CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Boleh Ke Cerita Keburukan Pasangan Di Media Sosial?

1-2-2021 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2583| Komen: 11

Description: Mutakhir ini, kita dapat lihat fenomena membuka aib pasangan secara terang-terangan sudah menjadi barah dalam masyarakat kita tanpa ada perasaan bersalah atau malu dengan apa yang mereka lakukan. Lagi ...
Mutakhir ini, kita dapat lihat fenomena membuka aib pasangan secara terang-terangan sudah menjadi barah dalam masyarakat kita tanpa ada perasaan bersalah atau malu dengan apa yang mereka lakukan. Lagi-lagi hari ini penyebaran aib makin meluas dengan menggunakan teknologi serba canggih.



Gambar hiasan/Redaksi

Terdapat di dalam sebuah hadis yang meminta supaya kita menutup keaiban sendiri ataupun orang lain. Sabda Baginda Rasulullah:

Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau kamu mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. [HR Tirmizi 1955]

Hadis ini menuntut kita supaya menyembunyikan aib sendiri dan menutup keaiban orang lain kerana boleh jadi suatu hari nanti sang pendosa akan menjadi orang yang baik bahkan lebih baik daripada kita yang mencela.



Gambar hiasan/Elite Daily

Aib pasangan adalah perkara yang tidak boleh dibuka atau disebarkan kepada orang lain sewenang-wenangnya. Umat Islam juga dilarang membuka aib pihak lain walaupun dianggap sebagai musuh dan tidak disukainya.

Hari ini ada pasangan yang menggunakan internet untuk menceritakan keburukan pasangannya. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang ditegah dan dilarang di dalam Islam melainkan kita menggunakan saluran yang betul seperti mana kata Imam Nawawi dalam menceritakan perihal seseorang khususnya suami isteri dibenarkan seperti berikut:

1. Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.

2. Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.

Perbuatan menyebarkan aib pasangan berlaku dalam pelbagai bentuk. Ada menjaja kisah keruntuhan rumah tangga, merakam video, menyebar gambar mengaibkan pasangan.

Bahkan kebebasan dalam media sosial juga menyaksikan pasangan tanpa segan-silu menandakan nama pasangan atau tag di post-post yang berkaitan yang mana tanpa kita sedar telah membuka aib pasangan.

Sepatutnya, suami dan isteri perlu saling menjaga kekurangan diri kerana di sebalik kekurangan itulah yang akan melengkapkan kehidupan antara dua insan yang dihalalkan melalui perkahwinan.


Gambar hiasan

Buat pasangan suami isteri yang sedang dalam menghadapi masalah, berbincanglah dengan penuh kedamaian. Waspadalah dalam memuat naik apa-apa status di media sosial kerana ia bukanlah medium untuk meluahkan perasaan bahkan ia boleh menjadi satu tempat tercetusnya masalah yang lebih besar.

Ia hanya membuka ruang untuk netizen dan orang luar menghakimi rumahtangga kita sedangkan apa yang mereka tahu hanyalah sejengkal daripada keseluruhan cerita.


Sumber: mStar

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 1-2-2021 03:38 PM
Kekadang bila terlalu menunjuk kebahagiaan..bila sesuatu terjadi..orang dapat tangkap...hoho
Contohnya artis lah..tetiba weols sebagai forumner akan speku speku gitu...

Bila cite.keburukan...haaa...ramai akan api2
Pastu bila.baik..kita sebagai pemerhati akan teringat2 yang buruk tu khen...hoho..

Harap kita hati2 la dalam menaip
Dalam ni pon bukan tak.ada.forumner yang nercerita..tapi depa guna nama lain la khen...haha
Pepandai la hidup
Quote shernazz 1-2-2021 03:39 PM
Ayat tunggang terbalik.ke ek..
Iols ngah dengar lagu blackpink ni..
Haha
Quote Artemesiaa 1-2-2021 06:18 PM
Jenis gila perhatian je yang suka bercerita segala benda tampa fikir buruk baiknya atau apa kesannya
Quote lavendernovella 1-2-2021 06:24 PM
Banyak sebb sebenarnya antaranya family support sangat lemah atau mmg tak ada...
Quote Perawankota 1-2-2021 07:28 PM
Aku mmg x kan cerita Apa2 langsung pasal family or relationship aku kt media social...
Quote eyansss 2-2-2021 03:27 AM
aku jumpa banyak jenis

1. bercerita sebab dah lama sabar tapi pasangan atau sesiapa asyik aibkan dia merata2 (kira macam an explanation gituh) - ni aku tengok once in a blue moon je post/ merempan...
2. support system takde/ lemah
3. seeking public validation sebab takde orang yang sokong dia in real life
4. saje suka2 tarik perhatian
Quote Jemahjemah 2-2-2021 04:42 AM
Kalau dah xmakan saman ckp depan2. Viral je la choice yg ada. Bia dua2 babi dan babi sondol malu. Haangitu la kot konsepnya. Aku faham je nape bella n bini syuk tu up kt med soc. Sbb mmg jenis xpaham bahasa kan. So tu je cara nak ajar.
Quote my_irina 2-2-2021 01:10 PM
tak perlu la citer dkt socmed...
ramai je yg tunggu utk tepuk tangan wpun listed as 'friend' dlm socmed tu..
Quote Ain_h 2-2-2021 06:29 PM
Boleh bukak aib, kalau ada sebab yg munasabah
Quote anony-mous 3-2-2021 04:11 AM
Perli wife shuk ke?
Quote ninjago 3-2-2021 11:18 AM
tak payah nak cerita pape personal kat medsoc apa lagi hal personal org lain.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.046417 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top