CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Tertanya-Tanya, Kenapa Wany Hasrita Pakai Gelang Pink?

26-11-2020 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6864| Komen: 24

Description: Tindakan penyanyi popular, Wany Hasrita memakai gelang 'pink' atau merah jambu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.
Tindakan penyanyi popular, Wany Hasrita memakai gelang 'pink' atau merah jambu menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Pembantu peribadi Wany yang dikenali sebagai Nur Anisah berkata, penyanyi lagu Canggung itu tersenarai sebagai kontak rapat penyanyi, Alif Satar yang disahkan terkena jangkitan Covid-19 pada Ahad lalu.



"Disebabkan ramai bertanya kenapa kena pakai gelang 'pink', saya ingin menjelaskan oleh sebab nama Wany berada dalam senarai kontak rapat Abang Alif Satar, makanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi dan mengarahkan kami datang klinik kesihatan ambil surat kuarantin dan pakai gelang 'pink' walaupun keputusan ujian saringan Covid-19 kami adalah negatif.

"Ini adalah kerana proses kuarantin masih dijalankan selama 14 hari dan wajib pakai gelang 'pink' serta duduk di rumah. 3 Disember ini kami akan menjalani ujian saringan kedua.

"Jika negatif gelang akan dipotong. Doakan kami dan juga kepada semua terbabit dalam separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) agar urusan dipermudahkan," katanya.

Foto: IG

Sementara itu, Wany menerusi hantaran di Instagram memaklumkan dia kini menjalani kuarantin di rumah.

"Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghubungi saya untuk ke klinik kesihatan ambil surat kuarantin dan pakai gelang 'pink'.

"Selepas saya buat ujian saringan dan keputusannya negatif dua hari lalu, sekali lagi saya buat ujian saringan pada 3 Disember depan. Sekarang ini saya sedang menjalani kuarantin di rumah," katanya.




Terdahulu, Wany turut terbabit dalam episod pertama SFMM 35 pada Jumaat lalu bersama Alif Satar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 26-11-2020 04:21 PM
Ramai buat test dekat private tak pakai gelang pink pun siap lagi berjalan jalan lepas tu tak ada kuarantin

siap inform dalam IG punyalah bangga padahal bodoh
Quote Kancilkering 26-11-2020 04:21 PM
gitu lah nasib cc kkm......14 hari quarantine tu merugikan. nak nak org yg memang kene kerja untuk sara kehidupan.....so take care diri sendiri.... insya Allah hari ke 12 swab  result ok...
Quote salmon-suki 26-11-2020 04:26 PM
Tetap kenot terima dia ni...ai dunno wai..
Quote Acikgomen 26-11-2020 04:27 PM
Normabaru replied at 26-11-2020 04:21 PM
Ramai buat test dekat private tak pakai gelang pink pun siap lagi berjalan jalan lepas tu tak ada ku ...

Kan ke katanye si wani barista ni stadi medical science yg mmg ada sangkut paut dgn dunia perubatan
Opkos la heshe kena lebih peka dan paham kenapa kena kuarantin berbanding kengkawan retis bimbo lelain
Gittewwww acik bekap sesapa yg ada kena mengena dgn alep satar
Quote dua_chzy 26-11-2020 04:28 PM
Acikgomen replied at 26-11-2020 04:27 PM
Kan ke katanye si wani barista ni stadi medical science yg mmg ada sangkut paut dgn dunia perubata ...

Doktor/ummah perubatan pun ramai bimbo acik.
Quote cempakaa 26-11-2020 04:28 PM
Semoga semua baik2 saja yach...
Quote Acikgomen 26-11-2020 04:33 PM
dua_chzy replied at 26-11-2020 04:28 PM
Doktor/ummah perubatan pun ramai bimbo acik.

Contohnye misi yg balik kelantan dgn bff few days before kita kena pkpb balik tu kannnn
Sampai anak sedara dia yg baby, nenek dia yg dah 80an tuh kena kobid khennnnz
Itu layennnnnn sbb misi tuh sskjp
Gittewwww alasan acik yg pandang hina dgn kaum sskjp
Quote love_warrior 26-11-2020 04:34 PM
Wani ni buat swab test dkt msu hospital kan, tp dia tersenarai antara contact rapat Alif so kena pakai gelang pink, mcm sherry pon kena pakai gelang
Quote Normabaru 26-11-2020 04:34 PM
Acikgomen replied at 26-11-2020 04:27 PM
Kan ke katanye si wani barista ni stadi medical science yg mmg ada sangkut paut dgn dunia perubata ...

Acik bayes Acik bayes Acik bayes
Quote Acikgomen 26-11-2020 04:39 PM
Normabaru replied at 26-11-2020 04:34 PM
Acik bayes Acik bayes Acik bayes

Diam lah kauuuu
Quote mamajawie 26-11-2020 04:41 PM
gambar last tu siyes macam acik2 gomen kat kaunter la..acaner bleh lepas jadi retis ni?
Quote Nham22 26-11-2020 04:43 PM
Share microphone kot.. Huhuhu.. Kotlahh..
Quote Boomibulat 26-11-2020 05:34 PM
Abang doakan dik Wani cpt smbuh..
Quote ladyzens 26-11-2020 05:43 PM
Acikgomen replied at 26-11-2020 04:33 PM
Contohnye misi yg balik kelantan dgn bff few days before kita kena pkpb balik tu kannnn
Sampai an ...

HAHAHA
terhibur betul dgn ayat bekap sesiapa saje ada kaitan dgn Alif Satar
Sis stuju..sbb alif tu serba boleh orangnyaaa
Baik rupa dan gayanya jugaaa
Quote RatuDunia94 26-11-2020 05:46 PM
Plot twist Wany ada skandal dgn Alif.. so termasuk contact super rapat..












Keladaknya hati iols..
Quote husna_amal 27-11-2020 09:58 AM
Baguslah wani, selamat berkuarantin. Jihan pun kontak rapat alif juga kan. Nampak macam takde masalah pun.
Quote anony-mous 27-11-2020 10:24 AM
ladyzens replied at 26-11-2020 05:43 PM
HAHAHA
terhibur betul dgn ayat bekap sesiapa saje ada kaitan dgn Alif Satar
Sis stuju..sbb alif  ...

Tang alif jd super spreader kemain masing2 bekap “bkn dia yg mntak nk sakit” , time tabligh aritu xckup tanah kena hencap
Quote anony-mous 27-11-2020 10:25 AM
RatuDunia94 replied at 26-11-2020 05:46 PM
Plot twist Wany ada skandal dgn Alif.. so termasuk contact super rapat..



Haha sama i fikir sbb tajuk yg menimbulkan curiga. Dah kenapa mcm misteri sgt wani bergelang pink
Quote shaiy 27-11-2020 12:13 PM
RatuDunia94 replied at 26-11-2020 05:46 PM
Plot twist Wany ada skandal dgn Alif.. so termasuk contact super rapat..

hahahhaa mengucap bini heols baca ni.. dh la pemuja laki tu..

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.057343 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top