki dan ketiga dia tak tahu penat itu apa dan tak pandai curi tulang," katanya.



Penyanyi lagu Semakin ini membongkar kunci rahsia kejayaan Shuib menerusi laman Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik klip video Shuib membantu seorang peniaga kecil berniaga di Puchong baru-baru ini.

"Saya nampak posting di Instagram fasal awak bantu peniaga... saya tahu niat awak sangat baik, video ini menunjukkan kamu sokong peniaga lain. Alhamdulillah.

"Kalau ikutkan banyak lagi saya nak kongsi, macam video ni Shuib sedang bantu seorang peniaga... dia sedar Allah beri kelebihan pada dia dan kelebihan itu digunakan untuk bantu orang lain," tulisnya.




Dalam pada itu, Sarah berkata dia turut memahami kesukaran segelintir peniaga kecil yang terpaksa bertahan sehingga ada yang gulung tikar berikutan pandemik Covid-19.

"Dalam keadaan PKP sekarang ini, saya tak dapat bayangkan nasib peniaga kecil sedangkan peniaga besar-besar pun banyak yang dah lingkup.


"Saya doakan kepada semua peniaga yang sedang berjuang sekarang ini dapat terus bertahan dan kuat.

"Moga Allah membuka pintu rezeki seluas langit yang terbentang, seperti air zam zam yang tidak pernah putus. Amin!” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakshinchan 4-2-2021 08:38 AM
alah alah
Quote Nana_Man 4-2-2021 08:47 AM
Noted.......
Quote bondeh 4-2-2021 08:52 AM
Wokeyh sakit apa? Tibehh
Quote AshkieLa 4-2-2021 08:59 AM
ewwwww...
cobaan menyucikan macau tetap nampak busuk...
cancel yach laki bini...
Quote budakmanentah 4-2-2021 09:03 AM
yelah                        
Quote Tinot7 4-2-2021 09:09 AM
semoga dipermudahkan urusan
Quote EvieWanKenobi 4-2-2021 09:12 AM
sapa lagi nak puji suami sendiri
kalau bukan isteri..
Quote harkktuih 4-2-2021 09:13 AM
Yawnnnnnnnn.....
Quote jerukkedondong 4-2-2021 09:17 AM
Tolong lah mak mertua tu susun barang....
Beria ambik gambo dinding berlubang...
Apa yg nk kau cuba beritahu sarah oi
Quote krustykrab 4-2-2021 09:22 AM
Kalau tak war warkn suka sedekah mmg org tak tau..org akn anggap kita ni kedekut...biasa dh...
Quote cikkuntum 4-2-2021 09:27 AM
...
Quote bungarose 4-2-2021 09:31 AM
Buat self promotion ker

Quote mieymiey 4-2-2021 09:32 AM
kunci kejayaan mereka dalam perniagaan


KOSERRRRRR LA COUPLE NI, GIGIH NAK MENYUCIKAN DIRI.
Quote slyfynx 4-2-2021 09:43 AM
Sedih la korang ni.
Xde sape nk puji, terpakse bini puji suami, suami puji bini.
And suh kawan puji sikit2.
Koser la minah oi.
Quote sokmogitu 4-2-2021 09:47 AM
so kita semua kena kagum, bangga dan taksub dengan suami dia ke camne ni?
Quote ninjago 4-2-2021 09:50 AM
hmmm dulu posting semua nampak mewah2 je background.. lepas kes aritu semua posting yg humble2 je
Quote royaldanish 4-2-2021 10:01 AM
lama dh x CUCI ke tu?
Quote salmon-suki 4-2-2021 11:05 AM
Nape kuning je gg dia kt dlm pic first tu?duit byk,g laa putihkn gg sama mcm bini cucuk2 jd putih ni..
Quote emera 4-2-2021 11:05 AM
Diamlah Sarah!

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.107921 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top