CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bisnes Kopi Shuib Sepahtu Gulung Tikar

27-11-2020 12:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6240| Komen: 20

Description: Pelakon dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mendedahkan dia terpaksa menutup perniagaan kopi yang diusahakannya ekoran tidak dapat bertahan lama di pasaran.

Shuib terpaksa memanggil lori untuk membuang kopi tersebut ke tempat pelupusan sampah apabila tarikh luput hampir tiba



Pelakon dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mendedahkan dia terpaksa menutup perniagaan kopi yang diusahakannya ekoran tidak dapat bertahan lama di pasaran.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 36, dia terpaksa menerima kenyataan dan reda dengan keputusannya tersebut memandangkan produknya hanya terjual kurang daripada 3,000 unit selain tidak mendapat permintaan.

“Setelah macam-macam yang saya buat. Semuanya buat sendiri, buat tanpa pengetahuan (ilmu), buat pakai hentam sahaja, Kopi Shuib yang mulanya ada stokis, ejen semuanya hilang dan senyap macam begitu sahaja.

“Walaupun pada dasarnya Kopi Shuib ini sangat berkualiti, tetapi saya kena terima kenyataan tanpa pasukan yang bagus, pemasaran yang bagus, platform yang bagus, sesuatu produk mungkin tak akan boleh bertahan lama dalam pasaran.

“Kopi yang saya pesan pada peringkat awal 10,000 kotak hanya terjual 2,000 hingga 3,000 kotak sahaja. Itu pun ada yang pulangkan balik,” tulisnya dalam Instagram.

Tambah suami kepada penyanyi Siti Sarah, dia dan isteri tidak mampu berbuat apa-apa sehingga terpaksa memanggil lori datang untuk membuang kopi tersebut ke tempat pelupusan sampah apabila tarikh luput hampir tiba.

Dedahnya lagi, dia mula mengusahakan perniagaan kopi tersebut beberapa tahun lalu sebelum membuka kedai rangkaian minuman jenama Bubble Bee Malaysia. 


Sumber – K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wnwa05 27-11-2020 02:02 AM
eh bukan jutawan ke dia. apa ada hal
Quote dudaberhias 27-11-2020 02:20 AM
kopi dia mahal dan target lelaki sahaja untuk kuatkan tenaga lelaki... memang la tak laku...

papparich stevia pun baru rm14 nok
Quote Perawankota 27-11-2020 04:27 AM
Byk tul business dia
Quote ReginaGeorge 27-11-2020 06:05 AM
Sapa suh berniaga tanpa ilmu. Sib baik agent stokis sedar diri yg produk ko ni sendu dan tak capai standard acik acik porem. Memang patut diorang sneyap and blah. Bukan besar pon komisen. 1 kotak sehinggit dua je apooo
Quote laksmanabentan 27-11-2020 09:25 AM
zaman bila pulak business kopi??
takde investor mcm bublebee tu.... hahhaha...
Quote mieymiey 27-11-2020 09:35 AM
Ko baru keluar gua ker CARI-HBZ?? Ker reputs baru?
Quote damsel_fiji 27-11-2020 10:37 AM
at least..dia mengaku la kan bisness dia rugi..
xdela cover2 line terpaksa tutup bisness tu walaupun memberangsangkan kerna sebok dgn tuntutan kerjaya sebagai artis..pelawak..bla bla bla


Quote husna_amal 27-11-2020 10:39 AM
Biasalah tu ada bisnes menjadi dan ada yang tak.
Quote Normabaru 27-11-2020 11:08 AM
Semoga BB jugak melingkop bersama suhamira Amin
Quote Normabaru 27-11-2020 11:10 AM
dudaberhias replied at 27-11-2020 02:20 AM
kopi dia mahal dan target lelaki sahaja untuk kuatkan tenaga lelaki... memang la tak laku...

papp ...


Kak dude dh mandi lom pagi ni?
IMG_20201127_110835.JPG
Klu blom meh mandi pki towel ni
Confirm hilang segala daki di bdn
Quote Tinot7 27-11-2020 02:25 PM
bukak gerai je la..
Quote Redmyvi 27-11-2020 03:33 PM
Bumblebee tu pn xlama paa.. byk sgt kedai minuman hipster skrg..
Quote salimrock 27-11-2020 03:44 PM
dudaberhias replied at 27-11-2020 02:20 AM
kopi dia mahal dan target lelaki sahaja untuk kuatkan tenaga lelaki... memang la tak laku...

papp ...

ceh, overclaim la tu
Quote salimrock 27-11-2020 03:45 PM
Normabaru replied at 27-11-2020 11:10 AM
Kak dude dh mandi lom pagi ni?

Klu blom meh mandi pki towel ni

wow, tuale ajaib kan ini?
Quote Normabaru 27-11-2020 03:52 PM
salimrock replied at 27-11-2020 03:45 PM
wow, tuale ajaib kan ini?

Gosok2 keluar buluh chuolsss
Quote gigahertz 27-11-2020 08:46 PM
damsel_fiji: at least..dia mengaku la kan bisness dia rugi..xdela cover2 line terpaksa tutup bisness tu walaupun memberangsangkan kerna sebok dgn tuntutan kerjaya  ...

Yang sorang lagi artis perempuan kayu keras jual bisnes cafe dia kat mudah
Quote Cumikucingku 27-11-2020 09:12 PM
cash...

hah... riak la lagi..
Quote Joysparta 28-11-2020 01:00 AM
Caner nak laku...ko x pakai teknik goncangan badan cam kak km..
Quote Imkhai 28-11-2020 01:46 PM
Kedekutnya ko shuib awat x sedekah je kt org kopi ko tu yg x laku dpt jgk pahala ko,ni tak ko buang gitu je kopi ko tu done kecam ko laki bini haha

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.065977 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top