CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Kejar Jawatan, Azmin Dan Rakan-rakan Utamakan Kepentingan Rakyat

24-8-2020 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3814| Komen: 27

Description: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan bahawa tanggungjawab meletakkan kepentingan rakyat dan negara adalah lebih penting daripada mengejar jawatan.
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan bahawa tanggungjawab meletakkan kepentingan rakyat dan negara adalah lebih penting daripada mengejar jawatan.

Berkata kepada Bernama, Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu menjelaskan ia termasuklah mewujudkan kestabilan politik dan kerajaan bagi mengukuhkan ekonomi negara dan sistem perkhidmatan kepada rakyat.



Kredit foto: IG Azmin Ali

"Saya dan  mengambil satu keputusan yang besar untuk bersama-bersama memperkukuhkan Bersatu dan menjamin kestabilan kerajaan PN, pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

Tegasnya, rakyat perlu dibantu lebih-lebih lagi ketika berdepan saat getir akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga menyatakan keyakinannya bahawa negara akan kembali pulih pada tahun hadapan.


Kredit foto: IG Azmin Ali

"(Walaupun Malaysia menghadapi) ketidaktentuan politik, krisis ekonomi akibat kejatuhan menjunam harga minyak dunia, krisis kesihatan, tetapi dengan ketegasan dan kepimpinan yang ditunjukkan, Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah negara yang telah berjaya memulihkan keadaan ini.

"Sudah tentu kestabilan politik antara perkara yang penting diberi pertimbangan (oleh para pelabur). Ini yang kita sedang lakukan dan kita telah mula melihat satu suasana yang positif. Saya yakin kalau keadaan ini berterusan, (serta) komitmen yang diberikan amat kuat, Malaysia akan kembali pulih pada 2021," ujarnya. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote True-X 24-8-2020 02:02 PM
dia hentam PH wei dlm ceramah politik baru2 ni..... boleh?.... politician UTURN sejati...
Quote gadget 24-8-2020 02:04 PM
boleh caya ke semua politicians ni tak kejar jawatan...kerat jari..semuanya sbb nak kuasa...si azmin? dia ni lagilah gila kuasa
Quote Kurex 24-8-2020 02:15 PM
Botem ni lain macam je
Quote cHimo 24-8-2020 02:17 PM
Politaik punya cakap 99% tipu 1% je yang betul
Quote zehra2 24-8-2020 02:17 PM
kesian pengundi jemin ni...
Quote Boomibulat 24-8-2020 02:18 PM
Kami akan berdiri teguh di depan Jemin..
Quote lipans 24-8-2020 02:20 PM
Tinggi cita-cita dia ni. Wan jijah disailang dalam usaha utk jadi MB selangor. Nuar pun kena sailang dalam usaha nak jadi PM.
Quote orgsepang 24-8-2020 02:22 PM
Tak pernah suka dia apa lagi percaya tapi semoga dia bukan gunting dalam lipatan.
Quote fw280289 24-8-2020 02:48 PM
Janganlah percaya cakap politician.
Quote ezacbee 24-8-2020 02:54 PM
Dengar boleh percaya jangan
Quote salamon 25-8-2020 03:55 AM
Jemin bughit ni kejar jubs jer la
Quote mizkajura 25-8-2020 05:38 AM
Semua kau punya cakap Kai tabur je la kat penjilat {:nose
Quote DandelionW 25-8-2020 07:17 AM
.....tgk Jemin je,teringat video kat hotel di Sabah tu.
Quote diss69 25-8-2020 07:19 AM
cHimo replied at 24-8-2020 02:17 PM
Politaik punya cakap 99% tipu 1% je yang betul

Yg tinggal 1% tu pun susahhh nk caya..
Quote king_kenny 25-8-2020 08:13 AM
Azmin ni aku caya satu dia. dia penah belakon video klip lagu raya Jamal Abdillah.


Lain smua aku xcaya.
Quote blue_blur 25-8-2020 08:29 AM
jangan percaya polishitian yang asalusul naik sebab politik semata2..
tak kisah la apa topeng dia pakai pun..
Quote sambaldurian 25-8-2020 09:52 AM
harktuih, boleh pulak dia n geng2 kabinet selangor dulu tendang khalid. kabinet selangor pun geng2 pkr, dap, pas itu hari. politic is evil. risau pulak ak dia aim nk jd PM pulak pasni. jauhkan la weyh PM ke dia. mmg bagus jd ambitious tp ambitious dia ni menakutkan ak. jd menteri ekonomi aritu xde output pun ak tgk. menyampah la weyh.
Quote husna_amal 25-8-2020 10:05 AM
Kalau tak kejar jawatan takdenya dia kat kabinet kementerian sekarang
Quote maharani_gebu 25-8-2020 10:09 AM
king_kenny replied at 25-8-2020 08:13 AM
Azmin ni aku caya satu dia. dia penah belakon video klip lagu raya Jamal Abdillah.

tiberrrrr.....

ade meh? mohon share link...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.067198 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top