View: 3250|Reply: 27
|
[Tempatan]
Azmin tak kejar jawatan hanya utamakan kepentingan rakyat okeyyy!
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Tanggungjawab meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai agenda utama lebih penting daripada mengejar jawatan, kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, tanggungjawab tersebut termasuklah mewujudkan kestabilan politik dan kerajaan, sekali gus membantu mengukuhkan ekonomi negara dan sistem perkhidmatan kepada rakyat.
“Saya dan rakan-rakan mengambil satu keputusan yang besar untuk bersama-bersama memperkukuhkan Bersatu dan menjamin kestabilan kerajaan PN, pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Tumpuan kita pada hari ini untuk membantu rakyat yang sedang berhadapan dengan suasana yang cukup getir akibat pandemik Covid-19,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan sambutan Bulan Kebangsaan 2020 dan melancarkan Kempen Kesedaran Covid-19 peringkat kementerian di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN Kumpulan Azmin sah sertai Bersatu, sokong Muhyiddin
Semalam, Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, parti tersebut bakal membincangkan mengenai pelantikan Mohamed Azmin sebagai seorang daripada naib presiden dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) kelak.
Sekiranya dilantik untuk jawatan naib presiden tersebut, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, agenda memastikan Bersatu sebagai wadah rakyat akan terus diperkukuhkan dengan komitmen yang berterusan sekali gus menjamin kestabilan politik negara.
“(Walaupun Malaysia menghadapi) ketidaktentuan politik, krisis ekonomi akibat kejatuhan menjunam harga minyak dunia, krisis kesihatan, tetapi dengan ketegasan dan kepimpinan yang ditunjukkan, Malaysia telah muncul sebagai salah sebuah negara yang telah berjaya memulihkan keadaan ini.
“Sudah tentu kestabilan politik antara perkara yang penting diberi pertimbangan (oleh para pelabur). Ini yang kita sedang lakukan dan kita telah mula melihat satu suasana yang positif. Saya yakin kalau keadaan ini berterusan, (serta) komitmen yang diberikan amat kuat, Malaysia akan kembali pulih pada 2021,” tambahnya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -kepentingan-rakyat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dia hentam PH wei dlm ceramah politik baru2 ni..... boleh?.... politician UTURN sejati... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh caya ke semua politicians ni tak kejar jawatan...kerat jari..semuanya sbb nak kuasa...si azmin? dia ni lagilah gila kuasa
|
|
|
|
|
|
|
|
Politaik punya cakap 99% tipu 1% je yang betul |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pengundi jemin ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Kami akan berdiri teguh di depan Jemin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggi cita-cita dia ni. Wan jijah disailang dalam usaha utk jadi MB selangor. Nuar pun kena sailang dalam usaha nak jadi PM. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah suka dia apa lagi percaya tapi semoga dia bukan gunting dalam lipatan. |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah percaya cakap politician. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar boleh percaya jangan |
|
|
|
|
|
|
|
Jemin bughit ni kejar jubs jer la |
|
|
|
|
|
|
|
Semua kau punya cakap Kai tabur je la kat penjilat {:nose |
|
|
|
|
|
|
|
.....tgk Jemin je,teringat video kat hotel di Sabah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
cHimo replied at 24-8-2020 02:17 PM
Politaik punya cakap 99% tipu 1% je yang betul
Yg tinggal 1% tu pun susahhh nk caya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Azmin ni aku caya satu dia. dia penah belakon video klip lagu raya Jamal Abdillah.
Lain smua aku xcaya. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan percaya polishitian yang asalusul naik sebab politik semata2..
tak kisah la apa topeng dia pakai pun..
|
|
|
|
|
|
|
|
harktuih, boleh pulak dia n geng2 kabinet selangor dulu tendang khalid. kabinet selangor pun geng2 pkr, dap, pas itu hari. politic is evil. risau pulak ak dia aim nk jd PM pulak pasni. jauhkan la weyh PM ke dia. mmg bagus jd ambitious tp ambitious dia ni menakutkan ak. jd menteri ekonomi aritu xde output pun ak tgk. menyampah la weyh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak kejar jawatan takdenya dia kat kabinet kementerian sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
tiberrrrr.....
ade meh? mohon share link...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|