CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mak Dan Anak Sama Depress, Netizen Salahkan Mak Tak Faham

28-11-2020 10:04 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8392| Komen: 52|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Masalah kemurungan bukan lagi asing dalam masyarakat kita dek bebanan yang tidak mampu dipikul. Namun, kemurungan boleh diatasi dengan sokongan daripada ahli keluarga.


Masalah kemurungan bukan lagi asing dalam masyarakat kita dek bebanan yang tidak mampu dipikul. Namun, kemurungan boleh diatasi dengan sokongan daripada ahli keluarga. 

Tetapi, bagaimana pula jika ibu terlalu tertekan kerana anak yang mahu membunuh diri?

Lebih memburukkan keadaan apabila anak tersebut hanya berusia 12 tahun. Kenapa sampai nekad mengelar tangan? Apa lagi yang tidak cukup dalam sebuah keluarga bahagia?


Kredit foto: FB

Menurut ibu kaklong (bukan nama sebenar), dia mempunyai enam anak yang jarak usianya rapat-rapat antara dua hingga 12 tahun sangat melelahkan. Sebagai wanita yang pernah bekerja, segala-galanya dikorbankan demi memberi tumpuan kepada cahaya matanya.


Bagaimanapun, masalah bermula bila anak sulongnya, Kaklong mempersoalkan kenapa dia perlu membuat segala kerja rumah dan tidak boleh duduk berehat sahaja?


Foto : handihandparenting.com

Selain itu, Kaklong juga membandingkan kehidupannya dengan rakan sebaya yang sudah mempunyai telefon pintar, ada kawan lelaki, boleh mewarna rambut, 24 jam berinternet tanpa perlu membuat kerja rumah.


Foto : Web Iium

Hasil pertemuan dengan guru Kaklong menjelaskan yang anaknya itu kerap menimbulkan masalah seperti bergaduh dengan rakan-rakan dan pernah menulis di kertas untuk membunuh diri.


Foto : florida.net

Ia membuatkan mereka membawa kaklong berubat serta menghantar kepada pakar sakit jiwa. Lebih mengejutkan bahawa ibu dan anak masing-masing mengalami kemurungan.

"Saya rasa tak kuat nak harungi dugaan kak long ini, dia tolak mentah-mentah pertolongan saya."

Hantaran tersebut mendapat banyak maklum balas daripada golongan ibu-ibu serta memberi pendapat, masalah kemurungan memang bahaya jika tidak di atasi segera.

Rata-rata berpendapat si ibu menulis dengan emosi, mahu menyalahkan anak tanpa mendengar pendapat mereka.


Foto : FB

Foto : FB

Foto : FB

Jadi, apa pula pendapat anda? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zehra2 28-11-2020 10:19 AM
anak baru 12 tahun kot. urus diri sendiri, kemas n bersihkan bilik sendiri kira ok la. sbb mungkin kot dpt masuk skolah asrama, boleh urus diri sendiri.
tp kot nk suruh anak2 buat kerja rumah, mmg tk patut. itu bkn rumahtangga dia.
masa ngajar sesi ptg.. pernah baru mula kelas, budak pompuan F2 ni mengeluh penat.  kita tanya knapa penat? tolong mak masak td. sebelum dtg skolah la tu.  kesian tengok. pilih la weekends kot nk train anak dara.
jd kita amik la hati dia..
masak apa? ayam kicap. mesti sedap kan.. senyum2 dia dipuji.. nanti rehat mkn kenyang2 ya..
biarkan lah budak enjoy masa dia.. jgn bebankn dia dgn tgjwb kita org dewasa.
Quote Tinot7 28-11-2020 10:19 AM
Sayangilah anak2 anda
Quote Skydiva 28-11-2020 10:32 AM
Mungkin sebab kurang berkomunikasi antara mak n anak kot. Mak n ayah kerja, jadinye beban semua kat anak sulung perempuan. Memandangkan si anak paling rase stress dengan mak, kena la try spend time berdua sekali skala, pegi shopping ke, minum teh kt luar ke. Buat aktiviti supaya anak rapat n selesa nak bercerita dgn maknya. Tunjukkan empati kat anak jugak. Bapaknye pun jgn la semua humban kat perempuan je. Kang tak pasal hilang 2 org perempuan yg berharga sbb depression.
Quote Nnasda53 28-11-2020 10:46 AM
Pada pandangan saya kedua2 nya pergi lah mendapatkan rawatan kerana kedua2 nya telah hilang komunikasi yang baik.Sbg seorang ibu jika seorang beragama islam kembalilah kepada Allah swt.
kita tak mampu memiliki hati anak2 sendiri dengan usaha kepandaian kita jika tidak dgn izin Allah swt.Pemilik hati manusia ini adalah milik Allah swt..yang membolak balik kan hati kita tetap juga Allah swt.Solat taubat mengadu dgn Allah swt..mohon pertolongan dari nya.Keadaan sebegini adalah satu kemalangan yang paling dahsyat dalam kehidupan kita sbg ibu bapa.Berusaha dan berdoalah bnyk2 yang paling penting bersabar andai marah membuat kita ibu bapa tidak mampu berkata yang baik..diam itu adalah lebih baik.Semoga Allah swt memberikan petunjuk serta kesabaran buat ibu dan anak.
Quote siputpepel 28-11-2020 11:01 AM
anak dia rasa tertekan sebab minat dia terhadap kpop dihalang. ada had penggunaan phone. ok fine. maybe mak tak anak surf bukan2 di internet.

