CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Ali Kembali Ke LCK2 Atau Tidak?

27-11-2020 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4304| Komen: 10

Description: Walaupun belum diketahui siapakah gandingan Elly Mazlein untuk mengacarakan program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) Ahad ini, namun pengacara sensasi, Azwan Ali dikatakan akan tampil semula selepas ...
Walaupun belum diketahui siapakah gandingan Elly Mazlein untuk mengacarakan program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) Ahad ini, namun pengacara sensasi, Azwan Ali dikatakan akan tampil semula selepas berganding dengan Elly dalam dua episod sebelum ini.


Difahamkan, Azwan akan kembali ke program itu berikutan kebanyakan peminat mahukan Azwan yang berpengalaman dan penuh kontroversi itu dikekalkan sebagai pengacara.


Kredit foto: IG Azwan

Namun, Azwan atau mesra disapa Diva AA ketika dihubungi enggan mengulas kerana dia hanya menerima tawaran daripada TV3 untuk mengacara LCK2 bagi dua episod iaitu pada 8 dan 15 November lalu.

"Saya tak nak komen apa-apa kerana sebelum ini, saya pun hanya dimaklumkan muncul untuk dua episod sahaja dan ia bukan gimik," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, pada dua kemunculan Azwan mengemudi LCK2 bersama Elly, program realiti TV itu berjaya 'trending' di media sosial pada setiap minggu.


Rata-rata penonton dan warganet yang menonton program LCK2 sukakan gandingan Azwan dan Elly kerana masing-masing dilihat serasi dan sangat memberi impak kepada program itu.


Kredit foto: IG Azwan

Sementara itu, Penerbit Eksekutif LCK2, Muhammad Sufian Che Isa ketika dihubungi berkata, sama ada Azwan muncul atau tidak, kena tunggu tayangannya Ahad ini.

"Nak tahu Azwan ada atau tidak, tunggu malam Ahad ini," katanya ringkas.

Katanya, mengikut konsep program LCK2, hanya Elly sahaja hos tetap dan dia yang akan bertukar pasangan pengacara. Malah, kontrak Azwan memaklumkan dia hanya muncul untuk dua episod.

Bagaimanapun,  Muhammad Sufian tidak menafikan Azwan masih memiliki aura tersendiri yang mana kemunculan semulanya diterima baik penonton.

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 27-11-2020 03:55 PM
propa la ponen terdampor nihh
Quote xijasmine95 27-11-2020 04:00 PM
Diva AA ni ganti org je ke?
Quote husna_amal 27-11-2020 04:31 PM
Memang dari awal diva AA ni host jemputan je.
Quote Hahahaha_ 27-11-2020 05:08 PM
Ikut dia lah.{:teatime
Quote maxim 27-11-2020 05:48 PM
Kalau stakat 2 episod nape poster lck2 bersepah muka die jah? X penah dibuat org la kontrak sekerat2 cmni. Propa jah ni.
Quote TomyamPuteh 27-11-2020 05:51 PM
Diva AA nk test market ler tu.
Quote Acikbawang 23-1-2021 10:30 PM
Acik rasa selagi ko tak mencarut dlm tv selagi tu acik sapot ko.
Quote sleepandream 24-1-2021 02:45 AM
iols penah tertengok satu episod dulu...
bosan jah cite ni... dengan DIVA AA too scripted... lepastu ada mummy idayu feeling2 bagus...
iols terpaksa tengok sebab dalam hotel cenel tu je yg siaran cantik... lain tayang drama lagi iols tak lalu
Quote PEPPERMAN 24-1-2021 04:15 PM
Honestly,  best sangat ke bila pencarut ni jadi pengacara?
Quote cicicumel 24-1-2021 05:31 PM
Dh elok2 org mula suka balik.. Ni buat hal plak duk maki melayu.. Video tiktok last week kan.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.083510 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top