CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikus 'Berani' Dapat Pingat Emas Setaraf Anugerah George Cross Britain

28-9-2020 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2402| Komen: 11

Description: Keberanian tikus pengesan menyelamatkan banyak nyawa daripada mungkin terkena jerangkap samar mendapat penghargaan apabila dianugerahkan pingat emas keberanian tertinggi untuk haiwan.
Keberanian tikus pengesan menyelamatkan banyak nyawa daripada mungkin terkena jerangkap samar mendapat penghargaan apabila dianugerahkan pingat emas keberanian tertinggi untuk haiwan.


Kredit foto: Harian Metro/AFP/PDSA

Menurut AFP seperti dipetik Harian Metro, pingat setaraf penghormatan kepada orang awam tertinggi United Kingdom dianugerahkan kepada 'Magawa' oleh badan amal Britain, People's Dispensary for Sick Animals (PDSA) kerana jasanya mengesan periuk api di Kemboja.

Tikus baka Afrika berusia lima tahun itu dilatih organisasi Belanda, APOPO berpangkalan di Tanzania dan mengesan 39 periuk api serta 28 peledak yang tidak meletup sepanjang 'berkhidmat' di Kemboja.

"Ini menjadikan Magawa HeroRat (HeroTikus) paling berjaya serta APOPO sebagai organisasi yang melatihnya. Ia benar-benar unik dan luar biasa.

"Pingat Emas PDSA adalah setaraf anugerah George Cross Britain," kata Ketua Pengarah PDSA, Jan McLoughlin. - CARI




1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 28-9-2020 03:55 PM
Bukannya tikus tu faham pasal pingat2 ni. Bagi makanan special je dah cukup.
Quote CiliPadiSedap 28-9-2020 04:36 PM
husna_amal replied at 28-9-2020 03:55 PM
Bukannya tikus tu faham pasal pingat2 ni. Bagi makanan special je dah cukup.

bg makan sis vokuru pun ok
Quote Artemesiaa 28-9-2020 04:38 PM
Saiznya membuat ia paling sesuai untuk lakukan tugas macam tu syabas buatnya
Quote Skuau 28-9-2020 04:44 PM
kalo berlaku kat Msia dapatla..'Jalan Tikus'(meme dh bnyk pon kt Msia).
Quote dani-rox 28-9-2020 05:20 PM
Masalahnya dia sedar ke tidak, dan rela ke tak disuruh kerja cari periuk api
Quote Supersirap 28-9-2020 06:23 PM
Tahniah diucapkan kepada tikus tersebut, banyak jasanya kepada manusia
Quote lavendernovella 29-9-2020 01:05 AM
Tikus berjasa {:childlike{:childlike{:childlike
Quote Belibis 29-9-2020 09:25 AM
Penganiyaan haiwan.harap pencinta haiwan protes.
Quote ninjago 29-9-2020 09:50 AM
husna_amal replied at 28-9-2020 02:55 PM
Bukannya tikus tu faham pasal pingat2 ni. Bagi makanan special je dah cukup.

hahahha.. betul jugak
Quote Decaffeinated 29-9-2020 09:55 AM
Menurut AFP seperti dipetik Harian Metro... (dan kemudian dibuat sambal oleh wartawan CARI)

Quote AyaqMeloSuam 30-9-2020 12:20 AM
bg mkanan sedap2 blh x.. buffet btimbun2.. pingat tu bkn blh dia geget pun.. hahhaaa.. apapn comey ja dia nih.. Tahniah comey.. !!! {:childlike

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048361 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top