CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Arak: "Kita Patut Malu Singapura Buat Dulu" - Firdaus Wong

24-11-2020 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7793| Komen: 55

Description: Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baharu pelesenan minuman keras diyakini dapat membantu mengurangkan kes kemalangan, kematian dan jenayah berkaitan dengan arak ...
Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baharu pelesenan minuman keras diyakini dapat membantu mengurangkan kes kemalangan, kematian dan jenayah berkaitan dengan arak.


Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) Firdaus Wong berkata, beliau yakin DBKL telah melakukan kajian sebelum menguatkuasakan undang-undang baharu itu yang sepatutnya disokong semua pihak yang mementingkan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, tindakan melarang kedai runcit dan kedai serbaneka menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan bukan untuk mengehadkan hak masyarakat bukan Islam, tetapi bagi melindungi semua rakyat Malaysia.


Gambar hiasan


“Satu kajian dilakukan di bandar Diadema, Brazil yang mempunyai kadar pembunuhan yang sangat tinggi di mana 65 peratus kes pembunuhan ada kaitan dengan pengambilan alkohol dan waktu kejadian di antara 11 malam hingga 6 pagi.

“Pada Julai 2002, undang-undang baharu mewajibkan bar ditutup pada jam 11 malam dan hasilnya kes pembunuhan menurun sebanyak 44 peratus dan kes penderaan wanita menurun 17 peratus.

“Saya percaya undang-undang baharu DBKL itu akan membantu menurunkan kes kemalangan, kematian dan jenayah yang berkaitan dengan arak,” katanya dalam satu kenyataan.

Begitupun, beliau terkejut kerana masih ramai yang cuba mewujudkan sentimen Islam 'versus' bukan Islam.

"Kita sepatutnya malu apabila Singapura terlebih awal menguatkuasakan undang-undang yang hampir sama pada 1 April 2015 berbanding Malaysia, sebuah negara majoriti Muslim yang hanya akan menguatkuasakannya pada 1 Oktober tahun depan.

“Di Singapura, mereka tidak boleh minum arak dari jam 10.30 malam hingga 7 pagi, manakala di kawasan Geylang dan Little India lebih ketat kerana dilarang meminum arak dari jam 7 pagi Sabtu hingga 7 pagi Isnin," katanya dalam satu kenyataan.

Firdaus turut memberi contoh di Ireland yang mengehadkan penjualan arak dari jam 10.30 pagi hingga 10 malam pada hari biasa dan 12.30 tengah hari hingga 10 malam pada hari Ahad.

Bahkan, katanya, negara itu turut mengharamkan pengiklanan arak di pengangkutan awam dan pawagam bermula 12 November 2019.

“Ireland juga mengehadkan pengiklanan arak di kedai runcit, acara majoriti peserta kanak-kanak serta acara perlumbaan motor dan kereta diharamkan.

"Perancis juga mengharamkan pengiklanan arak secara terbuka pada tahun 1991," katanya.


Sumber: AWANI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dizekni 24-11-2020 12:51 PM
Singapura yang ramai cina dengan india pun dah buat rupanya

apa komen cina dan india pembekap arak kat sini
Quote TomyamPuteh 24-11-2020 12:52 PM
Bakalan jd 10 page kah ini thread?
Quote Belibis 24-11-2020 12:54 PM
dizekni: Singapura yang ramai cina dengan india pun dah buat rupanyaapa komen cina dan india pembekap arak kat sini

Bila cina marah cina takpe.takde rasis.mcm kat tanah besar nunnn..apa yg kerajaan dia buat mana ada bantah.
Quote axl_bach 24-11-2020 12:57 PM
TomyamPuteh replied at 24-11-2020 12:52 PM
Bakalan jd 10 page kah ini thread?

Kalau kena rencah dan rempah, could be
Quote sarah82 24-11-2020 12:57 PM
Perghhhhh.. Hebat Singapore...
Quote Buritan 24-11-2020 12:57 PM
dizekni replied at 24-11-2020 12:51 PM
Singapura yang ramai cina dengan india pun dah buat rupanya

apa komen cina dan india pembekap ara ...

