CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banduan Puas Dan Seronok Dapat Bunuh Huckle, Pedo Paling Teruk

24-11-2020 05:57 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 11039| Komen: 98|Original author: Oleh: LilRose

Description: Seorang banduan mengakui berasa puas dapat membunuh banduan lain yang juga seorang pedofil.
Seorang banduan mengakui berasa puas dapat membunuh banduan lain yang juga seorang pedofil.

Harian Metro memetik Mirror melaporkan, Hakim Mahkamah Hull Crown, Alistair MacDonald QC menjatuhkan hukuman terhadap Paul Fitzgerald, 30, selepas didapati bersalah membunuh pedofil warga Britain, Richard Huckle yang melakukan penderaan seksual terhadap beratus kanak-kanak.


Difahamkan, serangan terancang itu dilakukan untuk merendahkan Huckle yang disifatkan tertuduh sebagai penjenayah pedofil paling teruk kerana dia bukan saja memperkosa mangsanya, malah memasukkan objek ke dalam alat sulit mereka.


Kredit foto: The Sun


Ketika kejadian, Fitzgerald menjerut leher Huckle dengan kabel elektrik, memasukkan pen ke otaknya dan objek tumpul ke anggota badan lain.

Malah, tertuduh menyerang Huckle secara seksual, walaupun tidak tertarik dengannya kerana mahu lelaki itu merasai kesengsaraan pernah dihadapi mangsanya.

Mahkamah dimaklumkan bahawa Fitzgerald membawa sejumlah objek termasuk senjata buatan sendiri seperti sikat dengan skru ke sel Huckle di penjara Full Sutton East Yorks.

"Defendan memberitahu kakitangan penjara yang dia puas dan akan terus membunuh banduan lain kerana seronok melakukannya.

"Fitzgerald bagaimanapun menafikan keadaan kesihatannya yang mengalami gangguan personaliti, psikopati dan kecelaruan jantina mempengaruhi tindakannya," kata Alistair.

Menurut laporan, Huckle dipenjara kerana mencabul lebih 200 kanak-kanak di Malaysia dan Kemboja ketika menjadi guru bahasa Inggeris.


Kredit foto: The Sun

Lelaki itu ditahan ketika pulang ke Britain pada 2014. Selain memuat naik tindakan terkutuknya itu ke Internet, dia menjual video lucah kanak-kanak di 'dark web' untuk mendapatkan mata wang Bitcoins. Malah, dia turut mengajar cara untuk mencabul mangsa di laman sesawangnya.

Huckle mati ditikam dengan pisau buatan sendiri di penjara Full Sutton, East Yorks pada 13 Oktober tahun lalu. - CARI


Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 24-11-2020 06:10 PM
Cash lah..pegawai penjara pun mgkn ada lalu lalang sambil makan popcorn aje semasa setan pedo tu dibunuh
Quote mamajawie 24-11-2020 06:20 PM
Padan muka matilah ko sana pedopig!!puas hati mohon pedo2 lain awas ye..{:hero
Quote Carcosa 24-11-2020 06:33 PM
CASHHHHHH.
Meols baca tadi online, si Fitzgerald tu masukkan pen dekat hidung si lahanert ni, dan tusuk kedalam smp ke otak, chuolsssss.... Padan muka ko. Sedap tak rasanya
Quote melayuKuno 24-11-2020 06:33 PM
Anak siapa la org Malaysia yang dah kena liwat dgn paedo tu
Quote sukacactus 24-11-2020 06:50 PM
Kalau pedo yg ni aku pun sokong dibunuh sebab dia mmg xlayak hidup pun
Enjoy je aku baca siksaan yg dia dapat sblm mati
Quote sukacactus 24-11-2020 06:51 PM
melayuKuno replied at 24-11-2020 06:33 PM
Anak siapa la org Malaysia yang dah kena liwat dgn paedo tu

Dia ni yg konon cikgu english, ajar secara percuma pada ank org miskin, org asli
Quote dani-rox 24-11-2020 07:25 PM
harap ada gofundme ke patreon ke, di set up utk Paul Fitzgerald nih, akak nak derma duit tanda terima kasih.
Quote najib888 24-11-2020 07:37 PM
melayuKuno replied at 24-11-2020 06:33 PM
Anak siapa la org Malaysia yang dah kena liwat dgn paedo tu

Anak2 penganut Kristian rasanya..
Quote nefnefnef 24-11-2020 07:46 PM
Memang dia dah plan betul2 camna nak bunuh si pedo ni. Cashlah
Quote getarsukma 24-11-2020 07:51 PM
sukacactus replied at 24-11-2020 06:51 PM
Dia ni yg konon cikgu english, ajar secara percuma pada ank org miskin, org asli

Anak2 pekerja bawahan India from line house di taman tun.. sebelum belok to Kiara Park..
Quote allshares 24-11-2020 07:54 PM
Kalau lah kt msia ni banduan2 jenis ganas mcmni pada perogol, mmg mampus la Laki2 yg rogol budak2 bawah umur. Puas hati sgt mati kena bunuh sbb pada iols, jenayah paling Hina adalah jenayah rogol budak2 bawah umo.
Quote missyL 24-11-2020 07:58 PM
getarsukma replied at 24-11-2020 07:51 PM
Anak2 pekerja bawahan India from line house di taman tun.. sebelum belok to Kiara Park..

Kesian bdk2 tu..
Mesti trauma smpi now

Paling muda mangsa die  6 bulan..
Haih. Selayaknye lah di bunuh..  Geram
Quote missyL 24-11-2020 08:00 PM
sukacactus replied at 24-11-2020 06:51 PM
Dia ni yg konon cikgu english, ajar secara percuma pada ank org miskin, org asli

Yup die siap bragging kt dark Web tu sbb mcm senang gile nk dpt mangsa..
Sbb mostly parents mmg caya kt die..
Tgl anak2 dgn die...
Mmg die berlagak abes...

Ye la. Compare dgn geng kt us or uk ssh nk dpt mangsa.
Die diberi mangsa secara percume
Quote ikanmasin 24-11-2020 08:09 PM
baguslah..selalunya banduan2 yg ganas2 pun benci dan tak suka perogol bdk2 ni..eloklah mati cepat..
Quote Tinot7 24-11-2020 08:13 PM
Keluarga dia pun tanak ngaku dia sedara. Semua menghilangkan diri bila dpt tau psl dia
Quote amyza 24-11-2020 08:14 PM
Memang patut pun mati dengan sengsara. Padan muka.
Quote borrow 24-11-2020 08:19 PM
Selalunya tertuduh claim sakit , ni terbalik plak ." Ai waras hoccay"   
Quote sarah82 24-11-2020 08:28 PM
Huckle ni yg ada kaitan kes pedo di Malaysia kan?
Quote any42 24-11-2020 08:29 PM
pernah tgk rncngn undercover asia psl si pedo ni. sakit hati sgt msa tu. tau dia dh kna bnuh hrini trus rsa mmg lyak mmpus dbunuh dgn cara mcm tu.

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.157521 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top