CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bimbang Hilang Fokus, Jun Hoong Sertai Kejohanan Terjun Online

28-11-2020 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2645| Komen: 5

Description: Bekas juara dunia, Cheong Jun Hoong akan membuat kemunculan pertamanya sejak Mei tahun lepas, dengan menyertai edisi sulung Kejohanan Terjun Antarabangsa Dalam Talian Malaysia pada 5 hingga 6 Dis ini.
Bekas juara dunia, Cheong Jun Hoong akan membuat kemunculan pertamanya sejak Mei tahun lepas, dengan menyertai edisi sulung Kejohanan Terjun Antarabangsa Dalam Talian Malaysia pada 5 hingga 6 Dis ini.



Kredit foto: IG Cheong Jun Hoong

Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Mae Chen berkata, penerjun berusia 30 tahun itu diberikan lampu hijau oleh jurulatihnya Yang Zhuliang untuk menyertai kejohanan lima negara berkenaan setelah menjalani latihan intensif beberapa bulan lepas.

Chen berkata, selain Jun Hoong, dua penerjun Olimpik Tokyo 2020 Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee juga akan menyertai kejohanan selama dua hari berlangsung secara maya itu yang turut disertai 47 penerjun dari Australia, New Zealand, Singapura, Jepun dan Malaysia.

“Idea dan konsep penganjuran kejohanan ini adalah inisiatif daripada ketua jurulatih kebangsaan Christian Brooker dan pembantunya Li Rui berikutan penerjun negara memerlukan beberapa kejohanan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Terjun Dunia di Tokyo awal tahun depan yang juga kejohanan kelayakan terakhir ke Sukan Olimpik,” katanya pada sidang media prakejohanan di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini.


Sehubungan itu, Chen berkata, MAS sedang berunding dengan beberapa pihak seperti Perbadanan Stadium Malaysia dan penyedia perkhidmatan Internet agar dapat mengurangkan kos penganjuran kejohanan yang berjumlah RM24,000 kerana melibatkan penggunaan beberapa peralatan elektronik.

Sementara itu, Brooker berkata, beberapa acara Olimpik akan dipertandingkan pada kejohanan dalam talian berkenaan termasuk acara terjun papan anjal dan seirama bagi kategori lelaki dan wanita.

Jurulatih dari Australia itu berkata, kejohanan dalam talian itu akan diadili pengadil yang diiktiraf Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

“Tanpa kejohanan, saya bimbang atlet akan hilang fokus dan motivasi memandangkan kami sedang melakukan persiapan untuk Sukan Olimpik tahun depan.

“Jadi, langkah terbaik untuk pastikan mereka kekal fokus adalah dengan menganjurkan kejohanan melalui platform dalam talian untuk mengukur prestasi penerjun negara dengan penerjun negara lain,” katanya.


Kredit foto: The Star

Skuad terjun negara tidak menyertai sebarang kejohanan sejak awal tahun ini susulan penularan COVID-19.

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 28-11-2020 02:19 PM
Bayangkan kalau acara lumba lari online.. haha
Mcm pelik. Tp x mustahil
Quote Tinot7 28-11-2020 03:29 PM
Dalam talian=panggilan telepon
Atas talian=online..

Betui ka?

Bekas juara dunia, Cheong Jun Hoong akan membuat kemunculan pertamanya sejak Mei tahun lepas, dengan menyertai edisi sulung Kejohanan Terjun Antarabangsa Dalam Talian Malaysia pada 5 hingga 6 Dis ini.
Quote Annehamid 28-11-2020 04:19 PM
RatuDunia94 replied at 28-11-2020 02:19 PM
Bayangkan kalau acara lumba lari online.. haha
Mcm pelik. Tp x mustahil

Bolehbkot. Sekarang marathon semua buat online. Set gps sendiri sendiri
Quote husna_amal 30-11-2020 11:28 AM
kena pakai kamera yang canggih dan internet yang laju dan stabil.
Quote Artemesiaa 30-11-2020 12:27 PM
Ahli sukan ni bila tak ada kejohanan tu yang mereka bimbangkan sebab tak tahu tahap prestasi sebenar berbanding lawan.  Takut perasan bagus tapi realitinya tak sendiri juga yang kecewa nanti.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.140392 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top