Saya dan rakan rakan beerbilang kaum tak serujuk.. saya dan berbilang kaum nsk mabuk todi setiap saat.. itu hak kami sbg seorg mamusia yg berbilang kaum
Quote dizekni 24-11-2020 01:01 PM
Belibis replied at 24-11-2020 12:54 PM
Bila cina marah cina takpe.takde rasis.mcm kat tanah besar nunnn..apa yg kerajaan dia buat mana ad ...

Itu la nya

asal jangan Melayu je yang tegur

marangkepunden betul
Quote Nnasda53 24-11-2020 01:03 PM
negara bukan islam  terlebih dahulu buat.
sini tak habis2 perjuangkan hak pemabuk.
Quote ajinomotonosuga 24-11-2020 01:32 PM
Saya dan rakan rakan berbilang kaum senyum senyum goat membaca benang ini.
Quote lurve82 24-11-2020 01:35 PM
Macam xblh nak minum air lain...xyah layan puak2 ni...buat je klu dah itu yang terbaik...
Quote CiliPadiSedap 24-11-2020 01:35 PM
Belibis replied at 24-11-2020 12:54 PM
Bila cina marah cina takpe.takde rasis.mcm kat tanah besar nunnn..apa yg kerajaan dia buat mana ad ...

jgn bagi sepet besar kepala cm pyropura tu. dia nak duduk singapore tapi malu agaknya sbb ptptn xhabis bayar kena blacklist. jadi meroyan janji capati PH

yes kalau rakyat china lawan PRC china mereka akan di senyapkan diculik. tengok masa mula covid berapa banyak rakyat viral kt internet hilang. even hongkong taiwan xde masuk semula china sbb tahu kuku besi
Quote pxlbb 24-11-2020 01:38 PM
dizekni replied at 24-11-2020 12:51 PM
Singapura yang ramai cina dengan india pun dah buat rupanya

apa komen cina dan india pembekap ara ...

masalahnya yang lagi kuat menyalak bukan cina india, tapi muslim libtard di twidderland. jangan sesekali usik bab arak & peluk cium anjing, itu isu sensitif hak kesamarataan raykat.
Quote najib888 24-11-2020 01:42 PM
Sat gi ada pula yang gesa penjualan budu pun patut dihadkan masa...
Quote songhara1226 24-11-2020 01:44 PM
najib888 replied at 24-11-2020 01:42 PM
Sat gi ada pula yang gesa penjualan budu pun patut dihadkan masa...

Hihihi, semoga Malaysia mendahului Singapura dalam pengharaman budu untuk mengelakkan rakyatnya mabuk
Quote izwan_izi 24-11-2020 01:57 PM
Mana pemuja Singapore..? Ayam..??? Pyropura..?

Kalo Kerajaan Dinasti Lee Cina PAP Singapore yg buat...diam tak berkutik pulakkk..
Quote anony-mous 24-11-2020 01:59 PM
aik dkt benang lg 1 ada pencacai taik dapig puji2 singapore ckp nasib melayu terbela, kena contohi singapore, nampak x low iq punya cinapek?? kerajaan buat akta pengaharaman arak pasal nk protect all xnk bg lg kejadian mati eksiden tp depa duk pi main racist card. apala celaka sgt kena hodup 1 negara dgn cina
Quote zorrro_03 24-11-2020 02:03 PM
dizekni replied at 24-11-2020 12:51 PM
Singapura yang ramai cina dengan india pun dah buat rupanya

apa komen cina dan india pembekap ara ...

TANYA juga veteran tua nak mampos tu.
Quote gadget 24-11-2020 02:52 PM
congrats singapore..
Quote mbhcsf 24-11-2020 03:00 PM
dizekni replied at 24-11-2020 12:51 PM
Singapura yang ramai cina dengan india pun dah buat rupanya

apa komen cina dan india pembekap ara ...

kan....lepas tu tanya pulak rasuah dan arak mana mudharat lebih?

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.049858 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top