CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mila Jirin Kesal Dihina 'Dah Tak Laku Nyanyi, Jual Nasi Arab Pula'

1-2-2021 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6559| Komen: 41

Description: Penyanyi Mila Jirin, 34, terkilan apabila dihina gara-gara kini beralih kepada perniagaan nasi Arab.
Penyanyi Mila Jirin, 34, terkilan apabila dihina gara-gara kini beralih kepada perniagaan nasi Arab.

Mesej peribadi (DM) daripada pengguna laman sosial itu menyifatkan Mila sudah tidak laku dalam bidang nyanyian.


Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin mengakui dia kini memberi fokus kepada perniagaan serta berkongsi rezeki dengan kakitangannya selepas mengambil keputusan untuk memperlahankan kerjaya nyanyian.



"Kenapa ada juga manusia yang suka berkata-kata tidak baik pada sesama manusia? Apa salah saya jual nasi Arab? Saya ikhlas berniaga kerana Allah.

"Ini iktihar yang dilakukan dalam kesinambungan kami untuk memastikan pekerja kekal punya pekerjaan dan gaji. Saya memang sudah lama tak menyanyi.




"Bukan sebab tak laku tapi sebab Allah tak izinkan. Fahami konsep sesuatu berlaku atas keizinan Allah, bukan atas kita manusia. Hatta, awak sendiri pun tak ada kuasa nak tentukan apa jua rezeki awak hari ini," katanya.

Penyanyi Aku Lebih Tahu itu juga percaya rezekinya dalam bidang perniagaan ada hikmah tersendiri iaitu untuk membantu orang lain meskipun sudah kurang menyanyi.

"Jadi manusia penuh dengan kasih sayang bantu-membantu sesama kita. Tak boleh bantu sahabat-sahabat kita secara wang ringgit, bantu secara kudrat. Andai kudrat pun tak mampu, bantu secara sokongan moral.


Kredit foto: IG Mila

"Saya bersyukur walaupun tak laku dalam dunia seni, saya yakin perancangan Allah maha hebat. Ada sebab musabab ia berlaku. Hampir setahun Allah menguji kami insan-insan yang berniaga. Tapi kami tak akan pernah putus harap," katanya.




Sejak tahun lalu, Mila terpaksa mencari jalan lain untuk menampung pendapatan syarikat untuk menggaji pekerjanya termasuk menjual durian. Dia iktiharkan pelbagai inisiatif selepas perniagaan perkahwinan miliknya tergendala kerana pandemik Covid-19.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 1-2-2021 01:40 PM
Mcm2 dia buat kan..
Kek pung ada..
Now nasi ereb plK..
Selagi.boleh.milah..kau boleh...
Embun urai.masih buka.lagi ke?
Quote dino 1-2-2021 01:43 PM
yg netizen tu takde menda lain ke nak komen
klau kutuk sohai kepam pemalas mkn hasil bini tu faham la.. tiberrr
Quote kiahbosan 1-2-2021 01:44 PM
Embun Urai masih buka...kiah puji dia ni rajin sokmo tak lah macam sesetengah retis dok meroyan pasal pkp tak ada sumber pendapatan...teruskanlah mila usahamu demi pekerja mu yang setia susah senang bersama.
Quote lyshafull 1-2-2021 01:48 PM
Haallaahh mkcik bawang ni si mila ni dah lama niaga la makcik bukn bru2 je niaga .. makcik2 bawang ni mmg xde kerja asyik bertepek ngn insta artis
Quote tikusmontok 1-2-2021 01:56 PM
Bodoh punya acik kepam..jenis katak bawah tempurung
..
Quote kechikchomel 1-2-2021 02:03 PM
acik kepam mana yg mengata tu? biarla mila ni nak berniaga ke apa? cari rezeki halal kot. dah tu, acik kepam nak bagi dia duit tetiap bulan?
Quote kaedahnya 1-2-2021 02:05 PM
ye kan aje. pastu bagi nasi arab free kat orang tu ajak jumpa. mau terkulat kulat pengutuk tu.
Quote tobobon 1-2-2021 02:14 PM
yg ni takde yang hati hitam ker ckp dm tu sendiri yg tulis mcm sorang retis hari tu
Quote annadonna 1-2-2021 02:16 PM
Mila boleh dilabel bisneswoman dah
Quote lattehazelnut 1-2-2021 02:21 PM
Income bismillah wedding tu byk oit..
Cuma ye la zaman covid ni susah sikit..
Tp i puji dia pandai bisnes.. xyah viral bodo2 utk lariskan produk..
Quote Tinot7 1-2-2021 02:23 PM
teruja nak beli sbb iols dah lama tak makan nasi arab...

dia ni kalau rupa mcm gadis ponsel, for sure dah meletop..
[youtube][youtube]okETLF8NW20[/youtube][/youtube]

tapi rezeki dia dlm bisnes...
https://www.nona.my/dalam-diam-mila-jirin-kini-bergelar-pemilik-majlis-kahwin-berstatus-jutawan/


Quote Megikari 1-2-2021 02:51 PM
Amboi yang mengata tu..
Quote buapakperut 1-2-2021 03:19 PM
helok sgt dia ni berniaga, takdela pungpang2 jual anak dalam ig ja . nyampah pulak tengok sanggup bertiktok bagai macam satu laki bini retis tu, sapa nama pak azad ka
Quote husna_amal 1-2-2021 03:20 PM
Dia ni kuat berusaha bukannya macam sesetengah orang yang malas berusaha.
Quote buapakperut 1-2-2021 03:20 PM
tobobon: yg ni takde yang hati hitam ker ckp dm tu sendiri yg tulis mcm sorang retis hari tu

retis yang dituduh suger dedy tu keh . yang diperincikan tiga titik bagai ittew
Quote buapakperut 1-2-2021 03:24 PM
Tinot7 replied at 1-2-2021 06:23 AM
teruja nak beli sbb iols dah lama tak makan nasi arab...

dia ni kalau rupa mcm gadis ponsel, for  ...

comelnya hero ittew
Quote Tinot7 1-2-2021 03:41 PM

dolu2 comey la... la ni ntah2 rupa mcm bapak org... giteww..
Quote tintin22 1-2-2021 03:45 PM
Kaya dah oi Mila ni.
Mcm2 business dia ada
Quote n3ar 1-2-2021 03:49 PM
elok la dia berniaga..

sampai bila nak jadi cam artis lain yg harap suara, harap tayang badan dlm video lagu dan gosip2 murah jer utk kekal dalam industri...

at least long term dia ada plan dah...daripada artis2 ngok yg syok sendiri bila popular sikit, pastu jatuh merundum mula la g cari datuk dato buat skandal, jadi bini no 2, buat live ig bogey seksi2 ke hape utk kekal relevan...tak pun bila dah tak laku, tua2 nak mampos takde rumah,takde pendapatan baru la memekik persatuan artis tak pernah tolong la apa


Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.074974 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top