CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Jalan Penyelesaian Lagi Melainkan PRU - Azalina

24-11-2020 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6335| Komen: 49

Description: Tidak ada jalan penyelesaian lagi untuk menyelesaikan ketidaktentuan politik Malaysia ketika ini, melainkan diadakan pilihan raya umum (PRU) semula.
Tidak ada jalan penyelesaian lagi untuk menyelesaikan ketidaktentuan politik Malaysia ketika ini, melainkan diadakan pilihan raya umum (PRU) semula.

Demikian jelas Ahli Parlimen Pangerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menerusi blog beliau, semalam.

“Dalam hal ini, saya senada dengan seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar semua parti politik mengetepikan perbezaan demi rakyat dan bersatu untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat kerana ia adalah mandat yang keramat,” katanya.


Kredit foto: FB

Azalina berkata, sepanjang tempoh penularan Covid-19 ini, sebanyak 13 negara mengadakan pilihan raya termasuk Singapura.


Malah, katanya, jumlah jangkitan Covid-19 antara tiga atau empat digit di republik itu sebelum pilihan raya 10 Julai lalu, turun kepada satu atau dua digit sejak akhir Ogos.

Beliau juga mencadangkan, tiga undang-undang baharu digubal bagi memastikan Malaysia tidak terjerumus dalam ketidakstabilan dan pergolakan politik.

“Tiga undang-undang itu ialah untuk mengawal lompat parti, tataurus parti-parti politik dalam gabungan kerajaan serta sebuah akta menentukan tempoh penggal kerajaan seperti yang digubal di United Kingdom (UK) pada 2011.

“Mungkin hanya apabila keseimbangan politik dikembalikan dan kawal selia yang dicadangkan itu ada, barulah ahli politik boleh mengalihkan tumpuan mereka kepada apa yang diharapkan daripada mereka, iaitu mentadbir dengan bertanggungjawab.

“Sehingga itu, Malaysia akan terus mengharungi masa terdesak dengan langkah yang putus asa,” katanya.

Jelas beliau, undang-undang sama seperti Akta Tempoh Penggal Parlimen di UK akan menetapkan bahawa usul percaya akan membawa kepada pilihan raya.

Azalina turut mencadangkan tiga undang-undang baharu itu digubal sekarang, ketika Parlimen masih bersidang.

Sementara itu, media melaporkan, pandangan Azalina itu muncul ketika Dewan Rakyat dijadual mengundi Belanjawan 2021 Khamis ini, yang akan menguji keyakinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Undian itu dibuat ketika majoriti Muhyiddin di Dewan Rakyat semakin tipis, dengan 112 kerusi berbanding 108 kerusi di blok pembangkang.



Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 24-11-2020 12:31 PM
rambut pun dah menipis bro azalina
Quote Themilo 24-11-2020 12:34 PM
saviour_09 replied at 24-11-2020 04:31 AM
rambut pun dah menipis bro azalina

elok berhijab jaa..
Quote Kurex 24-11-2020 12:35 PM
Suami azwan ali ni
Quote saviour_09 24-11-2020 12:35 PM

kheennn
1,2 tahun lepas tu jual hijabssss brand sheols
Quote budakshinchan 24-11-2020 12:37 PM
UMNO dah rasa confident rakyat Malaysia kononnya dah sokong balik.. tu x nk jd parasit lg menumpang kerajaan sedia ada.. nk kuasa mutlak.. semoga kalah lagik..
Quote dizekni 24-11-2020 12:39 PM
Hakikatnya begitulah

memang tak stabil sekarang ni

cuma pandemik covid menghadkan opsyen pilihanraya umum
Quote sarah82 24-11-2020 12:43 PM
saviour_09 replied at 24-11-2020 12:35 PM
kheennn
1,2 tahun lepas tu jual hijabssss brand sheols

Dia ada brand hijab?  Seriusss
Quote sharlenetexas 24-11-2020 12:48 PM
Themilo replied at 24-11-2020 12:34 PM
elok berhijab jaa..

Boleh tanam rambut
Quote saviour_09 24-11-2020 12:50 PM
sarah82 replied at 24-11-2020 12:43 PM
Dia ada brand hijab?  Seriusss

haaiippp sis

dia pun tak berhijab lg
Quote sarah82 24-11-2020 12:51 PM
saviour_09 replied at 24-11-2020 12:50 PM
haaiippp sis

dia pun tak berhijab lg

Hahahaha... Choii.. Aku dgn naifnya percaya dia jual tudung.
Quote Belibis 24-11-2020 12:56 PM
budakshinchan: UMNO dah rasa confident rakyat Malaysia kononnya dah sokong balik.. tu x nk jd parasit lg menumpang kerajaan sedia ada.. nk kuasa mutlak.. semoga kala ...

Masa suam2 kuku,sanggup menempel demi rakyat katanya.bila dah makin kuat,demi poket anak beranak pulak.
Quote Buritan 24-11-2020 12:59 PM
saviour_09 replied at 24-11-2020 12:31 PM
rambut pun dah menipis bro azalina

Yeeiiii leh naik kes kobikkkk..
Quote Buritan 24-11-2020 01:00 PM
Kurex replied at 24-11-2020 12:35 PM
Suami azwan ali ni

Untung azwan.. the best woman win.. sajat tak try ke
Quote little_sis 24-11-2020 01:00 PM
X sesuai utk sebarang pilihanraya skrg ni.. ahli politik sila la berkorban dan harmoni demi rakyat.. bukan selalu ada pandemik ni..
Quote Nnasda53 24-11-2020 01:07 PM
dengan penuh yakin puak umno ni nak memerintah.
punya kegilaan kuasa ahli2 poltik ni.

Quote axl_bach 24-11-2020 01:16 PM
If dipaksa pilih UMNO vs Bersatu or UMNO vs PAS for now mmg aku pilih UMNO, definitely
Quote otai_g 24-11-2020 01:17 PM
Dg da kata elakkan pru.

Nak dgr ckp dr yg diiktiraf dunia ke nak dgr ckp politician yg mengabehkan duik rakyat?
Quote depresio 24-11-2020 01:18 PM
Edited by depresio at 24-11-2020 01:19 PM

Semoga umno kalah lagi selagi geng tua2 ni yg pegang jawatan dalam tu
Quote Rogue98 24-11-2020 01:27 PM
Memang sejak BN di fitnah dan tumpas dlm PRU14 dulu pun ekonomi dah jatuh and tak bangkit2 pun...harap PRU15 nanti BN kembali memerintah. Parti lain mcm clueless jer x tau nak buat apa...asik2 suruh rakyat ikat perut...dan ckp jgn harap bantuan kerajaan...kalau camtu buat apa susah2 rakyat keluar mengundi..baik duk rumah jer.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.091786 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top