CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jadi...kami berdua kalah" - Tun M dakwa hanya 62 Ahli Parlimen sokongnya jadi PM

4-2-2021 01:33 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4055| Komen: 30

Description: KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberitahu kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau mampu mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, seterusnya mendapat majo ...



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberitahu kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) bahawa beliau mampu mendapat sokongan Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, seterusnya mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam catatan terbaharu di blognya hari ini, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, atas tindakan Anwar itu, akhirnya Ahli-ahli Parlimen PH mengambil keputusan untuk menamakan Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai calon Perdana Menteri, dan bukan namanya lagi.

Dr Mahathir berkata, perkara itu terjadi ketika Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah meminta 222 ahli Parlimen menamakan Perdana Menteri baru yang punyai sokongan majoriti ahli, melalui Akuan Bersumpah.

“Hakikatnya dia (Anwar) hanya disokong DAP, Amanah dan kumpulannya dalam PKR. Mereka berjumlah 92. Saya cuma mendapat 62 sokongan. Jadi kami berdua kalah.


“Semasa Tan Sri Muhyiddin dinamakan sebagai Perdana Menteri, dia tidak dapat sokongan majoriti. Tetapi setelah dilantik dia tawar jawatan Kabinet kepada ahli yang telah sokong saya. Mereka beralih sokongan dan Muhyiddin mendapat lebihan dua majoriti,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata demikian dalam catatan bertajuk “Tommy Thomas”, sebagai respons kepada dakwaan bekas Peguam Negara itu bahawa beliau punca Pakatan Harapan tumbang selepas hanya 22 bulan menerajui Putrajaya.

Pada Januari lepas, portal MalaysiaKini melaporkan Tommy sebagai berkata, Dr Mahathir campur tangan dan berkeras ingin menjadi Perdana Menteri sementara selepas Al-Sultan Abdullah mencadangkan Ahli Parlimen Pandan, Dr Wan Azizah menyandang jawatan itu.

Selain itu, Tommy mendakwa Dr Mahathir juga merupakan punca kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas hanya 22 bulan menerajui Putrajaya.

“Punca utama kegagalan hubungan gabungan PH disebabkan pemimpinnya, Perdana Menteri, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad). Pemimpin PH bertanggungjawab atas kegagalan ini,” katanya seperti dipetik dalam buku memoirnya My Story: Justice In The Wilderness.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir terus konsisten mengatakan beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia ketika itu selepas parti itu hilang kepercayaan kepadanya.

Beliau berkata, memandangkan Bersatu mengambil keputusan sendiri untuk keluar daripada Pakatan Harapan, maka secara automatik pakatan itu sudah hilang majoriti, menyebabkan mereka bukan lagi Kerajaan, dan beliau juga tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

“Ya. Peletakan jawatan ini pendirian peribadi. Saya tidak hantar surat peletakan Kabinet. Tetapi apabila Kerajaan PH tumbang, tidak ada alasan untuk Kabinet kekal. Ia terbubar bersama Kerajaan.

“Saya hairan bagaimana seorang peguam (seperti Tommy) tidak faham yang ini bukanlah pertukaran Perdana Menteri. Kerajaan PH telah tumbang. Agong tidak boleh lantik Wan Azizah, TPM sebagai Pemangku PM.

“Sama seperti saya, dia (Wan Azizah) juga tidak punyai majoriti apabila PH ditumbangkan oleh Bersatu yang keluar bersama kumpulan Azmin dari PKR atau Parti Keadilan. Samalah juga dengan Kabinet,” jelasnya lagi.

Dr Mahathir berkata, beliau pada ketika itu berpendapat, tugasnya sebagai Perdana Menteri Interim ketika itu ialah segera menubuhkan Kerajaan, yang pada hemat beliau perlu bersifat Kerajaan Perpaduan tanpa mengira ideologi politik dan agenda peribadi.

“Tetapi saya gagal kerana Kit Siang dakwa saya mahu jadi diktator. Dia sokong Anwar sebagai calon PH. Jika 92 undi itu bersama saya, saya akan peroleh 154 undi.

“Bayangkan bagaimana hala tuju Negara jika kesemua parti meletakkan negara ini sebagai matlamat utama,” katanya lagi.



Sumber : Astro Awani
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ain_h 4-2-2021 01:42 AM
Jadi kesimpulannya
Quote crossline 4-2-2021 06:41 AM
Mengada2lah, dia sendiri yg berenti jadi pm, dah 2 kali kan berenti jd pm.
Quote Redmyvi 4-2-2021 07:31 AM
Mahathir ni berapa kali nak jadi PM ? Kali ke2 jadi tu tak bawak apa2 perubahan.. Anwar ni aku tak tahu la berat sungguh rezeki nk jd PM..  
Quote kakikuDibibirmu 4-2-2021 07:38 AM
Super ring lazat, super ring riang, super ring super ring gembira


[youtube]21g4qIE1XhA[/youtube]
Quote akuHavocczz 4-2-2021 08:05 AM
pape je lah
Quote Decaffeinated 4-2-2021 08:16 AM
Dia salahkan 92 tu tak sokong yg 62 tu pasal PH tumbang. Dah tu kenapa tak suruh ja yg 62 tu sokong yg 92?

