CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Berbungkus 'Naik' Motor

28-9-2020 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5803| Komen: 27

Description: Seorang petugas penyelamat mengusung mayat wanita menggunakan motosikal untuk dibawa ke rumah mayat di Thailand.
Seorang petugas penyelamat mengusung mayat wanita menggunakan motosikal untuk dibawa ke rumah mayat di Thailand.

The Sun melaporkan, mayat wanita berusia 70 tahun itu ditemui pada Selasa lalu dan dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas di dalam sebuah pondok simpanan makanan milik petani tempatan.




Menurut petani tempatan, wanita itu dipercayai menyelinap masuk ke dalam pondok berkenaan untuk mencuri makanan, tetapi terperangkap ketika bersembunyi di bawah papan.

Difahamkan, wanita tidak dikenali identitinya itu dipercayai berasal dari suku Mlabri yang tinggal di kawasan pergunungan.

Petani tempatan meminta bantuan penyelamat untuk mengeluarkan mayat tersebut yang dianggarkan sudah meninggal dunia lebih 24 jam.



Oleh kerana ketiadaan kenderaan, jasad warga emas sudah berbungkus dengan kain putih itu diikat pada tubuh petugas penyelamat untuk dibawa ke rumah mayat terdekat dengan menaiki motosikal.

Menurut laporan, pasukan penyelamat itu menempuh perjalanan enam jam sebelum tiba di lokasi wanita itu dikebumikan.


Kredit foto: The Sun/ViralPress

Suku Mlabri yang hidup secara nomad antara Thailand dan Laos, mengamalkan gaya hidup kuno dengan berburu untuk mencari makanan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nahnukutu 26-9-2020 10:33 PM
sesiapa yang baik hati boleh lah tolong tepek gambar dari link kat hujung tu ya. Kuota iols for today dah koyak

Quote Catpaw 26-9-2020 10:45 PM
Nah sis,moga sis tak bersedeh lagi

Quote Belibis 26-9-2020 10:52 PM
Muslim kah?
Quote Gomea 26-9-2020 11:08 PM
Catpaw replied at 26-9-2020 10:45 PM
Nah sis,moga sis tak bersedeh lagi

Uishhh... Seram pulak tgk gambar tu
Quote Jitu 26-9-2020 11:16 PM
Belibis replied at 26-9-2020 10:52 PM
Muslim kah?

klu dah bawak ke kuil Buddha agak2............... ?
Quote Jitu 26-9-2020 11:17 PM
itu macam moto Suzuki RG Sport
masih digunakan lg rupanya kat sana
Quote Belibis 26-9-2020 11:18 PM
Ohhh..i terlompat bahagian tu.maklumla pt3 pun tak ambik
Quote pinklepie 26-9-2020 11:19 PM
Berani dia bawa mayat ikat kt badan dia, buatnya mayat tu bergerak tak ke seram
Quote Nahnukutu 26-9-2020 11:51 PM
Catpaw replied at 26-9-2020 10:45 PM
Nah sis,moga sis tak bersedeh lagi

tengs sis

baru jer iols ingat nak tunggu midnight kot dapat kuota baru


Quote diggerr 27-9-2020 12:30 AM
Seram gambo.bhaha
Quote Nahnukutu 27-9-2020 11:26 AM
Belibis replied at 26-9-2020 11:18 PM
Ohhh..i terlompat bahagian tu.maklumla pt3 pun tak ambik

tapi sekolah iols ajar membaca masa tadika

uols mesti sjkc ni kan?...


Quote Belibis 27-9-2020 01:14 PM
Nahnukutu replied at 27-9-2020 11:26 AM
tapi sekolah iols ajar membaca masa tadika

uols mesti sjkc ni kan?...

I tak kata tak pandai membaca,cuma mebaca tak fokus.ada beza tu bhaii
Quote RatuDunia94 28-9-2020 03:32 PM
Mcm filem seram Thai.. boleh buat utk salah satu cerita dlm filem 4BIA 3
Quote husna_amal 28-9-2020 03:53 PM
Pengguna jalan raya lain yang tengok mesti terkejut habis ni.
Quote Supersirap 28-9-2020 06:25 PM
Pasukan penyelamat yang berjasa, tahniah diucapkan
Quote CiliPadiSedap 28-9-2020 07:37 PM
pinklepie: Berani dia bawa mayat ikat kt badan dia, buatnya mayat tu bergerak tak ke seram

Mayat kt thailand baiklah sis.
Quote b_n_c 28-9-2020 08:06 PM
Jitu replied at 26-9-2020 11:16 PM
klu dah bawak ke kuil Buddha agak2............... ?

hahahahahaha...jawapan jitu...

aku pn blur jap dgn soalan tu tadi...padahal mmg baca dah kuil buddha...
Quote b_n_c 28-9-2020 08:07 PM
Belibis replied at 26-9-2020 11:18 PM
Ohhh..i terlompat bahagian tu.maklumla pt3 pun tak ambik

sekurang2 nya ko terlompat ayat tu, aku yg terang2 baca kuil buddha pn x dpt jwb soklan kau...bingung btol...haahahahaa
Quote Nahnukutu 28-9-2020 10:00 PM
b_n_c replied at 28-9-2020 08:07 PM
sekurang2 nya ko terlompat ayat tu, aku yg terang2 baca kuil buddha pn x dpt jwb soklan kau...bing ...

maknanya pepatah 'membaca jambatan ilmu' tu salah lah ya?...


Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.078174 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top