CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Guru Gigih Buat Kelas Online Tapi ‘0 Kehadiran’, Siap Ada Yang Matikan Telefon

27-11-2020 05:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3367| Komen: 14

Description: Kegigihan seorang guru untuk mengendalikan kelas bagi subjek Seni Reka Tanda (MSV) secara online sia-sia apabila kesemua pelajarnya tidak munculkan diri pada masa yang ditetapkan.
Kegigihan seorang guru untuk mengendalikan kelas bagi subjek Seni Reka Tanda (MSV) secara online sia-sia apabila kesemua pelajarnya tidak munculkan diri pada masa yang ditetapkan.

Kisah sedih menimpa Mustakim Bajoori, 54, yang mengajar di sebuah sekolah menengah dekat Kuala Selangor selama 32 tahun dikongsi anaknya, Nur Nuha Narisya di Twitter sehingga menjadi tular.


Menurut Nuha, keadaan itu berlaku sejak sesi pembelajaran secara online dilaksanakan pada pertengahan Oktober lalu dan berlarutan sehingga hari ini.



“Sebenarnya, dari start Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor pada pertengahan Oktober lalu lagi dah jadi macam ni. Kadang pernah ada seorang je, paling ramai pun satu hari tu lima orang daripada 18 pelajar. Kesemuanya pelajar tingkatan lima.

“Masa tu tengok abi masih boleh gelak-gelak lagi sebab kaedah tu masih baru. Dia pun macam OK lagi. Tapi hari demi hari makin lama saya nampaklah perubahan kat muka dia. Pagi Rabu lepas pun abi tunggu punya tunggu dari pukul 8.30 pagi sampai 9 lebih pun tak ada siapa masuk lagi.


“Tengok je muka abi saya pun sedih. Dia siap call student dia seorang demi seorang, tu pun diaorang tak angkat. Ada juga yang matikan phone, lepas tu ada yang kata diaorang kerja sebab tu tak boleh masuk kelas," katanya kepada mStar.



Simpati dengan bapanya, Nur Nuha Narisya atau mesra disapa Nuha bertindak menyertai kelas tersebut pada pagi Rabu lalu.

“Ayah akan buat Zoom dekat ruang tamu. Setiap kali tu dia akan link dekat skrin TV. Bila dia pandang laptop kami boleh nampaklah muka dia kat TV. Bila tak ada orang masuk, dia tunggu tenung je laptop tu, menitik jugalah air mata saya.

“Tapi ayah tetap berprasangka baik pada student dia. Dia cakap mungkin link yang saya buat tu salah sebab tu student dia tak boleh masuk. Jadi saya pun try masuk... memang dapat. Bila dah join class tu nampaklah abi gelak sikit.

“Mak pun cikgu, dia ajar Form 6 tapi semua student dia join class. Mungkin sebab mak garang kot. Abi dulu pun garang, sampai dengar tapak kaki dia pun student dah takut. Bila dah meningkat usia ni dia dah berubah,” katanya.

Jelas gadis berusia 20 tahun itu, dia berkongsi perkara tersebut di Twitter sekadar ingin meluahkan perasaan sedih seorang anak terhadap bapanya.

“Waktu tu saya terlalu emotional sebab terlampau sedih. Abi punyalah excited belajar cara-cara nak guna Zoom dan Google Meet tapi lain pula jadinya. Di mana rasa hormat pelajar kepada gurunya?

“Saya hanya meluahkan apa yang saya rasa sebab tak sanggup lihat abi diperlakukan sebegitu, tak sangka pula tiba-tiba viral," katanya.

Namun Nuha berkata dia terkejut dengan respons netizen dan pelajar bapanya sejurus kisah tersebut tular di media sosial.



Kredit foto: Twitter

“Semalam Abi drive sambil nangis sebab terharu sangat-sangat. Satu Malaysia mendoakan dia. Dia ada cakap tadi dia dah tak semangat nak mengajar dan sampai satu tahap nak pencen dah.

“Tapi bila abi baca komen-komen netizen dia kembali kuat dan bersemangat. Lebih mengejutkan murid-murid yang tak pernah tunjuk muka tu pun tiba-tiba WhatsApp abi minta maaf.

“Mereka janji nak join class nanti, tu yang abi nangis. Mungkin pelajar tu terkesan bila baca kisah sedih yang saya tulis tu," katanya.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 27-11-2020 05:09 PM
kesiannya pokcik ni... walopon rasanya benang ni dah ada, tapi harap pokcik ni tabah ngajar..
Quote mamajawie 27-11-2020 05:19 PM
mohon Cari buat VSS je la kat reputs..berita da ada tapi dibuat lagi sampai 3-4 kali benang..skang time covid masa terbaik untuk p buang pekerja lagi2 reputs makan gaji buta ni
Quote Skuau 27-11-2020 05:23 PM
xpe..smlm x habaq sekolah kat mana...arini dh tau bdk mana yg x nak blajo ni...
Quote CardiGans85 27-11-2020 06:02 PM
Ni cikgu kat smk pengkalan Permatang
Quote CardiGans85 27-11-2020 06:03 PM
[quote]CardiGans85: Ni cikgu kat smk pengkalan Permatang. Cikgu sukan abg aku hihi
Quote epal21 27-11-2020 10:38 PM
Berita sebelum ni takde mention subjek kan? Ni katanya subjek seni reka so iols rasa mungkin pelajar rasa subjek tu tak penting. Mungkinlah macam subjek pendidikan jasmani,rasa tak penting. Iols student spm zaman kertu jadi subjek ni tak wujud so iols tak tahu sangat. Tapi kesianlah dekat cikgu ni,gigih dia call students suruh masuk kelas tapi students buat dek je.
Quote slyfynx 27-11-2020 10:55 PM
Eh, thread dah ade daaaa
Quote Carcosa 27-11-2020 11:08 PM
Bergenang pulop meols baca  {:childlike
Sian pokcit... Tapi meols taktau subjek tu subjek apoo.
Meols kertu
Quote R2D2 27-11-2020 11:13 PM
Ramai pelajar minta maaf - Cikgu Mustakim
    myMetroutama
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: "Selepas tular baru-baru ini, ramai pelajar menghubungi saya memohon maaf dan berjanji hadir ke kelas saya pada masa akan datang," kata guru Mata Pelajaran Vokasinal (MPV) Seni Reka Tanda, Mustakim Bajoori.