apa kata  beli smart tv so that anak boleh tengok kpop depan mata. sambil kemas rumah boleh dengar lagu kpop. petang2 mak duduk join sekaki tengok anak layan kpop. that's the only way. support minat anak. bila anak happy, mak2 pun tak serabut
Quote Artemesiaa 28-11-2020 11:21 AM
Tak saling memahami bakal timbul isu akhirnya elok sama2 duduk dah luahkan apa permasaalahan mereka dan sama2 selesaikan
Quote Meiizu 28-11-2020 11:32 AM
Takpaham..dlm zmn 2000 mcm ni masih nak anak ramai.
Maksud saya dgn tekanan kerja & hidup lagi.
Setuju dgn pendapat no2 dlm artikel pasal anak 1st tu
Quote helicornia 28-11-2020 12:19 PM
aku ingat mat dan depress
Quote syamzana 28-11-2020 02:17 PM
maknya pun tau anak ramai rapat2 diri sendiri exhausted.
boleh plak ckp layan anak dia sama je. kite bila penat melampau dgn anak2 riuh mcm2 lg, anak tnya soalan sikit pun dah melenting.
Quote umbut 28-11-2020 03:24 PM
Edited by umbut at 28-11-2020 03:29 PM

Ini betul.... waktu kecik2 pernah rasa nak lari rumah. Tertekannnnnn... selalu kena marah kena suruh buat macam2 benda... hanya yg alami je tau perasaan.. ingat budak2 takda perasaan ke.. lagi2 anak sulung. Beban semua campak kat anak sulung.. adik berderet. Yg kena marah aku jugakkkk
Quote SayaSayangMama 28-11-2020 05:05 PM
Kali ni aku sokong netizen sbb aku lah pernah berpikir nk bunuh diri masa kecik dulu sampai skrg pun aku jenis doakan mak dari kejauhan je. Xboleh dekat dekat rasa stress sgt. Tp yg budak ni benci semua org kan. Aku xde masalah bab org lain cuma clash dgn mak je. Mujur bapak, pengasuh dan adik adik ku baik baik orgnya. Klu x aku pun dah kelar tangan sndiri.
Quote SayaSayangMama 28-11-2020 05:13 PM
siputpepel: anak dia rasa tertekan sebab minat dia terhadap kpop dihalang. ada had penggunaan phone. ok fine. maybe mak tak anak surf bukan2 di internet. apa kata ...



Anak dia guna kpop as escapism saje. Tu je dunia yg dia rasa tak tertekan. Terlalu byk tanggungjawab yg nk digalas. Kpop je yg mampu dia buat rasa tersenyum. Hari hari tertunggu tunggu nk tgk hp sbb masa tu rasa rilex, tenang lebih tenang dr mngaji terpaksa.

Mak bapak skrg senang kerja asik salahkan hp tv kpop game hp tv kpop game. Padahal ko xde touch pun jiwa anak ko sendiri. Ajar bukan arah, tunjuk contoh bukan tau ckp sahaja.
Quote SayaSayangMama 28-11-2020 05:17 PM
Nnasda53: Pada pandangan saya kedua2 nya pergi lah mendapatkan rawatan kerana kedua2 nya telah hilang komunikasi yang baik.Sbg seorang ibu jika seorang beragama ...

