CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Beli iPhone 12 Pro Max Dengan 'Ikan Kayangan', Mana Lagi Berbaloi?

1-2-2021 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8537| Komen: 84

Description: Tidak dinafikan di pasar-pasar basah terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual kepada orang ramai. Harga-harga ikan ini, berbeza mengikut jenis ikan itu sendiri. Malahan, terdapat harga ikan yang boleh ...
Tidak dinafikan di pasar-pasar basah terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual kepada orang ramai. Harga-harga ikan ini, berbeza mengikut jenis ikan itu sendiri. Malahan, terdapat harga ikan yang boleh mencecah ribuan ringgit. Walaupun, harganya yang mahal ikan ‘istimewa’ ini masih mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminatnya.



Kredit foto: FB/Twitter

Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni!

Menerusi gambar tersebut, ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga RM500 per kilogram. Mengikut kiraan, jika ikan itu ditimbang beratnya boleh mencecah 11 kilogram dan menjadikan harganya adalah RM5,700. Fuhh memang mahal betul ni!



Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia.

Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis.

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini.


Kredit foto: Twitter

Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya.


Sumber: OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-2-2021 03:13 PM
masuk perut, semua sama shj...
mkn je la apa2 ikan. janji kenyang.
Quote Manjahati 1-2-2021 03:17 PM
Ikan harga kayangan...klu mkn terasa diawang awangan tak?
Quote Nana_Man 1-2-2021 03:26 PM
Tinot7 replied at 1-2-2021 03:13 PM
masuk perut, semua sama shj...
mkn je la apa2 ikan. janji kenyang.

Iphone tu bole guna untk beberapa tahun. Ikan ni.. masuk kt perut nari, bsk pagi dah masuk jamban.
Quote CiliPadiSedap 1-2-2021 03:32 PM
ikan merak di kayangan, gagak di rimba makan ikan spongebob
Quote Normabaru 1-2-2021 03:34 PM
Daging lembu mahal ada. Kenapa tidak ikan. Bukan?
Quote Tinot7 1-2-2021 03:42 PM
Manjahati replied at 1-2-2021 03:17 PM
Ikan harga kayangan...klu mkn terasa diawang awangan tak?

sumbat dadah masak stim.. for sure terangkatnyer.. menerawang lepas makan...
Quote Tinot7 1-2-2021 03:44 PM
Nana_Man replied at 1-2-2021 03:26 PM
Iphone tu bole guna untk beberapa tahun. Ikan ni.. masuk kt perut nari, bsk pagi dah masuk jamban. ...

itu lepas dicerna... bayangkan yg esen2 sihat dia mcm protein sumer tu jadi darah daging.. maka ada la 3 bln kurang2nya dlm badan... giteww..
Quote Nana_Man 1-2-2021 04:00 PM
Tinot7 replied at 1-2-2021 03:44 PM
itu lepas dicerna... bayangkan yg esen2 sihat dia mcm protein sumer tu jadi darah daging.. maka ad ...

Hahahaha!!!! Jadilah 3 bulan..
Quote drivethru 1-2-2021 04:18 PM
Aku mula2 kawin dulu, terkejut jugak bila ikut mertua pegi pasar. Dia akan ambil ikan yg mahal2. Nak tak nak sebagai menantu, bayar jugak lah. Lepas tu aku tak ikut dah. Bagi duit sahaja. Pandai2 lah tambah. Sape suruh makan ikan mahal2. Sbb aku anak felda, mmg makan ikan murah2 jer. Bagi aku sama jer rasa nyer.
Quote prettyuglybabe 1-2-2021 04:30 PM
orang kalau berduit takde timbulnya persoalan mana mana..
so tak payah la nak persoalkan..
kalau korang fikir mana berbaloi, clearly korang tak mampu la tu..
so teruskan hidup dalam kemampuan..
pakai samsung makan ikan kembung pun alhamdulillah..
Quote mamajawie 1-2-2021 04:40 PM
spe yang dpat duit isinar hari tu bleh la makan ikan ni..bagi aku membazir namati..wagyu pun satu pembaziran..
Quote eyansss 1-2-2021 06:48 PM
Tinot7 replied at 1-2-2021 03:13 PM
masuk perut, semua sama shj...
mkn je la apa2 ikan. janji kenyang.

orang berduit ni tak pentingkan kenyang je...  dia pentingkan rasa jugak...  kita rakyat marhaein ni memang fikir janji kenyang aje...  hehehe...
Quote Tinot7 1-2-2021 07:25 PM
eyansss replied at 1-2-2021 06:48 PM
orang berduit ni tak pentingkan kenyang je...  dia pentingkan rasa jugak...  kita rakyat marhaein  ...

tak tau la apa depa buat dgn ikan tu.. masak mcm dlm michelin star restaurant ke?makanan ongkaya ni mahai dan sejemput... tak berbaloi la


[youtube]0rojBGuDizA[/youtube]

[youtube]CoAvaYOwm6k[/youtube]


rakyat marhaen kena makan untuk survive... eat to live, bkn live to eat.
Quote Yunbin 1-2-2021 07:26 PM
eyansss replied at 1-2-2021 06:48 PM
orang berduit ni tak pentingkan kenyang je...  dia pentingkan rasa jugak...  kita rakyat marhaein  ...

Yela kalau jenis kaya duit berkepuk, rumah kereta semua konpem tak payah bayar bulan macam kita..dia nak buat apa lg selain dpd beli barang mahal..
Quote eyansss 1-2-2021 07:32 PM
Tinot7 replied at 1-2-2021 07:25 PM
tak tau la apa depa buat dgn ikan tu.. masak mcm dlm michelin star restaurant ke?makanan ongkaya n ...

ada banyak jenis masakan ikan ni...  panggang sedap, masak gulai sakai sedap, masak asam sedap...  banyak lagi jenis makananyang sedap...  stim pun sedap tapi sambal kena mantap la...
Quote eyansss 1-2-2021 07:34 PM
Yunbin replied at 1-2-2021 07:26 PM
Yela kalau jenis kaya duit berkepuk, rumah kereta semua konpem tak payah bayar bulan macam kita..d ...

ni sejenis dah bayar bulanan tiga rumah, keta empat biji, tiga bini simpanan, bini pertama, parking heli depan rumah, masih lagi berbaki berkepok2 dalam poket dalam bank...  tu yang selamba beli ikan rega rm5.7k tu...
Quote eyansss 1-2-2021 07:35 PM
mamajawie replied at 1-2-2021 04:40 PM
spe yang dpat duit isinar hari tu bleh la makan ikan ni..bagi aku membazir namati..wagyu pun satu pe ...

teringin makan wagyu tapi tengok rega tu macammmmm...  haish...  kalau beli, kena kokak tulang sekali...
Quote isseliparjepun 1-2-2021 08:06 PM
Ikan ni diet khas, sebab tu mahal agaknya. Mostly ikan sungai kalau dia tak makan ikan lebih kecil, dia akan makan buah buah hutan. Rare nak dapat tapi kalau boleh deal dengan nelayan sungai, boleh dapat harga jauh lebih murah dari restoran atau pasar. Kalau I, dapat tengalan pun cukup dah.
Quote green~tea 1-2-2021 08:13 PM
eyansss replied at 1-2-2021 07:35 PM
teringin makan wagyu tapi tengok rega tu macammmmm...  haish...  kalau beli, kena kokak tulang sek ...

wagyu rm150 sepinggan, rasa cam berbaloi laa sedap lembut juicy and melt in the mouth punya texture.... jgn le amek wagyu matsuzaka tu... amek kobe beef biasa je

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.057332 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top