CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suara Misteri Di Tanah Perkuburan

24-8-2020 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6651| Komen: 40

Description: Video yang dimuat naik oleh Natrah Ismail baru-baru ini telah menarik perhatian ramai dan tular di media sosial.
Video yang dimuat naik oleh Natrah Ismail baru-baru ini telah menarik perhatian ramai dan tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 14 saat itu menyaksikan wanita berkenaan duduk berseorangan di atas jengkaut di kawasan Tanah Perkuburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.


Apa yang pelik, dalam video tersebut kedengaran suara misteri seolah-olah sedang merayu.


"Video saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet," katanya kepada Harian Metro.


Tambahnya, "Saya ke tanah perkuburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubur di situ.

"Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu.

"Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkuburan dihormati."

Difahamkan ketika itu angin bertiup kuat. Natrah sendiri tidak menyedari adanya suara berkenaan sehinggalah memainkannya semula.

"Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat.

"Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama.

"Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubur."

Menurut Natrah lagi, dia tidak menipu bahkan tidak pernah tahu untuk menyunting video. Terpulang kepada warganet untuk membuat penilaian katanya. -CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gadget 24-8-2020 04:20 PM
bak kata p.ramlee "dah tua pun bodoh"
Quote shernazz 24-8-2020 04:33 PM
Alahhhh
Mcm dedolu la...
Lalu kubur wa giii..konon ada ponti
Rupanya bau bunga kemboja..dan bunga.melati..hahha
Quote RatuDunia94 24-8-2020 04:45 PM
Aduii x habis2 ke nk fitnah penduduk kubur...
Quote lipans 24-8-2020 04:49 PM
Kalau hantu bunyinya "help... help..."

Ini tolong... tolong...
Quote epal21 24-8-2020 04:53 PM
Iols kalau balik kampung,pergi kubur sorang2 takde pula terdengar yg pelik2. Tapi tanah perkuburan yg iols pergi tu bukan lah dalam ceruk kampung, tepi jalan je so tak takutlah.
Quote belilies 24-8-2020 07:10 PM
Iols sorang je ke dengar cam bunyi kucen mengawan?
Quote Belibis 24-8-2020 09:57 PM
Sila pindah ke bold misteri ya.{:run
Quote sekngucing 24-8-2020 10:21 PM
shernazz replied at 24-8-2020 04:33 PM
Alahhhh
Mcm dedolu la...
Lalu kubur wa giii..konon ada ponti

kalau nak jumpa ponti betul...ada...diaduduk di rumah sewa area klang ni

bertukar tukar dah penyewa sebab tak senang

jiran2.semua kata mlm2 bunyi mengunyah
Quote dudaberhias 24-8-2020 10:52 PM
sekngucing replied at 24-8-2020 10:21 PM
kalau nak jumpa ponti betul...ada...diaduduk di rumah sewa area klang ni

bertukar tukar dah pen ...

tak silap ponti tu haritu mengamuk dekat ikea kan sebab tak mau pakai mask...rambut blonde dah sekarang... dulu rambut panjang warna hitam now dia dah pandai pergi saloon.
Quote sekngucing 24-8-2020 10:59 PM
dudaberhias replied at 24-8-2020 10:52 PM
tak silap ponti tu haritu mengamuk dekat ikea kan sebab tak mau pakai mask...rambut blonde dah sek ...

ini real punya...rumah di taman andalas klang

Quote Rogue98 24-8-2020 11:06 PM
sekngucing replied at 24-8-2020 10:59 PM
ini real punya...rumah di taman andalas klang

Ponti duduk dalam rumah sewa?
Bukan ponti duk kat pokok ke?
Quote sekngucing 24-8-2020 11:15 PM
Rogue98 replied at 24-8-2020 11:06 PM
Ponti duduk dalam rumah sewa?
Bukan ponti duk kat pokok ke?

yup... ntah camana dia suka duk. dlm. tu

iols pg haritu.. ambik sofa aje sebab tuan rumah nak. pindah.. bg iols. sofa
Quote Supersirap 24-8-2020 11:16 PM
Bunyi bawaan angin, biasa dengar bunyi macam ni bila angin bertiup sepoi-sepoi
Quote SecretLuv 24-8-2020 11:21 PM
sekngucing replied at 24-8-2020 10:59 PM
ini real punya...rumah di taman andalas klang

Kat area mana tu
Quote awenda507 25-8-2020 12:08 AM
Jelas ke dengar wei? Aku x berani nk dengar.hukhuk
Quote pasa 25-8-2020 01:43 AM
Rogue98 replied at 24-8-2020 11:06 PM
Ponti duduk dalam rumah sewa?
Bukan ponti duk kat pokok ke?

Ponti tak bayar sewa rumah.
Quote sharlenetexas 25-8-2020 01:49 AM
Dapat kat budak tiktok

[youtube]UF70BWpoT6s[/youtube]


Quote sekngucing 25-8-2020 01:55 AM
pasa replied at 25-8-2020 01:43 AM
Ponti tak bayar sewa rumah.

memamg tak bayar... agaknya kawasan laluan dia rmah tu

takda sapa bertahan pun

kdg2 mlm2 nampak. lembaga

kdg2 bunyi mengunyah


Quote Kurex 25-8-2020 07:32 AM
Tu bunyi kucing la

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.073341 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top