CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gila Apa Caj Proses Kereta Terpakai Sampai 7k? Pergi Haji Balik Hari Ke?

25-8-2020 11:58 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9562| Komen: 40|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Dilema pembeli kereta terpakai apabila penjimatan yang diingini, tetapi terpaksa pula membayar harga melampau tinggi.


Dilema pembeli kereta terpakai apabila penjimatan yang diingini, tetapi terpaksa pula membayar harga melampau tinggi.

Bayangkan jika anda yang terdesak mahu membeli sebuah kereta, lalu melihat iklan dengan harga RM42,000. Setelah melihat kereta dan berpuas hati, lalu mahu membelinya. 

Rupa-rupanya, anda perlu menambah sehingga RM7,000 hanya untuk caj pemprosesan sahaja dan terpaksa meneruskan pembayaran kerana sudah separuh jalan membayar deposit dan sebagainya.


Foto : Moneycompass.com


Bukan seorang dua yang terkena dengan permainan ini, malahan ramai sudah termasuk jerat caj pemprosesan melampau ini. Sampai bila perkara ini harus dibiarkan?


Foto : FB

Masalah ini biasanya ditimbulkan oleh kedai kereta terpakai yang mengenakan bakal pembeli yang kurang pengetahuan mengenai urusan jual beli kereta.

Perkara ini dibongkar pengguna Facebook yang juga penjual kereta, AbexJoe yang meluahkan banyak syarikat kereta terpakai menggunakan modus operandi tersebut dengan harapan mengaut untung lebih banyak.


Foto : FB

Ianya turut dipersetujui penjual kereta lain yang kecewa dengan pembeli yang mudah terpedaya. Biasanya, janji manis ini banyak didapati di platform beli kereta secara dalam talian.



Foto : FB

Sebuah syarikat kereta lain turut mendedahkan pembahagian caj pemprosesan yang tidak masuk akal itu dengan membandingkan jumlah sebenar yang perlu dibayar. Sangat mengejutkan kerana 'duit tepi' yang diperolehi oleh penjual itu sangat tinggi.



Jadi, bagaimana untuk mengelakkan tertipu dengan syarikat sebegini? - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote meow_tompok 25-8-2020 12:06 PM
oo video brader tu ada nampak kat ig. pastu tgk komen2 dlm tu katanya brader video tu pun tak betul juga

Quote Artemesiaa 25-8-2020 12:10 PM
Zaman sekarang ni bila nak beli apa2 eloklah tanya detail segala detail mengenai pembelian tu kalau tanya lebih kurang kena macam kes ni sendiri juga yang susah
Quote sub5zero 25-8-2020 12:11 PM
salesman suka jual used car.... masyukk byk
Quote sarah82 25-8-2020 12:18 PM
Tak apa la.. Aku beli skuter je la mcm tu.. Huhuhu.
Quote KIM.K 25-8-2020 01:57 PM
Org nasihat beli straight dgn owner
Quote dekmieDandy 25-8-2020 02:17 PM
KIM.K replied at 25-8-2020 05:57 AM
Org nasihat beli straight dgn owner

kalau cash bolehlar, nak buat loan bank tak layan dah personal

kena ikut kedai jugak

sy haritu kedai charge 500 untuk buat loan
Quote CatMiow 25-8-2020 02:24 PM
Mahalnya...  Used car vios pun 49k?

Baik beli new car jenama malaysia.
Quote MissVixen 25-8-2020 02:25 PM
Lepas beli tu uruskan sendiri tukar nama di puspakom dan jpj tu telan belanja rm100 je. Roadtax dan insurans pun baru berapa je. Runner ni yang ambik untung dua tiga kali ganda. Pergi je sendiri ke puspakom dan jpj. Insurans kereta tu buat online. Murah je. Aku pun buat sendiri je. Ramai yang beratur tu runner. Jarang pembeli dan owner nak pergi sendiri. 2-3 jam dah settle. Kalau pergi kedai kereta second dia paksa orang pakai runner. Sila bertegas ye.
Quote gadget 25-8-2020 02:26 PM
suruh so-called tukang caj tu makan taik dulu baru bagi rm7k...alah, beli direct aje..tak perlu org tgh..

tp zaman la ni, masuk toilet pun rm2...
Quote MissVixen 25-8-2020 02:27 PM
dekmieDandy replied at 25-8-2020 02:17 PM
kalau cash bolehlar, nak buat loan bank tak layan dah personal

kena ikut kedai jugak

Pergi je bank tanya sendiri pasal loan. Atau google je number tu. Submit documents ikut email apa bank nak.  Tak susah mana pun kalau beli personal terus. Gila ke apa caj rm500 setakat untuk hantar dokumen you untuk tahu loan mana dapat.
Quote dekmieDandy 25-8-2020 02:30 PM
MissVixen replied at 25-8-2020 06:27 AM
Pergi je bank tanya sendiri pasal loan. Atau google je number tu. Submit documents ikut email apa  ...

bank memang taknak dah, sebab sepupu iolls keje bahagian processing ni yang bagitau (bank rimau)
adik ipar iolls keje bank public bahagian processing pon cakap benda sama

semua kena melalui dealer jugak





Quote MissVixen 25-8-2020 02:34 PM
dekmieDandy replied at 25-8-2020 02:30 PM
bank memang taknak dah, sebab sepupu iolls keje bahagian processing ni yang bagitau (bank rimau)
...

Ye ke. Ke sebab nak dapat komisen dari dealer secondhand car ni?
Macam video yang tt kongsi, che din tu. Manusia kena ctos, masalah hutang, bankrup pun boleh lulus loan kalau beli ikut dia. Beratur melayu dekat kedai dia nak jadi bangsa H.
Quote clarizsa 25-8-2020 02:36 PM
I pernah beli used car juga
Tapi x pernah kena caj cmtu pun
Yg ada caj roadtax insurans je

Pelik2 skrg
Ada je cara jahat nak curi duit org kan
Quote husna_amal 25-8-2020 03:22 PM
Tak berbaloi langsung used car dengan harga macam tu.
Quote brego 25-8-2020 03:29 PM
jangan layan, jangan bayar.
gila apa processing fee sampai beribu.
cari jer kereta lain kat used car lain.

[youtube]ZoIotl1Xoqk[/youtube]
Quote bungarose 25-8-2020 03:33 PM
Baik beli kete baru
Quote dekmieDandy 25-8-2020 03:33 PM
MissVixen replied at 25-8-2020 06:34 AM
Ye ke. Ke sebab nak dapat komisen dari dealer secondhand car ni?
Macam video yang tt kongsi, che  ...

entahler, diorang cakap memang polisi baru introduce (waktu tu)

sebelum tu ok jer nak buat semua sendiri
Quote brego 25-8-2020 03:42 PM
[fbp]https://www.facebook.com/NazzAbdullahArmy/posts/166473268209093[/fbp]
Quote ina_na 25-8-2020 04:32 PM
CatMiow replied at 25-8-2020 02:24 PM
Mahalnya...  Used car vios pun 49k?

Baik beli new car jenama malaysia.

Beli je saga.. X sampai 49k rsnye.. Yg br lg.. Tp x glamour la x pakai vios.. Hehehe

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.443725 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top