Mustakim, 56, berkata, dia akui pembelajaran secara dalam talian sukar dilaksanakan kerana rangkaian Internet di kawasan kampung tidak begitu baik.

"Banyak kekangan dihadapi pelajar seperti tidak mampu membeli data dan terpaksa berkongsi telefon pintar bersama adik-beradik," katanya yang tinggal di Tanjung Karang, Selangor.

Menurutnya, bagi membantu, dia menghantar modul pembelajaran kepada pelajar dengan cara meninggalkannya di pondok sekolah untuk dikutip.

"Saya ada juga rasa kecewa kerana terdapat ibu bapa kurang prihatin dengan pembelajaran anak-anak terutama ketika terpaksa menggunakan cara dalam talian," katanya.

Sebelum ini kekecewaan Mustakim tular selepas anaknya, Nur Nuha Narisya berkongsi tangkap layar kelas dalam talian bapanya yang tidak disertai pelajar.

Nur Nuha berkata, bapanya sangat teruja untuk mengadakan kelas dalam talian dan belajar cara mengadakan kelas menerusi aplikasi Zoom dan Google Meet.

Mustakim menunggu selama 30 minit selain menghubungi semua pelajarnya supaya menyertai kelas dalam talian namun mereka memberi pelbagai alasan sedangkan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

Bagi mengubat kekecewaan dan menghiburkan bapanya, Nur Nuha mendaftar masuk ke kelas dalam talian itu.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang berkata, dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah, ada beberapa elemen yang harus diambil perhatian.

"Antaranya ialah sikap dan komitmen guru dan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran, kerjasama ibu bapa, pemilikan peranti dan akses Internet.

"Guru tidak hanya menggunakan kaedah secara dalam talian saja, kerana ada pelajar tidak mempunyai kemudahan peranti dan Internet.

"Jika ada yang tidak berkemampuan, guru juga boleh menggunakan model pembelajaran bercetak atau e-modul yang dimuat turun lebih awal," katanya.

Aminuddin berkata, beliau tidak menafikan ada sesetengah pelajar tidak mahu menyertai kelas atas talian.

Katanya, ibu bapa diminta sentiasa berhubung dengan guru bagi mendapatkan khidmat nasihat sekiranya ada permasalahan berkaitan dengan kelas atas talian.

"Sebelum penutupan sekolah dijalankan, banyak sekolah mengadakan taklimat untuk memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai kelas dalam talian sewaktu pandemik Covid-19.

"Justeru, kita menyeru kepada pihak kerajaan bagi mempelbagaikan inisiatif pemilikan peranti dan capaian Internet kepada golongan B40 agar masalah pembelajaran atas talian dapat dikurangkan," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 November 2020 @ 10:42 PM
Quote ChildrenOfBodom 28-11-2020 01:12 PM
cikgu mengajaq ja takdak budak pon, sebab tu mmg kerja cikgu... cukup bulan masuk gaji  takyah pening kepala..... budak2 nk jadi bangang ka nk jd setan tu lantak depa laa...
Quote husna_amal 30-11-2020 10:07 AM
Alasan tu ok lagi. Tapi anak murid tak nak jawap call tu nampak agak biadap sikit.
Quote Jorja 25-12-2020 03:26 PM
Saman la apa lagi.. boleh tak saman budak bawah umur tak masuk kelas ni {:smile
Quote monreyes 25-12-2020 04:32 PM
boleh tak thn depan ikhtiar cara supaya mereka.blh pergi skolah on alternate days.. mmg buang boreh je on9 class ni
Quote rosmahisham 25-12-2020 05:56 PM
Hmmm ... masa bln october dulu daerah klang kemain mak bpk desak2 kpm suruh tutup sekolah tak menyempat hari rabu dh tutup sekolah x sempat nunggu cuti sabtu ahad..isnin kl & selangor tutup sekolah..sudahnye bdk2 tak sempat hbs periksa hjg tahun..kitorg nadah je telinga hari2 kena komplen dgn mkbpk suh tutup sekolah cpt2..kpm ppd semua kelam kabut time tu.pdhal bwk ank g mall, mkn restoran rramai2,jjcm kat luar boleh pulak..sudahnye dh cuti hjg tahun..ank2 belajar berapa bulan je kesian.tp tu la kn kita pon x leh nk ckp apa..bdk2 klu kena  jangkitan covid lg la susah.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048564 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top