Saya takut dgn nasihat begini wlu dpt pada permukaan nya betul to pada dasar nya? Ibu dah ckp anak 12 tahun kurang iman. Apa yg dia mahukan dr si anak. Jika begitu nnti ibu suruh anak berzikir bersalawat bertahajjud pula sedang kan anak mahu pelukan sang ibu , rasa dihargai, rasa bagai penting, pujian bukan kecaman, aku pernah merasainya. Ibu yg menyergah aku mngemas dapur semasa selepas subuh dlm bulan ramadan. Masa tu aku tgh panjat kabinet nk susun barang, aku ingat nk happykan ibu ku rupanya sergahan yg aku dpt kerana tidak menunaikan solat dhuda dan mngaji. Kdg aku rasa Aku benci ibu ku. Aku xdpt nk tahan perasaan ini. Cara terbaik menjauhkan diri.
Quote orgsepang 28-11-2020 05:20 PM
Kebanyakkan anak sulung memang kena buat itu ini dari kecil lagi. Hubungan akak dengan ibu pun tak mesra sebab dah sebati menyampah asyik kena suruh saja. Tapi dulu tak ada internet jadi kurang pengaruh, paling sedih pun sebab tak boleh mandi parit dengan kawan2.
Sekarang akak gunakan alasan itu kalau adik2 akak persoalkan kenapa mereka kena buat apa yang akak suruh. Ahah, rasa berbaloi juga penat lelah akak dulu2.
Quote mh17 28-11-2020 05:33 PM
Glerlah!aku 8thun da kna siapkn adik2.mak keje,aku msk dan ngemas!amek adik2 kt pngasuh,cuci bju kt paya ta pnh pulak rasa mak aku dera,even kdg2 yes!..tggjwb ko mane?gler la dak skrg..
Quote vee_zara 28-11-2020 05:43 PM
mh17 replied at 28-11-2020 05:33 PM
Glerlah!aku 8thun da kna siapkn adik2.mak keje,aku msk dan ngemas!amek adik2 kt pngasuh,cuci bju kt  ...

Ko umur brapa? Dulu n skrg tak samaa
Quote ladybugz 28-11-2020 06:54 PM
kadang2, sesetengah manusia tu mmg dilahirkan dgn emotional, psychological, mental development yg ada abnormalities. dlm kes ni, sy syak mmg ade abnormalities since die ada masalah dgn semua org dlm her circle bukan terhad kepada ibu or family shj. jd hopefully si ibu patut jumpa yg pakar n dptkan proper diagnosis. the sooner we can detect the root cause the better sbb dah blh start treatment. dlm kes mcm ni, org2 sekeliling sgt penting utk jgn salahkan si ibu mahupun mana2 ahli keluarga melainkan mmg ada bukti abuse yg jelas dan sewaktu dgnnya. anak2 ni dilahirkan dgn pelbagai ragam dan personaliti. sbg parents selain doa n usaha kita juga kena embrace their personality, kelemahan dan kelebihan. we are not trying to produce perfect human being but we are just there to give them support, love, care n guide as best as we could. sy percaya ibu ni dah cuba her best for her children. sbb tu die sendiri pun depress juga sbb terlalu byk tumpuan pada anak2 sehingga melupakan keperluan dirinsendiri. so netizen, stop judging. doakan mereka.
Quote husie91 28-11-2020 08:03 PM
Budak2 sekarang lain kan dgm bdk2 dulu.. family mentua aku sejenis dari kecik anak2 dh kne train buat kerja rumah.. meaning masa deols sekolah rendah la. Baik laki or perempuan dua2 kena biat kerja. Tapi masing2 membesar elok je menjadi org.. kerja hebat2 gaji besar2. Adik beradik 5 org stp sorg selang 3-4 tahun beza. Rapat ke tk eh? Tp tk sama dengan bdk skrg kan.. banyak cabaran & tend to compare dengan kwn2 dorg. And tk ramai yg susah mcm dulu. Skrg stp sorg mesti dah ada fon.. walau skola remdah.. tak bg.. takut safety yela apa2 nk call senang.. bila bagi takut salah guna plak.. dorg kdg bijak manipulate kita.. cabaran besarkan anak2 zmn milenium ni..
Quote sofyayra 28-11-2020 08:05 PM
Bila anak depress, org akan tgk kt mak pastu tgk pulak kat laki maknya ( bapaknya la).
Kadang mak jd gitu depress/ kuat bebel/ kerah anak2 anak2 buat kerja pasal ADA SEGELINTIR yang lakinya keja main game goyang egg tak reti nak nolong bini.

Kerja rumah first tier mesti laki bini, second tier baru anak2. Dr kecik lah kena ajar anak2 laki dan ppuan buat kerja rumah. Dah besar sok bebai pulak. Aku dari sekarang dh cakap kt anak laki aku, skrg bljr tlg mommy buat keja. Esok besaq jgn nk nyusahkan mak dgn bini.

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.055841 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top