CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pencuri 'Rembat' Milo, Rupa-Rupanya Dapat Pasir Je

3-12-2021 10:14 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2213| Komen: 2|Original author: Natrahn

Description: Mungkin menggelikan hati tapi dalam masa yang sama agak menakutkan juga. Ia menunjukkan betapa terdesaknya orang ramai masa kini.


Mungkin menggelikan hati tapi dalam masa yang sama agak menakutkan juga. Ia menunjukkan betapa terdesaknya orang ramai masa kini.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah berkongsi satu kejadian di mana empat daripada 6 paket Milo yang diletakkan di hadapan gerai telah dicuri. 

Kredit Foto - Facebook TPG Silver State via The Vocket


Rupa-rupanya paket Milo tersebut bukan Milo sebenar. Menurut pemilik gerai tersebut, paket Milo  itu hanya mengandungi pasir.

“Tadi saya pergi beli ais sekejap, tinggal gerai lebih kurang 7 minit. Bila balik semula ke gerai,  tengok paket Milo untuk display sudah hilang 4. Aduh pencuri, dalam itu bukan ada Milo oi! Cuma ada pasir sahaja untuk bagi berat,” itulah kapsyen yang dikongsikan pada hantaran asal.

Hantaran ini mendapat perhatian wargamaya. Rata-rata mereka berasa geli hati dan terhibur kerana pencuri tersebut terpedaya apabila bukan dapat bawa pulang  Milo berpaket-paket, sebaliknya hanyalah pasir sahaja.

Dan ada juga menyifatkan, pencuri masih ada sifat empati kerana meninggalkan 2 paket Milo kepada peniaga untuk meneruskan perniagaan pada hari tersebut. 


Malah ada yang berpendapat ini sekadar taktik pemilik gerai untuk supaya gerainya menjadi viral.

Kredit Foto - Facebook TPG Silver State



Apapun, sekiranya ini sekadar kaedah untuk sengaja menjadi viral, nampaknya ia sudah berjaya. 

Walaubagaimanapun, sekiranya ia memang kejadian kecurian, semoga pencuri Milo tersebut mengambil iktibar agar tidak lagi membuat perkara yang sama pada masa hadapan. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 5-12-2021 11:10 AM
ahahahahahaa terhibur kejap
Quote Artemesiaa 6-12-2021 06:31 PM
Pencuri tetipu peniaga bijak

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039130 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top