CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Ingat Aku Yang Pergi Dulu, Tapi Allah Lebih Sayang Kau' - Hamid Gurkha

3-2-2021 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4915| Komen: 17

Description: 'Ingat aku yang pergi dahulu, tapi Allah lebih sayangkan engkau.'
'Ingat aku yang pergi dahulu, tapi Allah lebih sayangkan engkau.'

Itu luahan pelawak legenda, Hamid Gurkha ketika mengulas pemergian teman baiknya, Allahyarham Jamali Shadat, 78, yang meninggal dunia di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, pagi tadi.


Hamid atau nama sebenar, Abdul Hamid Abdul Rahman adalah antara teman seperjuangan arwah ketika memulakan karier dalam dunia seni pada era 1970-an.



Hamid yang uzur dan mengalami masalah pendengaran menyifatkan arwah insan yang sangat baik.

"Saya ralat tidak dapat melawat arwah ketika hayatnya. Saya juga uzur, hendak menziarah di kubur arwah juga tidak upaya.

"Memang tak larat bergerak ke sana-sini, ditambah pula dengan pandemik COVID-19 ini.

"Pada usia 88 tahun ini, ingat saya yang pergi dulu. Tapi kawan rapat saya lebih dulu meninggalkan dunia ini," katanya kepada BH Online.


Hamid teringat detik susah dan senang bersama arwah yang akrab dengannya.

"Selama kami berkawan, tiada perkara yang arwah buat menyakitkan hati ini.

"Tidak pernah sentap atau bergaduh sesama kami. Saya bersyukur Allah pertemukan sahabat sejati sepertinya," katanya


Kredit foto: The Star

Hamid teringat kenangan manis bersama sama ketika mula membina nama.

"Ada kalanya, arwah naik kereta saya menuju ke lokasi membuat persembahan. Begitulah sebaliknya. Arwah tidak pernah berkira.

"Kami sempat rakam album. Tidak silap saya, antara empat atau lima album bersama," katanya yang menghasilkan album sketsa Jenaka Pilihan Jamali Shadat dan Hamid Gurkha terbitan Life Records.

Selama lebih 46 tahun, Allahyarham mencuit hati ramai dengan jenaka spontan dan komedi 'stand-up'.

Dilaporkan, Jamali mula uzur sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat serangan angin ahmar, dua tahun lalu.

Jamali mempunyai lapan anak dan 39 cucu.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajinomotonosuga 3-2-2021 07:06 PM
Al faaatihah buat arwah tok jamali

Quote Skuau 3-2-2021 07:11 PM
Andai nya aku pergi dulu sebelum mu-Alleycats.
Quote little_sis 3-2-2021 07:17 PM
Semoga pak hamid pun sihat2 juga
Quote biozipstar 3-2-2021 07:19 PM
semoga pak hamid baik2 aje... diberkati Allah
Quote lil_honey 3-2-2021 07:22 PM
hampir tak kenal arwah dlm gambar tu. uzur betul.
moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Quote Ain_h 3-2-2021 07:27 PM
Al fatihah tok
Quote haruslah 3-2-2021 07:35 PM
Dilaporkan, Jamali mula uzur sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat serangan angin ahmar, dua tahun lalu.


Sedih nya...
Quote Perawankota 3-2-2021 08:02 PM
Innalillahhiwainnailaihirojiun.. Tapi tgk gambar nampak pak Hamid LG muda Dr arwah.
Quote rasazrin 3-2-2021 08:10 PM
Innalillahi wainnailaihi rajiuun
Quote 234126 3-2-2021 11:29 PM
Innalillah. Suka tgk arwah masa kecik2. Lawak dia tak menyakitkan hati takda sentuh hal peribadi takda usik isu sensitive.  Lucu yang ikhlas,gitu
Quote kucingitam 4-2-2021 11:49 AM
Uzur betul arwah tu..

Semoga pak mid diberi kesihatan...saya minta F untuk maaf, kan pak mid.
Quote cm_matjawasp 4-2-2021 11:51 AM
Mana ada tak gaduh..ade jugak..masa Hamid nak bertanding wakil rakyat..depa gaduh.
Quote minguk 4-2-2021 02:25 PM
suka tengok cerita pak hamid dengan dharma
Quote Boomibulat 4-2-2021 03:04 PM
Rupanya Pak Hamid 10 tahun lg tua dari arwah..semoga sihat selalu..f untuk maaf
Quote Noraniza_Iblis 4-2-2021 03:29 PM
haritu tok amid kua kt melodi..
Nampak sihat..ingatan pun masih kuat..
tak nyanyuk ckp merepek2..
Quote cikdot 4-2-2021 04:30 PM
Memang fav aku atan & atuk masa kecik2 dulu. Siap ada kaset lagi..sedih pulak bila dgr dia meninggal

Semoga terus sihat utk pak hamid
Quote downiey 4-2-2021 08:57 PM
innalillahiwainnalillahirojiun,,

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.050988 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top