CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saraf Puteri Aishah Hampir Putus, Terpotong Jari Sehingga Terkena Tulang!

24-11-2020 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11469| Komen: 75

Description: Pelakon Puteri Aishah mengalami kecederaan parah di bahagian jari kelingking tangan kiri selepas terkena hirisan pisau.
Pelakon Puteri Aishah mengalami kecederaan parah di bahagian jari kelingking tangan kiri selepas terkena hirisan pisau.

Sehubungan itu pelakon filem Pulang tersebut dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta petang semalam (Isnin) kerana perlu menjalani pembedahan dengan segera.


Perkara tersebut disahkan pengurus Puteri Aishah, Iman Tang yang turut memberitahu perkembangan terkini pelakon berkenaan.

Kredit foto: IG

“Ketika kejadian, Puteri yang sedang memotong buah Avocado terpotong bahagian jari kelingkingnya sehingga terkena bahagian tulang.

“Kecederaan dialami Puteri Aishah agak serius kerana saraf pada bahagian jari itu terputus serta sangat membimbangkan.


“Mujur ketika kejadian, Puteri Aishah ditemani seorang teman. Jika tidak, tak tahu apa yang bakal terjadi kerana dia mengalami pendarahan yang agak banyak,” katanya.

Kredit foto: Gempak

Tambah Iman lagi sebaik tiba di hospital, doktor memberitahu pembedahan perlu dilakukan segera atau Puteri Aishah akan mengalami kecacatan kekal pada jari tersebut.

“Doktor kata kalau tidak dibedah, jari Puteri Aishah mungkin tidak akan berfungsi lagi seperti biasa.

“Selepas dua jam, pembedahan selesai dilakukan dan Puteri Aishah berada dalam keadaan stabil. Cuma sekarang dia masih belum sedar kerana kesan bius,” katanya ketika dihubungi Gempak malam tadi.

Dalam pada itu, Iman turut memohon peminat mendoakan Puteri Aishah agar segera sembuh.

“Saya belum ada kesempatan untuk melawat Puteri Aishah dan mungkin akan ke hospital esok. Doakan dia sembuh ya.

“Puteri Aishah baru selesai menjalani penggambaran dan disebabkan kemalangan yang berlaku, Puteri Aishah mungkin akan berehat buat seketika,” katanya. -CARI

Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 24-11-2020 11:42 AM
Si village idiot ni pun, pi lah ngadu kat Abang Long Naza yang mental itteww...
Quote belilies 24-11-2020 11:43 AM
Aduhai ngiluuu! Semoga cepat sembuh. Sheols ni berlakon cita apa ntah yg ada syatilla melvin tu siyes gila saiko berkesan sgt!
Quote husna_amal 24-11-2020 11:44 AM
Mujur lah tak terputus habis. GWS
Quote little_sis 24-11-2020 11:46 AM
Arghh ngeri tgk gambar.. avocado je pun..
Quote jlo 24-11-2020 11:48 AM
ya Allah ngeri
Quote yujin 24-11-2020 11:49 AM
Aduhai... Serem tgk...
Quote PJmasks 24-11-2020 11:53 AM
Tajamnye pisau.  Semoga cepat sembuh.
Quote bakingsoda 24-11-2020 11:54 AM
tak berani tgk gamabr, baca je dah rasa ngilu pedih. hati tu kena covid19, ni hampir putus jari pulak. gws!
Quote syamzana 24-11-2020 11:56 AM
adeiiii seram
kuat nau tekan pisau tu smpai tetobek gitu skali jari
Quote Normabaru 24-11-2020 11:58 AM
Dia ni makin ke arah rupe FS plak.. Versi xchubby.. Hehe
Quote Normabaru 24-11-2020 12:00 PM
Hr tu covid. Ni potong jari pula. Musim ke spital je ko dlm 2020 ni dik
Quote nazza2802 24-11-2020 12:07 PM
mcm mana gaya la potong tu smpi leh terkena jari mcm tu skali..tajam sgt pisau tu agak nye..
Quote cupu 24-11-2020 12:10 PM
Ngeri eh luka tu wlupun luka tangan je..
Quote mrsbob87 24-11-2020 12:12 PM
Nenasketum replied at 24-11-2020 11:42 AM
Si village idiot ni pun, pi lah ngadu kat Abang Long Naza yang mental itteww...

masih bersma lagi ke?
Quote EvieWanKenobi 24-11-2020 12:12 PM
guna pisau potong daging ka?
Quote Perawankota 24-11-2020 12:22 PM
Mesti pisau tajam ni
Quote imanjannah 24-11-2020 12:26 PM
semoga cepat sembuh dik
Quote prettyuglybabe 24-11-2020 12:29 PM
bukan orang potong avocado membulat pusingan biji dia ke?
cam mana dia potong sampai pisau tembus je jari tu..
Quote bondeh 24-11-2020 12:34 PM
Kau berangan ke dikkkkk... ke teringat bamlong notelo...aiyoooo

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.123854 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top