CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Kugiran Atas Lori !

28-10-2013 02:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3840| Komen: 14

Description: Baling - Persembahan Kugiran Biasanya Di Atas Pentas Yang Penuh Dengan Hiasan, Tetapi Tidak Bagi Sebuah Kumpulan Kugiran Ini Yang Menjadikan Lori Sebagai Pentas Untuk Persembahan Mereka.


28 Oktober 2013               

BALING - Persembahan kugiran biasanya di atas pentas yang penuh dengan hiasan, tetapi tidak bagi sebuah kumpulan kugiran ini yang menjadikan lori sebagai pentas untuk persembahan mereka.
       
Keadaan itu ternyata menarik perhatian penduduk terutama golongan muda untuk menyaksikan keunikan persembahan kugiran itu.
       
Dikenali sebagai Kugiran Bestari, ia dianggotai 10 orang dan diketuai oleh Md Zim Md Rejab, 61, dari Pulai, Baling.
       
Md Zim berkata, pemilihan lori sebagai pentas bukanlah dirancang, tetapi disebabkan tiada pentas di kawasan persembahannya itu.
       
Menurutnya, dia tidak menyangka keadaan itu ternyata menarik perhatian ramai.
       
“Pentas lori belum pernah buat lagi, baru kali ini sahaja, tak sangka pula mendapat perhatian ramai,” katanya selepas selesai persembahan sempena majlis perkahwinan di Taman Sheikh, Tawar, kelmarin.
       
Katanya, kumpulan kugirannya itu membawa irama lagu dangdut, slow rock, pop 60an termasuk lagu klasik.
       
“Alhamdulillah, masih ada lagi permintaan kugiran terutama ketika majlis makan malam, majlis perkahwinan dan pelbagai jenis majlis lain,” katanya yang juga pemain gitar kedua.
       
Kumpulan yang ditubuhkan sejak 1992 itu antara kumpulan kugiran utama di daerah ini dan banyak mendapat undangan untuk melakukan persembahan.
       
Antara antara penyanyi yang  bersama kumpulan ini termasuklah ayah saudara kepada penyanyi terkenal Black Mentor iaitu Bakar Che Din. - SH


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote geng_tx 28-10-2013 12:24 PM
Al farabi pakai lori treler
Quote mute 28-10-2013 12:36 PM
besar gak modal nak beli lori ni
Quote mamiayu 28-10-2013 12:55 PM
ok apa senang nak kemas bila dah habis

lagi pun bukannya buruk pon, cuma kepala lori tu kena kaver sikit, perfect kan?
Quote boyagombak 28-10-2013 03:02 PM
tarukler backdrop kasik cantik sket
Quote JohnDeSouza 28-10-2013 03:06 PM
no problem guna lori
Quote batmana 28-10-2013 03:20 PM
Okela ats lori..

kemas sket..
Quote girly.. 28-10-2013 03:24 PM
boyagombak posted on 28-10-2013 03:02 PM
tarukler backdrop kasik cantik sket

      

semenggah sikit kan?? heheheh

***sekadar hiasan
Quote boyagombak 28-10-2013 05:56 PM
girly.. posted on 28-10-2013 03:24 PM
semenggah sikit kan?? heheheh

***sekadar hiasan

satlagi peminat kugilori Bentara tu cabut larik, mata naik pedih tengok backdrop

hat macamni, geng amengok suka








Last edited by boyagombak on 28-10-2013 05:59 PM

Quote hambaallah1709 28-10-2013 06:21 PM
sekali imbas aku baca tajuk tered:
najib kugiran atas lori...

hahaha..
Quote highcastle 28-10-2013 06:24 PM
Gua pun nak tubuh jugak lah kumpulan muzik atas lori.. Tapi gua nak tubuh KUGIPER (Kumpulan Gitar Perlahan)..
Quote AdsMsia 28-10-2013 06:33 PM
kalo kednuri takdak main muzik tak buleh ka

bingit telinga nak makan pun tak senang !!!

itu hari kat parit buntar dia orang panggil kumpulan gamelan main
sedap je makan.... layan............ hehehe
Quote hambaallah1709 28-10-2013 06:35 PM
tempat mane negeri mane je yg ade jemput kugiran/band bagai ni wktu majelis kawen?
Quote masa_lalu 28-10-2013 10:57 PM
highcastle posted on 28-10-2013 06:24 PM
Gua pun nak tubuh jugak lah kumpulan muzik atas lori.. Tapi gua nak tubuh KUGIPER (Kumpulan Gitar Pe ...

ko tubuhkan jer KUGILE
kumpulan gitar lembab
Quote jkkkj 28-10-2013 11:22 PM
Kalau panggil kumpulan boria atau ghazal party masa majlis kawen,ok tak?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.065920 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top