Quote otai_g 4-2-2021 08:27 AM
Cerita ni da x releven lg di zaman skrg ni.
Yg tony thomas tu apa sumbangan dia ms jd peguam negara pun ntah. X ada apa pun. Da tade keje skrg jd penulis blog plk
Quote Simunggu 4-2-2021 08:27 AM
Tun yg bagi tumbang kerajaan PH..bukan BN, bukan UMNO bukan Bersatu....ingat tu

Tun nak berkuasa penuh bukan ikut telunjuk parti komponen...

Tun memang nak cantas DAP & PKR..tu ja
Quote axl_bach 4-2-2021 08:28 AM
Atok dah counter buku Tomitomas.....bawa masuk court lah baru tau sape tipu sape kencing

Tp cam pelik, dia expect MP PH sokong dia balik ke, lepas meeting yg audionya leaked tu? Dah biol ke apa Atok ni
Quote MadameOnion 4-2-2021 08:37 AM
terpegun aku dlm usia begini masih mahu jadi pm
Quote AbukRokok 4-2-2021 09:05 AM
axl_bach replied at 4-2-2021 08:28 AM
Atok dah counter buku Tomitomas.....bawa masuk court lah baru tau sape tipu sape kencing

Tp cam p ...

dia xbiol...kalau x masakan maharaja2 dunia presiden2 dunia sibuk memberi anugerah2 kepada baginda ketika 2 tahun PeeH
Quote matchstick 4-2-2021 09:08 AM
Nk dekat setahun dh kejadian tu atuk..usah lah dikenang lagi
Quote Centurion 4-2-2021 09:08 AM
kakikuDibibirmu replied at 4-2-2021 07:38 AM
Super ring lazat, super ring riang, super ring super ring gembira

Huduhnya iklan
Quote axl_bach 4-2-2021 09:33 AM
Simunggu replied at 4-2-2021 08:27 AM
Tun yg bagi tumbang kerajaan PH..bukan BN, bukan UMNO bukan Bersatu....ingat tu

Tun nak berkuasa  ...

Partly mmg salah Atok, dan bila org bawahan nmpk Atuk mmg xnk bagi Bangnon naik baru bawahan BERSATUrit berani gerakkan catur...

So pada aku Partly Atok, and other part adalah penggerak Langkah Syairatoon......
Quote wilsh10 4-2-2021 10:16 AM
MadameOnion replied at 4-2-2021 08:37 AM
terpegun aku dlm usia begini masih mahu jadi pm

kannnnnn!!!
Patut usia gini mikir ke bekal nk balik kampung abadi jer lah
sudah2 lah dgn duniawi
kalau dia x buat pangai nk sailang dsai, takde lah haru begini.....takde laaa kita kena hadap menteri2 yg hanat2 belaka ni
takde lah kita pening dgn SOP ngadap pandemik yg kelam kabut nih
aku rindu dr zul
Quote wilsh10 4-2-2021 10:18 AM
axl_bach replied at 4-2-2021 09:33 AM
Partly mmg salah Atok, dan bila org bawahan nmpk Atuk mmg xnk bagi Bangnon naik baru bawahan BERSA ...

the master mind mmg atok M lah
collaborated with mat jemin
tu lah pencetus langkah syaiton di sheraton
Quote kakikuDibibirmu 4-2-2021 10:19 AM
Kalu PejuWang tak lulus boleh buat parti Bersatuboh
Quote Jemahjemah 5-2-2021 12:08 AM
Sudahla berebut rebut ni. Siapa pun memerintah mmg sama je pangai semua. Rakyat jgk yg ditindas. Bg la covid ni reda dulu boleh. Rakyat dah tercekik sbb korang politician bodoh ni pegi buat pru haritu. Xde rs bsalah lgsg sekor sekor. Masih nk berebut lg.
Quote anony-mous 5-2-2021 12:17 AM
Mmg agknya heols ni hidup until now atas makbul doa ustaz fadzil nor tp yg sedihnya xinsaf2. Masih ego. Dia yg tiba2 letak jawatan pm sbb xnk bg anwar jd pm kan? Smpai skrg aku xleh hadam kenapa dia slhkan wak yidin???

Then rasuah , ic biru, smpai dah jd cancer thp 4 dkt malysia ni asal dri dia la dlu. Kronisme smua dtg dri dia tp 1 pon xde dia nk betulkan balik

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.185767 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top