CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eh, Betul Ke Zizan Bertunang Dengan Gadis Terengganu?

22-7-2020 12:26 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 11201| Komen: 38|Original author: Oleh: rikuren

Description: Selepas desas-desus mempunyai hubungan dengan pembaca berita TV3, Hawa Rizana, kini ada pula dakwaan bahawa pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara, Zizan Razak sudah bertunang dengan gadis berasal d ...


Selepas desas-desus mempunyai hubungan dengan pembaca berita TV3, Hawa Rizana, kini ada pula dakwaan bahawa pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara, Zizan Razak sudah bertunang dengan gadis berasal dari Terengganu.

Terkejut dengan berita itu, Zizan bagaimanapun menganggap dakwaan tersebut sebagai satu doa.

"Saya pun pertama kali dengar dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu.

"Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.

"Kalau itu adalah doa, saya terima dengan sebaiknya. Tapi, buat masa ini saya memang tidak bertunang dengan sesiapa," kata Zizan memetik laporan Gempak.



Menurut Zizan, dia juga tidak akan menyembunyikan berita gembira sekiranya ia benar-benar terjadi.

"Sudah semestinya saya akan berkongsi dengan semua orang jika saya bakal menempuhi fasa bahagia atau permulaan baru. Saya tak akan berdiam sahaja," tambahnya lagi.

Malah, menerusi hantaran di Instagram, Zizan turut menafikan khabar angin tersebut.



Apapun, selamat bertemu jodoh ya Zizan. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 22-7-2020 12:47 PM
Bosannyaaa dia ni.... balik2 cerita pasal dengan pompuan itu.. pompuan ini..
Quote beloomberk 22-7-2020 12:51 PM
Edora yg dlu asal tganu ap crita?  Just for cover up citer dia langgan pelacur kat indon tu je?
Quote Normabaru 22-7-2020 01:06 PM
Hmm.. Bagus zizan ni.. Now masuk line bengkel plak.. Repair2 kereta. Mcm asyuk gak bisnes tu.. At least bkn timbang kilo iols is support.

Btw betulla fitnah skrg dihujung jari je..

Zaman sekarang macam2 boleh buat..

Crop.. Edit.. Replace.. Deepfake..

Semoga zizan stop buat benda2 xelok

#normabaru
#cheapmarketing
#pengantingilapublisiti
Quote Kipaskiok 22-7-2020 01:09 PM
Kawen cpt2 la jijan...
Quote rosasen 22-7-2020 02:09 PM
sian mung zizang..dr dulu lg gosip ni..
Quote salamon 22-7-2020 02:16 PM
kalo xde berok goncang, xkan pokok bergoyang ye dop mung ni jijang
Quote husna_amal 22-7-2020 02:23 PM
Yang buat gosip zizang dah tunang dengan gadis ganu ni mesti dia yang sebenarnya nak jadi tunang zizang.
Quote Xim 22-7-2020 02:33 PM
[twitter]https://twitter.com/afqhzzi/status/1285189292092882944?s=19[/twitter]

Ingatkan yg ni ha....tp kawen la..
Quote Harley_Quinn 22-7-2020 02:36 PM
Tahniah lee klo benar.
Quote arm_band 22-7-2020 02:47 PM
Xim replied at 22-7-2020 02:33 PM
Ingatkan yg ni ha....tp kawen la..

hahahahhhhh yang ni adik lain mak lain bapak
Quote irvene 22-7-2020 03:53 PM
beloomberk replied at 22-7-2020 12:51 PM
Edora yg dlu asal tganu ap crita?  Just for cover up citer dia langgan pelacur kat indon tu je?

tak terkejut kalau dia langgan pelacur. ajak pompuan cek in sana sini.
Quote sweetfasha 22-7-2020 05:09 PM
kalau betul bertunang, kesian tunang dia
Quote mialunar 22-7-2020 06:15 PM
X relevan dah dia nie... Sori.. Tenggelam laut dlm chuols
Quote Xim 22-7-2020 06:44 PM
arm_band replied at 22-7-2020 02:47 PM
hahahahhhhh yang ni adik lain mak lain bapak

Hahahha...nsb baik kurus rendah sket...ke zizan pn same rendah?
Quote tikusmontok 22-7-2020 06:48 PM
Makwe2 dulu semua dah beranak pinak
Quote putericahaya999 22-7-2020 06:49 PM
Follower ig dia ni ramai
Quote dudaberhias 22-7-2020 06:51 PM
Kalau ye pun ok apa, keropok losong cicoh nasi dagang
Quote ashilalat 22-7-2020 06:58 PM
Sendunya benang zizan..sesendu zizan jua
Quote matjerk 22-7-2020 07:08 PM
Zizan sebagai seorang anak emak..maka adalah lebih afdal hang kawen dgn orang negeri hang jugak. Sebab org negeri hang je yg faham sejenis anak mak yg sesama negeri ni.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062083 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top