CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Perlu Mahal, Asalkan Pengantin Reda,"-Mas Kahwin Bagi Ikan Laga Je

22-12-2020 10:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5538| Komen: 46

Description: Bukan emas, wang atau barang keperluan wanita, tetapi lelaki ini memberikan mas kahwin unik iaitu sepasang ikan laga.
Bukan emas, wang atau barang keperluan wanita, tetapi lelaki ini memberikan mas kahwin unik iaitu sepasang ikan laga.

Portal Detik.com melaporkan aksi pengantin lelaki itu menikahi pengantin wanitanya dengan mas kahwin ikan laga itu tular dalam satu hantaran Instagram @infobekasi.coo.


"Sepasang ikan laga jadi mas kahwin. Pertama di Bekasi. Mas kahwin itu tidak perlu mahal-mahal. Yang penting pengantin wanita reda. Layak jadi inspirasi bagi yang sukar mencari mas kahwin. Video Bekasitizens @cupanglurah.id_ #infobekasico," tulis keterangan Instagram @infobekasi.coo.

Kredit foto: IG

Dalam video yang dimuat naik terdengar ijab kabul apabila wali pengantin wanita memberitahu mas kahwinnya adalah ikan laga.

Selain itu, ada juga perhiasan emas dan wang tunai sebagai mas kahwin.

"Wahai saudara Rizki Muhammad bin Bambang, saya nikahkan dan kahwinkan engkau kepada anak kandung saya. Dengan mas kahwin perhiasan emas, wang tunai dan sepasang ikan laga," ucap wali nikah wanita.

Video yang berdurasi 35 saat itu ditonton lebih 13,300 kali dan 866 komen di Instagram.

Pasangan pengantin itu adalah Indri Nita Sari dan Rizki Muhammad.

Wanita yang berusia 25 tahun itu menceritakan mengenai mas kahwin unik diterimanya itu.

Dia mengatakan idea mas kahwin ikan laga memang datang daripada suaminya.

"Idea suami aku. Dia sudah beritahu awal mahu bawa ikan cupang (laga) untuk mahar (mas kahwin).

"Aku ingatkan sekadar bergurau, tetapi ternyata benar ketika hari pernikahan, aku terkejut tetapi senang dan unik saja," katanya.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, ikan laga yang menjadi mas kahwin pernikahannya adalah jenis blue rim.

Kata Indri, sepasang ikan laga itu berharga 2.2 juta rupiah (RM627) dan menjadi kesayangan suaminya yang hobi memelihara ikan jenis itu.

Ketika ditemu bual, Rizki Muhammad berkata, ikan laga itu menjadi kesayangannya.

"Sayang aku kepada ikan laga itu seperti kasihnya aku kepada orang tersayang," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 22-12-2020 10:34 AM
Takajut kejap baca tajuk..takkan laaa murah beno pompuannya diberi ikan laga yang  beli-harini-esok-tgk-dah-mati tu.. rupanya bukan dia bagi ikan laga je..ada benda2 lain jugak laa! Clickbait!
Quote cmf_almondpecan 22-12-2020 10:36 AM
Ikan laga tu sebagai tambahan kepada emas dan wang tunai yang diberikan. Ok la tu. Ikan tu pun mahal juga. Mungkin jadi hobi mereka.
Quote husna_amal 22-12-2020 10:37 AM
Mana ada mas kawin dia ikan laga sahaja. Kan ada disebut perhiasan emas dan wang tunai sekali. Tajuk nak gempak je.
Quote salmon-suki 22-12-2020 11:05 AM
Atata: Takajut kejap baca tajuk..takkan laaa murah beno pompuannya diberi ikan laga yang  beli-harini-esok-tgk-dah-mati tu.. rupanya bukan dia bagi ikan laga ...


Ikan laga ada gred jgk..ada y mahal,boleh cecah ribu2..y murah bwh 100 laa..{:smile kwn ai pernah bgtaw kriteria ikan laga y ribu2 tu tp ai lupe daa sbb ai xminat..hahahahahah
Quote sarah82 22-12-2020 11:13 AM
Tak nak aku.. Karang mampos x dpt apa..
Quote Atata 22-12-2020 11:16 AM
salmon-suki replied at 22-12-2020 11:05 AM
Ikan laga ada gred jgk..ada y mahal,boleh cecah ribu2..y murah bwh 100 laa..{:smile kwn ai perna ...

