CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Balu Nazrin Enggan Beri Kerjasama Kepada Suruhanjaya Tenaga Pada Awal Siasatan

22-12-2020 01:57 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 4122| Komen: 16|Original author: Oleh: kp5x

Description: Mahkamah Tinggi Shah Alam dimaklumkan bahawa balu CEO Cradle Fund, Samirah tidak bekerjasama pada awal siasatan Suruhanjaya Tenaga (ST) kerana diberitahu siasatan kes kebakaran itu hanya melibatkan bo ...

Kredit foto : Sinar Harian, Berita Harian

Mahkamah Tinggi Shah Alam dimaklumkan bahawa balu CEO Cradle Fund, Samirah tidak bekerjasama pada awal siasatan Suruhanjaya Tenaga (ST) kerana diberitahu siasatan kes kebakaran itu hanya melibatkan bomba dan polis.

Memetik Bernama, peguambela Rahmat Hazlan ketika pemeriksaan balas terhadap saksi ke-30, Penolong pengarah ST Kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, Abdul Rahim Wan Chik di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman berkata, tertuduh pertama, Samirah dimaklumkan sedemikian oleh pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor 

Rahmat: Kamu dalam keterangan saksi sebelum ini memberitahu, Samirah tidak bekerjasama dan enggan membenarkan kamu masuk ke dalam rumah pada 19 Jun 2018 bagi melakukan siasatan berhubung kebakaran yang berlaku di rumah berkenaan, dan meminta kamu menghubungi Hafisham.


Abdul Rahim: Pada 21 Jun (2018) baru saya terima panggilan daripada Samirah untuk memilih satu tarikh yang sesuai untuk pihak ST datang membuat siasatan.


Kredit foto: Berita Harian

Abdul Rahim ketika menjawab pemeriksaan balas Rahmat berkata, beliau ada menghubungi Hafisham dan diberitahu bahawa pihak bomba tiada masalah membenarkan ST melakukan siasatan di rumah berkenaan.

Kata Abdul Rahim, semasa siasatan dijalankan pada 27 Jun 2018 ke atas sistem pendawaian rumah berkenaan, Samirah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan ST. 


Kredit foto: Sinar Harian

Pada 12 Mac 2019, Samirah, bekas Eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas iaitu Eka Wahyu Lestari membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 22-12-2020 02:07 PM
saya seru @Acikgomen memberi sepatah 2 berkata2...tentang kes ni
Quote cadarblogsot 22-12-2020 02:19 PM
Serulah sesapa pun... Makin menarik ni.. Lama tunggu kes ni berjalan
Quote husna_amal 22-12-2020 02:28 PM
Kalau ini kes bunuh teringin nak tahu kenapa suspek membunuh nazrin ni.
Quote Belibis 22-12-2020 02:34 PM
Loyer dia tu ehh? Bukan kaleng2 tu.rasanya boleh bebas.
Quote lavendernovella 22-12-2020 03:54 PM
Hmmmmmm kan jer lah..   
Quote Themilo 22-12-2020 04:02 PM
Belibis replied at 22-12-2020 06:34 AM
Loyer dia tu ehh? Bukan kaleng2 tu.rasanya boleh bebas.

ye ke? beliau membela najib razak pun tewas sis..
Quote ladyzens 22-12-2020 04:51 PM
anak2 tiri arwah ni skrg kt mana ya
Quote Acikgomen 22-12-2020 04:52 PM
sarah82 replied at 22-12-2020 02:07 PM
saya seru @Acikgomen memberi sepatah 2 berkata2...tentang kes ni

Kata2 paaaaa
Tgh tedampar tupis tepi pantai ni oiiii
Quote Acikgomen 22-12-2020 04:55 PM
ladyzens replied at 22-12-2020 04:51 PM
anak2 tiri arwah ni skrg kt mana ya

Deyols tiga beranak ada kat rumah
Tak masuk penjara pun
Quote ladyzens 22-12-2020 04:59 PM
Acikgomen replied at 22-12-2020 04:55 PM
Deyols tiga beranak ada kat rumah
Tak masuk penjara pun

wah seolah tiada apa
Quote sarah82 22-12-2020 05:26 PM
Acikgomen replied at 22-12-2020 04:52 PM
Kata2 paaaaa
Tgh tedampar tupis tepi pantai ni oiiii

Wahhhhhh.. Sy tau acik follor kes ni.
Quote Eliadaisy83 22-12-2020 06:35 PM
Tertuduh anak chandra muzafar kaki belit sure terlepas punya...fulus pula berlonggok, so peluang nak terlepas tu tersangatla cerah.
Quote maju_chetah 26-12-2020 01:40 AM
Eliadaisy83 replied at 22-12-2020 06:35 PM
Tertuduh anak chandra muzafar kaki belit sure terlepas punya...fulus pula berlonggok, so peluang nak ...

Kalau tak buat tentu terlepas! Tengok najib kunan oiiii
Quote Rob07 26-12-2020 09:38 AM
Aku tak sabar nak tau ending  kes nih..
Quote beta_carotene 26-12-2020 10:24 AM
menyeru troublemaker @maju_chetah ..

meols bau kari kuat yachhh username yinniehh.. set2 chandran kah
Quote Buritan 26-12-2020 10:29 AM
Acikgomen replied at 22-12-2020 04:55 PM
Deyols tiga beranak ada kat rumah
Tak masuk penjara pun

Awat tak masukk..kluster kayangan ko

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057856 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top