View: 2534|Reply: 14
|
[Tempatan]
{4}Nasib kugiran atas lori !
[Copy link]
|
|
28 Oktober 2013
BALING - Persembahan kugiran biasanya di atas pentas yang penuh dengan hiasan, tetapi tidak bagi sebuah kumpulan kugiran ini yang menjadikan lori sebagai pentas untuk persembahan mereka.
Keadaan itu ternyata menarik perhatian penduduk terutama golongan muda untuk menyaksikan keunikan persembahan kugiran itu.
Dikenali sebagai Kugiran Bestari, ia dianggotai 10 orang dan diketuai oleh Md Zim Md Rejab, 61, dari Pulai, Baling.
Md Zim berkata, pemilihan lori sebagai pentas bukanlah dirancang, tetapi disebabkan tiada pentas di kawasan persembahannya itu.
Menurutnya, dia tidak menyangka keadaan itu ternyata menarik perhatian ramai.
“Pentas lori belum pernah buat lagi, baru kali ini sahaja, tak sangka pula mendapat perhatian ramai,” katanya selepas selesai persembahan sempena majlis perkahwinan di Taman Sheikh, Tawar, kelmarin.
Katanya, kumpulan kugirannya itu membawa irama lagu dangdut, slow rock, pop 60an termasuk lagu klasik.
“Alhamdulillah, masih ada lagi permintaan kugiran terutama ketika majlis makan malam, majlis perkahwinan dan pelbagai jenis majlis lain,” katanya yang juga pemain gitar kedua.
Kumpulan yang ditubuhkan sejak 1992 itu antara kumpulan kugiran utama di daerah ini dan banyak mendapat undangan untuk melakukan persembahan.
Antara antara penyanyi yang bersama kumpulan ini termasuklah ayah saudara kepada penyanyi terkenal Black Mentor iaitu Bakar Che Din. - SH
p/s biaq senang larik klu kena serbu apa ker?
|
|
|
|
|
|
|
|
Al farabi pakai lori treler |
|
|
|
|
|
|
|
besar gak modal nak beli lori ni |
|
|
|
|
|
|
|
ok apa senang nak kemas bila dah habis
lagi pun bukannya buruk pon, cuma kepala lori tu kena kaver sikit, perfect kan? |
|
|
|
|
|
|
|
tarukler backdrop kasik cantik sket |
|
|
|
|
|
|
|
Okela ats lori..
kemas sket..
|
|
|
|
|
|
|
|
sekali imbas aku baca tajuk tered:
najib kugiran atas lori...
hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gua pun nak tubuh jugak lah kumpulan muzik atas lori.. Tapi gua nak tubuh KUGIPER (Kumpulan Gitar Perlahan).. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kednuri takdak main muzik tak buleh ka
bingit telinga nak makan pun tak senang !!!
itu hari kat parit buntar dia orang panggil kumpulan gamelan main
sedap je makan.... layan............ hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tempat mane negeri mane je yg ade jemput kugiran/band bagai ni wktu majelis kawen? |
|
|
|
|
|
|
|
highcastle posted on 28-10-2013 06:24 PM
Gua pun nak tubuh jugak lah kumpulan muzik atas lori.. Tapi gua nak tubuh KUGIPER (Kumpulan Gitar Pe ...
ko tubuhkan jer KUGILE
kumpulan gitar lembab
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau panggil kumpulan boria atau ghazal party masa majlis kawen,ok tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|