Lah ye ke? Baru tau plk ada ikan laga mahal gitu
Quote Belibis 22-12-2020 11:25 AM
Masih ingat ..ada pengantin laki yg bagi sepasang selipar jamban sebagai maskawin .
Quote Artemesiaa 22-12-2020 11:31 AM
Masih ada wang dan barang kemas diberikan sama patutlah isteri terima
Quote salmon-suki 22-12-2020 11:47 AM
Atata replied at 22-12-2020 11:16 AM
Lah ye ke? Baru tau plk ada ikan laga mahal gitu

Mcm kacuk2 laa..mcm kucing kan ada y kacuk,baka mahal..gitu laa ikan laga..kata kawan ai..hahahaha

Ada dia beli rege almost rm200 sekor..nk beli ribu2 mahal sgt..
Quote mamajawie 22-12-2020 11:56 AM
murahnya..btw cikki tu dpat emas n duit skali..jadah
Quote luluaurora 22-12-2020 12:33 PM
ooo sbg tambahan..
ok la tuuu
bini pun redhooo
Quote mbhcsf 22-12-2020 12:37 PM
Edited by mbhcsf at 22-12-2020 12:38 PM
sarah82 replied at 22-12-2020 11:13 AM
Tak nak aku.. Karang mampos x dpt apa..

hahahahahahahahhahahhahahahahah ni boleh jadi bhn fitnah kat thread Ifan tang tajuk timba cari perigi what not , depa asyik tanya awat ladies yg lanjt usia tak kahiwn2 , memilih kaaa...lagu tu lah isi thread tu...

hahahahaah bhn ni  hang tulis lagu ni pasanggggg.......hahahahah

ni kira wanita mithali ni ..mahar dia ikan laga je....wah....

such a beautiful life she has....nurani tu wow....



Quote mbhcsf 22-12-2020 12:41 PM
tapi risky jugak ye, katakan ikan semilai tu mati ketika akad ijab danqabul...i mean yes apart from beinga tragedy jugak , kena cari ikan lain pula ye if not HUTANG laaa...mahar kene selesaikan sebelum pergaulan suami dan isteri

ni bahaya dan risiko idea ni

nak kata ridiculous  tak leok pulak tapi kalau guna  common sense bahaya risiko tu.
Quote sarah82 22-12-2020 12:42 PM
mbhcsf replied at 22-12-2020 12:37 PM
hahahahahahahahhahahhahahahahah ni boleh jadi bhn fitnah kat thread Ifan tang tajuk timba cari per ...

Hahahaha.. Ipan kira apa.. Dia butthurt dgn andartu
Quote mbhcsf 22-12-2020 12:47 PM
sarah82 replied at 22-12-2020 12:42 PM
Hahahaha.. Ipan kira apa.. Dia butthurt dgn andartu

tapi rugi lah benda bernyawa macam binatang jadi mas kahwin, sebab depa boleh mati.

lainlah kalau

suami tu bagi tumbuhan bernilai komersi tinggi , classy tu macam saffron or  vanila pods okay gak , ni boleh commercialised. susah jaga juga.



baik logam je kan...or senaskhah Al Quran.
Quote slyfynx 22-12-2020 12:48 PM
"Wahai saudara Rizki Muhammad bin Bambang, saya nikahkan dan kahwinkan engkau kepada anak kandung saya. Dengan mas kahwin perhiasan emas, wang tunai dan sepasang ikan laga," ucap wali nikah wanita.

Bukan hanya ikan laga.
So ape yang nk kene pelik
Quote sarah82 22-12-2020 12:51 PM
mbhcsf replied at 22-12-2020 12:47 PM
tapi rugi lah benda bernyawa macam binatang jadi mas kahwin, sebab depa boleh mati.

lainlah kal ...

Dok fikir tadi.. Kalau mati nak buat apa? Frame kan? Kalau barang kemas boleh juga bagi kat anak2..
Quote mbhcsf 22-12-2020 12:58 PM
sarah82 replied at 22-12-2020 12:51 PM
Dok fikir tadi.. Kalau mati nak buat apa? Frame kan? Kalau barang kemas boleh juga bagi kat anak2. ...

frame tunggu beberapa ratus tahun jual lelong kat Christie 's or Sotheby's, tapi kalau dia cerdik upah pelukis terkena lukis frame tapi i kalau gambar binatang i tak keen sangat
Quote sarah82 22-12-2020 01:00 PM
mbhcsf replied at 22-12-2020 12:58 PM
frame tunggu beberapa ratus tahun jual lelong kat Christie 's or Sotheby's, tapi kalau dia cerdik  ...

Hihihi.. Mmg akan jadi citer turun temurun.. Moyang aku dpt ikan laga sebagai mahar

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.066188 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top